Rentetan Tragedi Pesawat Malaysia Airlines MH370

Rentetan Ringkas Peristiwa Pesawat Malaysia Airlines MH370


TERKINI - Berita Harian


Operasi mencari bukan di daratan - China

2014/03/12 | 16:02:12 PM
BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kapal terbang negara itu tidak melakukan pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, di daratan, sebaliknya memperluaskan kawasan operasi di laut.



- Senarai Nama Penumpang Pesawat Malaysia Airlines MH370

Insiden MH370 hilang kukuhkan hubungan Malaysia-China

2014/03/12 | 15:35:32 PM
KUALA LUMPUR: Kerjasama dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan China.


Polis Terengganu terima laporan dentuman di Marang

2014/03/12 | 15:22:24 PM
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu mengesahkan menerima hanya satu laporan polis berhubung dakwaan penduduk kampung yang mendengar dentuman kuat pada pagi Sabtu lalu kemungkinan ada kaitan dengan ...


Nelayan Port Dickson dakwa temui objek mirip rakit penyelamat pesawat

2014/03/12 | 13:31:27 PM
PORT DICKSON: Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, tengah hari semalam.


Keluarga penumpang dimaklumkan sumbangan wang tunai daripada MAS

2014/03/12 | 13:23:54 PM
PUTRAJAYA: Keluarga penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 akan menerima sumbangan wang tunai daripada MAS sementara menunggu perkembangan terkini mengenai kehilangan pesawat berkenaan.


TUDM nafi kesan pesawat MH370 di Selat Melaka

2014/03/12 | 13:10:26 PM
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan beliau ada mengesahkan Pangkalan TUDM Butterworth mengesan lokasi pesawat MH370 yang berpatah balik ...


MH370: Pasukan khas China-DCA adakan perbincangan tertutup

2014/03/12 | 12:22:41 PM
Sepang: Sekumpulan 13 delegasi pasukan khas dari China mengadakan perbincangan tertutup dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebentar tadi.


MH370: 12 anggota bantuan bencana Jepun tiba di KLIA

2014/03/12 | 12:21:22 PM
Sepang: Pasukan Bantuan Bencana Jepun tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.30 pagi bagi tujuan membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370.


Usaha mencari diperluas ke daratan - China

2014/03/12 | 09:59:39 AM
BEIJING: Tentera Udara China akan menambah dua pesawat bagi mencari pesawat penumpang Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, kata ketua penerbangan awam negara itu.


Najib ajak rakyat berdoa pesawat MH370 ditemui

2014/03/12 | 09:49:55 AM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat bersama-sama berdoa agar pencarian pesawat MH370 yang hilang ditemui tidak lama lagi.


Malaysia usaha habis-habisan cari MH370 - Najib

2014/03/12 | 09:30:16 AM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia sedang berusaha habis-habisan untuk mencari pesawat MAS MH370 yang hilang dan meminta semua pihak bersatu hati dan berdoa agar semua yang ...


31,000 Yuan bantuan kewangan, bukan pampasan, kata MAS

2014/03/12 | 08:57:42 AM
BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan bantuan kewangan berjumlah 31,000 yuan (AS$5,000) bukannya pampasan tetapi bantuan wang tunai kepada waris penumpang penerbangan MH370 yang hilang sejak ...


Pakar penerbangan sebut 6 sebab kehilangan misteri MH370

2014/03/12 | 08:48:02 AM
KUALA LUMPUR: Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbngan MH370 sejak Sabtu lalu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.


MAS terkejut dakwaan terhadap pembantu juruterbang MH370

2014/03/12 | 08:46:05 AM
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melahirkan rasa terkejutnya berkaitan dakwaan yang dilempar terhadap pembantu juruterbang MH370, Fariq Ab Hamid.


India sertai misi SAR pesawat MH370

2014/03/12 | 08:43:42 AM
NEW DELHI: Kapal Tentera Laut India yang membuat rondaan di Selat Melaka menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lepas.


Kehilangan MH370: CIA tidak tolak kemungkinan elemen pengganas

2014/03/12 | 07:56:01 AM
WASHINGTON: Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) tidak menolak kemungkinan elemen pengganas dalam kejadian pesawat MAS MH370 yang hilang dengan menyifatkan nasib pesawat sebagai 'misteri'.


MH370: Warga Iran penumpang kedua guna pasport curi - Interpol

2014/03/11 | 19:04:25 PM
LYON: Interpol sahkan seorang lagi penumpang dikenali sebagai Delavar Seyed Mohammad Redza, 30 juga warga Iran menggunakan pasport curi ketika menaiki pesawat MH370.


MH370: Tiada kapal selam digunakan

2014/03/11 | 17:59:54 PM
PETALING JAYA: Tiada kapal selam digunakan dalam operasi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.


4 aspek siasatan polis termasuk rampasan, sabotaj, masalah peribadi - KPN

2014/03/11 | 15:21:51 PM
KUALA LUMPUR: Polis kaji empat aspek dalam penyiasatan terhadap kehilangan pesawat MH370 iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang dan kru dan masalah peribadi, kata Ketua Polis Negara, ...


Kronologi hari ke-4 kehilangan pesawat MH370

2014/03/11 | 17:31:02 PM
KUALA LUMPUR: Memasuki hari keempat misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih belum terjawab apabila masih belum ditemui biarpun usaha mencari melibatkan pelbagai negara giat ...


MH370: Umat Islam seluruh negara diminta terus solat sunat hajat

2014/03/11 | 17:31:07 PM
BANGI: Umat Islam di seluruh negara diminta terus mengadakan solat sunat hajat bagi memohon dipermudahkan Allah segala urusan mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu ...


MH370: Ketua Polis Negara umum nama suspek warga Iran

2014/03/11 | 16:47:10 PM
SEPANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebentar tadi mengumumkan suspek yang menggunakan pasport curi adalah warga Iran dikenali sebagai warga Iran, Poria Nour Mohammad Mehrdad, ...


MH370: Kerajaan China puas hati operasi SAR

2014/03/11 | 15:53:59 PM
Kuala Lumpur: Kerajaan China berpuas hati dengan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 diketuai negara ini.


63 lagi ahli keluarga penumpang MH370 dari Beijing tiba malam ini

2014/03/11 | 15:48:27 PM
Putrajaya: Seramai 63 ahli keluarga penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 akan tiba dari Beijing, malam ini.


Penumpang guna pasport curi warga Iran dan bukan pengganas: KPN

2014/03/11 | 15:40:01 PM
KUALA LUMPUR: Polis kenal pasti penumpang MH370 yang mengguna pasport curi sebagai lelaki warga Iran yang mahu berhijrah ke Jerman dan tidak disyaki pengganas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid ...


Semua yang beli tiket menaiki pesawat MH370 - Ketua Polis Negara

2014/03/11 | 15:28:31 PM
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan semua yang membeli tiket menaiki pesawat MH370 yang hilang ketika penerbangan ke Beijing, awal pagi Sabtu.


Semua SOP di KLIA dipatuhi kendali penumpang guna pasport curi - KP Imigresen

2014/03/11 | 15:11:48 PM
KUALA LUMPUR: Semua prosedur standard (SOP) dipatuhi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika kendalikan kedua-dua penumpang yang dipercayai guna pasport curi, kata Ketua Pengarah ...


MH370: Tidak tolak kemungkinan wujud elemen keganasan - Hishammuddin

2014/03/11 | 15:08:58 PM
Kuala Lumpur: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan terdapat elemen keganasan dalam kejadian kehilangan pesawat MH370, Sabtu lalu.


MH370: Boeing sertai NTSB sebagai penasihat teknikal

2014/03/11 | 14:42:06 PM
KUALA LUMPUR: Boeing sudah menyertai pasukan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat sebagai penasihat teknikal.


12 ahli keluarga penumpang pesawat MH370 tiba di hotel

2014/03/11 | 14:12:11 PM
CYBERJAYA: Dua belas ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 tiba dari China dan mendaftar masuk di Hotel Cyberview Resort & Spa dekat sini hari ini.


MH370: Sidang akhbar ditangguh jam 3 petang

2014/03/11 | 13:15:02 PM
SEPANG: Sidang akhbar mengenai perkembangan terkini pesawat MH370 ditangguhkan sehingga jam 3 petang ini.


MH370: Qatar simpati, sedia beri bantuan - Abu Zahar

2014/03/11 | 12:45:26 PM
KUALA LUMPUR: Qatar bersedia menyalurkan bantuan sewajarnya kepada Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang dilapor hilang tanpa kesan awal Sabtu lalu.


MH370: Operasi mencari dan menyelamat diperluaskan - MAS

2014/03/11 | 12:18:11 PM
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat diperluaskan membabitkan darat dan laut apabila wujud kemungkinan pesawat MH370 patah balik ke Subang, kata Penerbangan Malaysia (MAS) dalam kenyataan ...


MH370: Sidang akhbar 10 pagi ditangguhkan

2014/03/11 | 10:48:43 AM
SEPANG: Sidang akhbar perkemabangan terkini pesawat MH370 yang dijadual pada jam 10 pagi tadi ditangguhkan.


MH370: Enam lagi pegawai China tiba di KLIA

2014/03/11 | 10:39:11 AM
SEPANG: Kira-kira enam pegawai delegasi China tiba jam 8 pagi tadi di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai bagi membantu sebahagian ahli keluarga mangsa MH370.


MH370: Tengku Adnan dan Shahidan bertemu keluarga penumpang

2014/03/10 | 23:51:09 PM
PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini bertemu anggota keluarga penumpang pesawat ...


MH370: Pasukan 10 pegawai kerajaan China tiba malam ini

2014/03/10 | 22:42:07 PM
SEPANG: Pasukan khas terdiri 10 pegawai kerajaan China tiba di sini malam ini bagi membantu Malaysia menjalankan siasatan berhubung pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu.


MH370: Anggota keluarga masih berharap S.Puspanathan kembali

2014/03/10 | 22:15:18 PM
PUTRAJAYA: "Kali terakhir saya menemuinya pada November lepas kerana beliau sering ke luar negara atas pelbagai urusan.


MH370: MAS tambah pesawat bawa keluarga penumpang dari Beijing esok

2014/03/10 | 22:13:22 PM
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan menambah jumlah pesawat untuk membawa anggota keluarga penumpang penerbangan MH370 yang hilang, dari Beijing ke Malaysia, esok.


MH370: Dr Mahathir bertemu keluarga mangsa pesawat

2014/03/10 | 22:11:24 PM
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini bertemu dengan keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini ...


Raja Bomoh turut membantu mencari pesawat MH370

2014/03/10 | 21:15:43 PM
SEPANG: Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin.


FBI, China bantu negara selidik latar belakang 239 penumpang MH370

2014/03/10 | 21:12:57 PM
KUALA LUMPUR: Selain bantuan aset dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Amerika Syarikat dan China turut menghulurkan bantuan dalam siasatan kehilangan ...


MH370: Raut wajah dua penumpang guna pasport curi bukan seperti lelaki Asia - DCA

2014/03/10 | 20:55:23 PM
SEPANG: Raut wajah dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport curi bukan seperti lelaki Asia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.


Perluasan kawasan mencari berdasarkan kemungkinan laluan MH370 - DCA

2014/03/10 | 20:40:21 PM
SEPANG: Perluasan kawasan pencarian pesawat MH370 sehingga ke perairan pantai Barat Semenanjung adalah berdasarkan laluan pesawat yang mungkin berpatah balik, kata Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin ...


Muat naik dan kongsi status berbaur spekulasi di laman sosial satu kesalahan

2014/03/10 | 20:06:45 PM
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menyebar, memuat naik atau berkongsi status berbaur spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 boleh didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia ...


MH370: Serpihan menyerupai ekor pesawat sebenarnya seikat kayu - DCA

2014/03/10 | 19:24:21 PM
SEPANG: Objek yang pada mulanya disangka ekor kapal terbang yang dikesan di Laut China Selatan oleh beberapa pesawat yang terbabit dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, ...


MH370: PM New Zealand tawar pesawat pengesan maritim P-3C Orion

2014/03/10 | 18:58:08 PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan telah menerima tawaran daripada Perdana Menteri New Zealand John Key, yang menghantar pesawat pengesan maritim P-3C Orion bagi ...


MH370: Nelayan diminta lapor jika ternampak objek pelik di laut

2014/03/10 | 18:54:28 PM
PUTRAJAYA: Nelayan terutama di kawasan utara dan timur laut perairan negara diminta supaya membuat laporan jika ternampak sebarang objek 'pelik' yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan ...


MH370: Media tempatan mula berkumpul di Pangkalan APMM Tok Bali

2014/03/10 | 17:57:55 PM
PASIR PUTEH: Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini menjadi tumpan media tempatan apabila ia dijadikan satu daripada pusat mencari dan menyelamat ...


MH370: Insiden pesawat MAS hilang dapat perhatian Susilo

2014/03/10 | 17:48:05 PM
JAKARTA: Insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing awal pagi Sabtu lepas, turut mendapat perhatian Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.


Tompokan minyak bukan milik MH370, sebaliknya digunakan tongkang

2014/03/10 | 17:37:44 PM
PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan beberapa tompokan minyak yang ditemui di Laut China Selatan bukan minyak yang digunakan oleh pesawat MH370.


MH370: Vietnam sahkan objek kuning mirip rakit keselamatan sebenarnya pembalut kabel

2014/03/10 | 17:12:58 PM
HO CHI MINH: Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesahkan, objek kuning mirip rakit keselamatan yang ditemui di lokasi perairan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang adalah pembalut ...


Hishammuddin nafi China mahu ambil alih siasatan MH370

2014/03/10 | 16:50:01 PM
SEPANG: Pemangku Menteri Pengankutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan media asing bahawa kerajaan China akan mengambil alih siasatan kehilangan pesawat MH370.


Pasukan khas dari China bantu usaha cari pesawat hilang

2014/03/10 | 16:51:05 PM
KUALA LUMPUR: Pasukan khas dari China yang terdiri daripada para pegawai berkedudukan tinggi, tiba di sini semalam bagi membantu usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370, yang hilang sejak ...


MH370: Maklumat tanpa pengesahan, palsu boleh jejas siasatan - Hishammuddin

2014/03/10 | 14:29:46 PM
SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebarang maklumat yang tidak disahkan atau palsu boleh menjejaskan siasatan serta memberi kesan emosi kepada keluarga ...


Hampir 20,000 nelayan bantu cari pesawat MH370

2014/03/10 | 16:07:26 PM
PUTRAJAYA: Hampir 20,000 nelayan laut dalam seluruh negara sudah digerakkan bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang, Sabtu lalu.


Juruterbang MAS dapat latihan komprehensif

2014/03/10 | 15:43:43 PM
KUALA LUMPUR: Semua juruterbang MAS mendapat latihan komprehensif bertaraf antarabangsa dan ia termasuk latihan menghadapi keadaan kecemasan, kata bekas Pengarah Urusan Sistem Penerbangan Malaysia ...


Bagasi 5 penumpang tidak mengandungi bahan larangan

2014/03/10 | 11:22:16 AM
SEPANG: Bagasi lima penumpang yang tidak menaiki penerbangan MH370 sudah dikeluarkan dari pesawat berkenaan sebelum berlepas dan imbasan sebelum itu mendapati tiada bahan larangan, kata Ketua ...


Anggota keluarga reda nasib jurutera pesawat hilang

2014/03/10 | 14:51:27 PM
PUTRAJAYA: Anggota keluarga Mohd Khairul Amri Selamat, iaitu jurutera pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, reda dengan keadaan yang bakal berlaku sama ada beliau ditemui selamat atau sebaliknya.


Presiden UAE sedih kehilangan pesawat MH370

2014/03/10 | 14:05:55 PM
KUALA LUMPUR: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan melahirkan rasa sedih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Presiden China di atas kehilangan ...


Abbott nasihat warga Australia teruskan perjalanan ke luar negara

2014/03/10 | 14:28:00 PM
MELBOURNE: Perdana Menteri, Tony Abbott menggalakkan warga Australia supaya terus melakukan perjalanan di sebalik kebimbangan bahawa pengganas mungkin terlibat dalam insiden kehilangan pesawat ...


MH370: Operasi SAR ikut undang-undang - Abdul Aziz

2014/03/10 | 13:19:16 PM
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, menjelaskan bahawa sebarang operasi mencari dan menyelamat sesebuah pesawat, akan mengikut prosedur dan ...


Saham MAS aktif didagangkan pada sesi pagi

2014/03/10 | 12:57:17 PM
KUALA LUMPUR: Berita pesawat MH370 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang dari skrin radar semasa penerbang di Laut China Selatan, turut mengheret harga saham itu dan ...


MH370: Keputusan makmal tompokan minyak akan diumum - DCA

2014/03/10 | 12:37:14 PM
SEPANG: Keputusan ujian makmal sampel tompokan tumpahan minyak yang diambil Agensi Penguatkuas Maritim Malaysia (APMM) yang dijumpai di Laut China Selatan akan dimaklumkan kepada umum, kata Ketua ...


Penemuan objek komponen pintu pesawat di perairan Vietnam bukan milik MH370 - DCA

2014/03/10 | 12:21:54 PM
SEPANG: Penemuan serpihan objek kononnya komponen pintu pesawat yang dilaporkan oleh media Vietnam malam tadi disahkan bukan milik pesawat MAS MH370, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam ...


Belum ada lagi petunjuk pesawat. objek kaitkan MH370 yang hilang - DCA

2014/03/10 | 12:15:38 PM
SEPANGl Sehingga hari ini usaha mencari dan menyelamat (sar) masih belum lagi menemui petunjuk, lokasi atau objek yang mengaitkan pesawat MH370 yang hilang, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan ...


MH370: Kapal perang China tiba di lokasi pesawat dipercayai hilang

2014/03/10 | 11:56:51 AM
BEIJING: Kapal perang China, Mianyang dilaporkan tiba di perairan yang dipercayai lokasi pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, Sabtu lalu.


Agong rakam rasa prihatin, sedih kehilangan pesawat MH370

2014/03/10 | 11:36:13 AM
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah rakam rasa prihatin dan sedih atas kehilangan pesawat MH370, minta keluarga penumpang dan kru bersabar.


MH370: Vietnam tawar lebih banyak bantuan jayakan misi SAR

2014/03/10 | 11:20:49 AM
HANOI: Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh merakamkan rasa simpati dan menawarkan lebih banyak bantuan yang diperlukan Malaysia bagi misi mencari pesawat MH370 milik MAS ...


MH370: Australia hantar pesawat kedua

2014/03/10 | 09:50:39 AM
MELBOURNE: Australia pada pagi Isnin menghantar pesawat RAAF kedua dari Darwin untuk mencari pesawat Malaysia Arlines (MAS) Boeing 777-200ER yang hilang sejak awal Sabtu lalu.


Kumpulan pertama ahli keluarga penumpang MH370 dari Beijing tiba di KLIA

2014/03/10 | 09:24:26 AM
SEPANG: Kumpulan pertama 200 ahli keluarga dan waris penumpang MH370 dari Beijing tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.03 pagi tadi.


Tumpuan kini cari pesawat barulah ketahui puncanya - Azaharuddin

2014/03/09 | 21:25:18 PM
SEPANG: Tumpuan pihak berkuasa sekarang mencari pesawat MH370 terlebih dulu barulah dapat dicari punca kehilangannya, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul ...


Serpihan pesawat di perairan Vietnam bukan milik MH370 - DCA

2014/03/09 | 20:43:50 PM
SEPANG: Serpihan pesawat yang dilapor ditemui pihak berkuasa di perairan Vietnam disahkan bukan milik pesawat MH370, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.


Bapa pengsan terima berita pesawat dinaiki anak sulung hilang

2014/03/09 | 20:59:53 PM
BANTING: Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang ...


MH370: Tiada sebarang petunjuk pesawat di perairan Selat Melaka - DCA

2014/03/09 | 20:32:36 PM
SEPANG: Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang di perairan Selat Melaka selepas kemungkinan pesawat MAS itu berpatah balik, tidak menemui sebarang petunjuk, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan ...


Misi SAR MH370 diperluas meliputi 50 batu nautika - DCA

2014/03/09 | 20:28:27 PM
SEPANG: Kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diperluas daripada 20 batu nautika ke 50 batu nautika di kawasan terakhir pesawat MAS MH370 terputus hubungan, kata Ketua Pengarah Jabatan ...


MH370: Adik sedih terima mesej terakhir ucapan hari jadi daripada abang

2014/03/09 | 20:06:55 PM
KUALA LUMPUR: Adik perempuan kepada seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 tidak menyangka ucapan 'Selamat hari jadi' daripada abangnya adalah mesej terakhir yang diterimanya.


Siasatan dalaman terhadap Jabatan Imigresen susulan pasport curi dalam MH370 - Zahid

2014/03/09 | 20:04:47 PM
PUTRAJAYA: Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan ...


MH370: Bapa Mohamad Sofuan masih harapkan yang terbaik:

2014/03/09 | 18:55:42 PM
PUTRAJAYA: Bapa seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang, Mohamad Sofuan Ibrahim, masih menaruh harapan agar anaknya terselamat daripada segala malapetaka.


Indonesia hantar 5 kapal perang, helikopter cari pesawat MH370

2014/03/09 | 18:50:39 PM
JAKARTA: Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) menghantar lima kapal perang dan sebuah helikopter bagi membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang ketika dalam penerbangan ke ...


Kerajaan sedia semak semua protokol, tingkat keselamatan KLIA - Najib

2014/03/09 | 18:44:39 PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyemak semula semua protokol yang terlibat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan bersedia meningkatkan lagi protokol dan keselamatannya jika ada ...


Tiada laporan cuaca berbahaya di kawasan perairan Malaysia ketika MH370 hilang

2014/03/09 | 18:34:44 PM
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan Malaysia yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada waktu ia dilaporkan hilang.


Australia tawar dua pesawat bantu misi mencari MH370

2014/03/09 | 18:28:26 PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan Australia akan menghantar dua pesawat pengesan maritim PC-3 Orion untuk membantu Malaysia menjejaki pesawat penumpang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak awal pagi ...


Rosmah jumpa anggota keluarga penumpang MAS beri sokongan moral

2014/03/09 | 18:21:04 PM
PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan masa hampir dua jam berjumpa bagi memberikan sokongan moral kepada anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines ...


Bapa mentua sentiasa berdoa ketua pramugari selamat

2014/03/09 | 18:04:50 PM
IPOH: Bapa mentua kepada Goh Sock Lay sentiasa berdoa agar menantunya yang merupakan ketua pramugari pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sentiasa berada dalam keadaan selamat ...


Tun Abdullah minta rakyat doakan operasi kesan pesawat berhasil

2014/03/09 | 18:03:01 PM
SEPANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat di negara ini terus berdoa agar usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memberi hasil positif.


Radar militari kesan MH370 berpatah balik

2014/03/09 | 15:59:53 PM
SEPANG: Siasatan awal ke atas rakaman radar militari menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan 'air turn back' atau berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ...


MAS sedia bawa keluarga penumpang MH370 dari China ke KL

2014/03/09 | 16:59:08 PM
BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) sedia membawa anggota keluarga penumpang warga China yang mahu ke Kuala Lumpur, menurut syarikat penerbangan itu di sini pada Ahad.


Zaharie berkongsi gambar jenaka dalam WhatsApp sebelum terbang - Rakan

2014/03/09 | 16:25:57 PM
KUALA LUMPUR: Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak menunjukkan sebarang keganjilan ketika berkongsi gambar-gambar melucukan dengan kumpulan media sosial WhatsApp pada Jumaat, ...


Polis beri amaran akan ambil tindakan terhadap pihak sebar maklumat palsu MH370 - KPN

2014/03/09 | 16:22:54 PM
KUANTAN: Polis memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu dan khabar angin berhubung insiden kehilangan pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, ...


MH370: Masyarakat digesa tidak ambil kesempatan sebar maklumat tidak tepat

2014/03/09 | 16:12:12 PM
GEORGETOWN: Orang ramai diingatkan agar tidak mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung insiden pesawat MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi semalam.


Nasib pesawat MH370 hilang kekal menjadi misteri

2014/03/09 | 16:05:44 PM
KUALA LUMPUR: Nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Laut China Selatan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bejing pada Sabtu kekal menjadi misteri.


Hishammuddin tidak tolak kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik

2014/03/09 | 11:42:58 AM
SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik untuk kembali ke Malaysia.


Abdullah minta rakyat tanpa mengira kaum dan agama terus berdoa

2014/03/09 | 15:15:56 PM
SEPANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama terus bersatu mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal Penerbangan Malaysia ...


Tiada laporan terbaharu mengenai operasi mencari - Azaharuddin

2014/03/09 | 15:10:38 PM
SEPANG: Ketua Koordinasi, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata, tiada laporan terbaharu mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 setakat ini.


PDRM bekerjasama dengan agensi antarabangsa siasat kehilangan MH370

2014/03/09 | 14:49:00 PM
KEMAMAN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan agensi perisikan antarabangsa bagi menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines ...


Rosmah lawat keluarga penumpang MH370

2014/03/09 | 14:42:46 PM
PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa melawat keluarga mangsa pesawat MH370 yang menginap di Hotel Everly di sini sebentar tadi.


APMM temui beberapa tompok minyak berwarna kuning dari lokasi pesawat dilapor hilang

2014/03/09 | 14:39:54 PM
PASIR PUTEH: Operasi mencari pesawat MH370 yang dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning kira-kira jarak 20 batu nautika daripada lokasi ...


Sah hanya dua penumpang MH370 guna pasport palsu - Azaharuddin

2014/03/09 | 13:22:34 PM
SEPANG: Ketua Koordinasi, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport palsu, bukan empat seperti dilaporkan sebelum ini.


Shahrizat gesa semua 191 bahagian Wanita UMNO doa keselamatan penumpang MH370

2014/03/09 | 13:47:48 PM
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil menggesa semua 191 bahagian sayap parti itu bagi mendoakan keselamatan penumpang dan krew pesawat MH370 yang dilapor hilang awal pagi ...


Polis Johor belum terima maklumat pihak yang kehilangan ahli keluarga pesawat MH370

2014/03/09 | 13:46:00 PM
JOHOR BAHRU: Polis Johor masih belum menerima sebarang maklumat atau aduan daripada mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga yang menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, ...


Rakaman CCTV kenalpasti pergerakan suspek guna pasport palsu

2014/03/09 | 13:30:35 PM
SEPANG: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) kenalpasti pergerakan dua identiti suspek yang menggunakan pasport palsu ketika menaiki pesawat MH370.


Kehilangan pesawat MH370 jadi tajuk utama akhbar luar negara

2014/03/09 | 12:59:48 PM
KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, menjadi tajuk utama sebahagian besar akhbar utama luar negara.


Doa rakyat Australia bersama penumpang, anak kapal MH370 - PM Australia

2014/03/09 | 12:29:49 PM
MELBOURNE: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata rakyat negara itu berdoa untuk keluarga serta penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilapor hilang awal pagi Sabtu.


Kapal perang USS Pinckney belayar ke Vietnam bantu operasi mencari pesawat MH370

2014/03/09 | 12:28:39 PM
WASHINGTON: Kapal perang, USS Pinckney sedang dalam pelayaran ke selatan Vietnam bagi membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal ...


Empat penumpang MH370 guna pasport palsu - Hishammuddin

2014/03/09 | 11:57:01 AM
SEPANG: Empat penumpang MH370 disahkan guna pasport palsu dan Unit Anti Pengganas dari negara terbabit serta FBI akan siasat secara bersama.


Waris di China bimbang nasib penumpang pesawat MH370

2014/03/09 | 12:06:03 PM
BEIJING: Waris kepada penumpang warga China dan pengguna web di seluruh negara ini meluahkan kebimbangan terhadap nasib ahli keluarga dan rakan senegara yang menaiki pesawat MH370.


MAS khuatir perkara terburuk pesawat hilang

2014/03/09 | 11:48:43 AM
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan menubuhkan pusat arahan di Kota Baharu, Kelantan atau Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam sebaik sahaja lokasi pesawatnya yang hilang dikesan, kata syarikat ...


Hishammuddin sahkan anggota mencari Vietnam temui tompokan minyak, tapi tiada serpihan MH370

2014/03/09 | 11:38:45 AM
SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan anggota mencari dan penyelamat Vietnam menemui tompokan minyak di perairan negara itu tetapi tiada serpihan pesawat ...


Pegawai MAS bertemu waris, ahli keluarga penumpang MH370 di Beijing

2014/03/09 | 11:18:55 AM
BEIJING: Pegawai Penerbangan Malaysia (MAS) bertemu dengan waris dan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam.


KPWKM sedia tambah kaunselor bantu tenteramkan waris penumpang MH370

2014/03/09 | 11:09:28 AM
SEPANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menambah lebih ramai kaunselor dari seluruh negara bagi membantu mententeramkan waris anggota keluarga mangsa yang ...


NTSB Amerika Syarikat hantar pasukan bantu siasatan pesawat MH370

2014/03/09 | 11:03:18 AM
KUALA LUMPUR: Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat akan menghantar pasukannya ke Asia untuk membantu penyiasatan pesawat MH370 yang dilaporkan sejak awal pagi semalam.


Penumpang kekal yakin terhadap MAS

2014/03/09 | 10:32:20 AM
SEPANG: Ketika anggota pasukan mencari dan menyelamat meningkatkan usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang di Laut China Selatan awal pagi semalam, beberapa penumpang ...


China sedang buat segala usaha untuk mencari dan menyelamat MH370

2014/03/09 | 10:30:20 AM
BEIJING: China sedang melakukan segala usaha untuk mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam sambil seluruh republik itu terus berdoa supaya penumpang yang ...


Kapal perang China sertai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370

2014/03/09 | 10:18:32 AM
ZHANJIANG: Dua kapal perang Tentera Laut China, "Jinggangshan" dan "Mianyang" sedang dalam perjalanan ke kawasan laut yang menjadi lokasi di mana pesawat MH370 dilaporkan hilang, kata sumber tentera ...


FBI akan hantar ejen ke Malaysia bantu siasatan pesawat hilang

2014/03/09 | 10:04:37 AM
KUALA LUMPUR: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) akan menghantar ejennya ke Malaysia untuk membantu penyiasatan terhadap pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan ...


Misteri dua penumpang sedang disiasat secara lanjut - Azharuddin

2014/03/09 | 09:31:35 AM
SEPANG: Misteri dua penumpang, masing-masing warga Itali dan Austria yang turut disenaraikan Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai penumpang yang hilang bersama pesawat MH370 pagi semalam masih sedang ...


Usaha mencari dan menyelamat diteruskan mulai 7 pagi tadi - Azharuddin

2014/03/09 | 09:18:56 AM
SEPANG: Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata usaha mencari dan menyelamat di kawasan terakhir pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan ...


Firma AS sahkan 20 kakitangannya adalah penumpang MH370

2014/03/09 | 09:05:11 AM
WASHINGTON: Syarikat semikonduktor Texas mengasahkan 20 kakitangannya adalah antara penumpang yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi semalam.


Pasukan kesihatan di The Everly Hotel tangani kes trauma

2014/03/09 | 08:34:24 AM
PUTRAJAYA: Sekumpulan pasukan kesihatan ditempatkan di The Everly Hotel di sini untuk menangani kes-kes trauma dalam kalangan waris dan keluarga penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang awal ...


Tiada petunjuk mengenai pesawat MH370 selepas lebih 24 jam hilang

2014/03/09 | 06:56:46 AM
SEPANG: Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu.


Malaysia hargai negara luar bantu operasi mencari dan menyelamat

2014/03/09 | 06:51:56 AM
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menyambut baik kerjasama lima negara luar yang mengerahkan aset masing-masing untuk memberi sokongan dan bantuan dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia ...


Najib jumpa anggota keluarga penumpang MH370 pagi ini

2014/03/09 | 06:50:19 AM
SEPANG: Waris dan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kini ditempatkan di Everly Hotel, Putrajaya dan akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke satu ...


Usaha mencari dan menyelamat MH370 diperluas meliputi Selat Melaka - DCA

2014/03/09 | 00:42:46 AM
SEPANG: Usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang di sempadan Malaysia-Vietnam akan diperluas hingga meliputi Selat Melaka mengikut prosedur operasi standard ...


MH370 Hilang: Ibu amat berharap anak perempuan ditemui selamat

2014/03/09 | 00:03:42 AM
JERLUN: Ibu seorang daripada penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilapor hilang hari ini, amat berharap anak perempuannya itu ditemui dalam keadaan selamat.


Anggota keluarga Pengerusi Kumpulan Modal Perdana antara penumpang yang hilang

2014/03/09 | 00:39:09 AM
KUALA LUMPUR: Isteri dan anak pengerusi Kumpulan Modal Perdana Datuk Mohamed Ramli Abbas merupakan antara 239 penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal ...


Tentera Udara Vietnam kesan dua tumpahan besar minyak

2014/03/08 | 21:16:04 PM
KUALA LUMPUR: Pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS dilaporkan hilang awal pagi tadi, petanda pertama pesawat yang membawa 239 ...


MAS siar senarai penumpang, anak kapal MH370

2014/03/08 | 20:57:04 PM
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) sebentar tadi menyiarkan senarai 227 penumpang dan 12 anak kapal MH370 yang hilang semasa penerbangan dari sini ke Beijing awal pagi tadi.


Pegawai MITI dalam pesawat MH370

2014/03/08 | 20:40:49 PM
KUALA LUMPUR: Pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Sofuan Ibrahim, disahkan berada di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan ke ...


Terlalu awal untuk buat sebarang kesimpulan - Najib

2014/03/08 | 19:38:39 PM
SEPANG: Datuk Seri Najib Razak berkata, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan rakyat diminta tidak mempercayai sebarang spekulasi ketika ini berkaitan pesawat MH370 terbabit.


Najib bertemu keluarga penumpang MH370

2014/03/08 | 19:31:40 PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menemui anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang awal hari ini.


Kawasan mencari pesawat MH370 diperluaskan - Najib

2014/03/08 | 19:12:42 PM
SEPANG: Kawasan mencari pesawat MH370 diperluaskan di kawasan terakhir ia dilaporkan hilang dari radar.


Malaysia hantar lebih banyak aset operasi SAR pesawat - Najib

2014/03/08 | 19:16:21 PM
SEPANG: Malaysia menghantar lebih banyak aset bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan 15 pesawat, termasuk dua helikopter dan 6 kapal, kata Datuk Seri Najib Razak.


Najib sahkan tidak ada sebarang serpihan pesawat MH370 ditemui setakat ini

2014/03/08 | 19:21:20 PM
SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan tidak ada sebarang serpihan pesawat MH370 ditemui buat masa ini dan buat masa ini semua maklumat berkenaan hanya berdasarkan spekulasi.


Operasi mencari pesawat MH370 masih berterusan, kata Najib

2014/03/08 | 19:08:21 PM
SEPANG: Operasi mencari pesawat MAS yang hilang masih berterusan dengan peringkat pertama tertumpu di lokasi isyarat terakhir namun pesawat masih tidak dapat dikesan, kata Datuk Seri Najib Razak.


Waris penumpang MH370 diminta berada di KLIA jam 6 petang ini

2014/03/08 | 15:39:20 PM
SEPANG: Waris penumpang pesawat MH370 diminta berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6 petang ini dengan bawa bersama pasport antarabangsa.


PM Singapura hubungi Najib sampai rasa simpati, tawar bantuan cari pesawat

2014/03/08 | 18:35:14 PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menghubungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bagi melahirkan rasa simpati dan prihatin berhubung pesawat Malaysia Airlines (MAS) ...


Najib, Muhyiddin lawat keluarga penumpang pesawat MH370 di KLIA

2014/03/08 | 18:29:32 PM
SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk melawat keluarga mangsa ...


JKM sedia 10 kaunselor tenteram waris pesawat hilang di KLIA

2014/03/08 | 18:27:42 PM
SEPANG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan 10 kaunselor bagi mententeramkan waris anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden pesawat MH370 yang dilaporkan hilang ketika dalam ...


Kaunter khas pasport untuk waris penumpang MH370

2014/03/08 | 17:46:19 PM
SEPANG: Jabatan Imigresen akan membuka kaunter khas pasport untuk keluarga mangsa pesawat MH370 di ibu pejabatnya di Presint 2, Putrajaya mulai esok.


Ahli perniagaan batal perjalanan terkejut pesawat MH370 hilang

2014/03/08 | 17:44:06 PM
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan yang membatalkan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan Malaysia Airlines (MAS)terkejut dengan berita pesawat MAS dilapor hilang hari ini.


Ahli keluarga tahu berita pesawat MAS hilang menerusi Facebook

2014/03/08 | 17:29:03 PM
KUALA TERENGGANU: Anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini mendapat berita mengenainya ...


5 warga India dalam pesawat MH370

2014/03/08 | 17:06:59 PM
KUALA LUMPUR: MAS menjelaskan terdapat lima penumpang warga India dalam pesawat MH370 yang terputus hubungan pada 2.40 pagi tadi ketika dalam perjalanan dari sini ke Beijing.


Kedudukan terakhir MH370 di 065515 Utara, 1033443 Timur

2014/03/08 | 16:49:45 PM
SEPANG: Kedudukan terakhir pesawat MH370 sebelum hilang daripada radar ialah di 065515 Utara (longitud) and 1033443 Timur (latitud), menurut kenyataan MAS pada jam 4.20 petang tadi.


Pesawat MAS Hilang: Presiden China arah langkah kecemasan diambil

2014/03/08 | 15:58:18 PM
BEJING: Presiden China, Xi Jinping arah langkah kecemasan diambil susulan pesawat MAS dari dari Kuala Lumpur ke Beijing dilapor hilang pagi ini membawa lebih 150 warga China, demikian lapor agensi ...


MAS kemas kini maklumat menerusi laman web, Weibo

2014/03/08 | 15:56:32 PM
BEIJING: Naib Presiden Kanan Serantau (China) MAS, Joshua Law Kok Hwa berkata MAS akan mengemas kini maklumat kepada orang awam berhubung perkembangan terbaharu pesawat MH370 dalam laman web rasminya ...


MH370: Boeing tubuh pasukan sedia bantuan ternikal

2014/03/08 | 15:54:05 PM
KUALA LUMPUR: Boeing menubuhkan pasukan bagi memberi bantuan teknikal kepada pihak yang menyiasat kehilangan pesawat MAS MH370.


Anak saudara Ketua Polis Kuching antara penumpang MH370

2014/03/08 | 15:39:16 PM
KUCHING: Anak saudara Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad, disahkan antara 227 penumpang yang menaiki pesawat MAS yang dilapor hilang awal hari ini.


MH370: Pasukan penyelamat ditubuh di Lapangan Terbang Beijing

2014/03/08 | 15:33:44 PM
BEIJING: Pasukan mencari dan menyelamat diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing untuk bekerjasama dengan Penerbangan Malaysia (MAS) berhubung pesawat syarikat itu yang dilaporkan hilang ...


KP DCA dilantik Ketua Koordinasi salur maklumat rasmi pesawat hilang

2014/03/08 | 15:31:25 PM
SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Koordinasi bagi ...


DCA belum dapat maklumat terkini kedudukan pesawat MH370 - Hishammuddin

2014/03/08 | 15:04:58 PM
SEPANG: Setakat ini Jabatan Penerbangan Awam (DCA) belum mendapat maklumat terkini mengenai kedudukan pesawat MH370 yang hilang, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Kerajaan sedang bekerjasama dengan China, Filipina dan Vietnam untuk kesan pesawat

2014/03/08 | 15:02:21 PM
SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihak kerajaan sedang bekerjasama dengan negara China, Filipina dan Vietnam bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang.


Hishammuddin nafi pesawat MH370 terhempas di pelantar minyak

2014/03/08 | 14:57:16 PM
SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan bahawa pesawat MH370 terhempas di kawasan pelantar minyak dan gas milik Talisman Malaysia Bhd.


Kerajaan wujudkan pusat koordinasi salur maklumat terkini pesawat hilang - Hishammuddin

2014/03/08 | 14:53:48 PM
SEPANG: Kerajaan memutuskan untuk mewujudkan pusat koordinasi untuk menyalurkan maklumat terkini berhubung kehilangan pesawat MAS MH370.


Semua aset ATM dikerah bantu operasi mencari dan menyelamat - Hishammuddin

2014/03/08 | 14:39:49 PM
SEPANG: Semua aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerahkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang dilapor hilang pada kira-kira jam 2.40 pagi tadi, kata Pemangku Menteri ...


Keluarga penumpang MH370 mula berkumpul di Menara Tinjau, KLIA

2014/03/08 | 14:38:23 PM
SEPANG: Kira-kira 20 individu dipercayai anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang, dilihat berkumpul di bilik Menara Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala ...


Ahli keluarga penumpang MH370 dikawal ketat

2014/03/08 | 13:21:29 PM
SEPANG: Setiap ahli keluarga penumpang pesawat MAS MH370 dikawal ketat pasukan keselamatan dan media tidak dibenarkan mendekati atau menemubual mereka.


Pasukan SAR Malaysia, Vietnam sudah diaktifkan kesan pesawat: CEO MAS

2014/03/08 | 12:10:08 PM
KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata pasukan mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam sudah digerakkan bagi mencari pesawat MAS yang hilang.


Najib arah lakukan semua yang terdaya untuk kesan pesawat hilang

2014/03/08 | 13:11:14 PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah mengarahkan agar "semua langkah yang boleh, diambil" bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang hari ini ...


Pesawat MAS Hilang: China lancar bilik gerakan kecemasan

2014/03/08 | 12:25:39 PM
BEIJING: China lancar bilik gerakan kecemasan susulan seuah pesawat membawa kira-kira 160 warga China terputus hubungan dari menara kawalan, awal pagi tadi.


Kali terakhir pesawat dihubungi 2.40 pagi di perairan Laut China Selatan: CEO MAS

2014/03/08 | 11:37:09 AM
KUALA LUMPUR: Kali terakhir pesawat MAS MH370 dapat dihubungi ketika pesswat berada pada jarak 120 batu nautika di perairan Laut China selatan jam 2.40 pagi tadi, kata Ketua Eksekutif MAS, Ahmad ...


Agensi penerbangan awam China sahkan pesawat MAS hilang hubungan - Xinhua

2014/03/08 | 12:00:30 PM
KUALA LUMPUR: Agensi berita Xinhua laporkan Agensi Penerbangan Awam China (CAAC) sahkan sebuah pesawat dari Malaysia ke Beijing hilang hubungan pagi ini.


Laporan pesawat hilang mendarat cemas tidak benar, hanya spekulasi: CEO MAS

2014/03/08 | 11:35:14 AM
KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata laporan mengenai pesawat MAS MH370 yang hilang pagi ini sudah mendarat cemas di Nanning adalah tidak betul dan hanya spekulasi.


Pesawat MAS hilang: Hishammuddin minta ahli keluarga mangsa bertenang

2014/03/08 | 10:57:27 AM
KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines yang hilang, MH370 supaya bertenang dan hanya mendapatkan ...


Semua perhubungan dengan pesawat MH370 ke Beijing terputus: CEO MAS

2014/03/08 | 10:03:11 AM
KUALA LUMPUR Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, semua perhubungan dengan pesawat MH370 yang berlepas dari Kuala Lumpur jam 12.41 pagi ke Beijing, China, terputus.


Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang

2014/03/08 | 09:43:02 AM
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.