20 Mayat Pengganas Sulu Ditemui Setakat Ini Di Lokasi Serangan



LAHAD DATU 5 Mac - Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Sumber Utusan Online memberitahu, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas. - UTUSAN ONLINE