Pelajar Berkelakuan Ganjil Selepas Kemalangan

BESUT — Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah yang cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya bulan lepas kini terlantar di rumahnya akibat kesan trauma kejadian tersebut.

Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah dekat sini mendakwa ”berperasaan luar biasa” dan bercakap ganjil dalam bahasa yang tidak difahaminya dipercayai berpunca daripada kemalangan.

"Dalam kejadian itu saya membonceng motosikal abang yang terlibat dalam satu perlanggaran dengan sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat di Kampung Alor Lintang pada 10 Jan lepas dalam perjalanan pulang dari sekolah.

"Akibat perlanggaran itu saya terjatuh dan terhantuk kepala ke atas jalanraya dan dimasukkan ke Hospital Besut serta tidak sedarkan diri selama 11 jam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Medang dekat Kampung Raja di sini semalam.

Noraini kemudian menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, dan menjalani imbasan di bahagian kepala yang mendapati terdapat kesan darah beku.

Menurut ibunya, Mansena Daud, 48, apabila anaknya itu menjalani imbasann kali kedua dan ketiga di hospsital sama, doktor memberitahu bahawa kesan darah beku itu sudah tiada.

Setelah tiga hari di rawat di HUSM, Kubang Kerian, anak keenam daripada tujuh beradik itu dibenarkan pulang ke rumah tetapi keadaannya menjadi teruk hingga tidak dapat bercakap kemudian mula bercakap ”ganjil” yang tidak difahami.

Mensena berkata anaknya kemudian dimasukkan semula ke hospital bagi rawatan seterusnya atas arahan doktor.

Walaupun berperangai pelik, katanya, Noraini kelihatan sihat dan berselera makan serta dan ingatannya masih baik namun sering mengadu sakit kepala waktu malam hingga terpaksa menghantarnya ke hospital.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putra, Muhammad Pehimi Yusoff ketika ditemui meminta para pakar membuat kajian teliti bagi mengetahui punca sebenar masalah dihadapi pelajar tersebut. — BERNAMA

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS