Thaipusam: Jalan Sekitar Bandar Raya Ditutup Secara Berperingkat


KUALA LUMPUR - Beberapa jalan di sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat mulai esok berikutan perarakan kereta berhala sempena perayaan Thaipusam Khamis ini.

Pegawai Gerakan Trafik Kuala Lumpur Cif Inspektor Mohd. Irwan Abd Rahim berkata, penutupan jalan bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang berikutan perarakan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S.Lee ke Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves.

"Perarakan akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee, Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak (pusingan U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Kovil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Irwab berkata, penutupan jalan untuk perarakan balik pada Jumaat pula bermula pukul 2 petang hingga 3 petang.

"Bermula dari Kuil Sri Subramaniam Batu Caves, Jalan Ipoh 5, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Lorong Kovil Hulu, Jalan Kovil Hilir, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir, Kuil Sri Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee,” katanya.

Beliau berkata, semua jalan tersebut akan dibuka semula kepada pengguna selepas kumpulan perarakan melaluinya. - Bernama

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS