Siapakah Gadis Aneh Ini ?


UPDATE: Kisah Gadis Aneh kini tiada sambungannya, sama-sama kita mendoakan gadis tersebut sembuh dari penyakit yang dialami, Gambar untuk artikel pertama telah kami padam dan kami akan memaklumkan jika terdapat berita baru kes gadis ini dari orang ramai. Walau bagaimanapun budak perempuan ini telahpun kembali kepada keluarganya,



Artikel ini diambil dari Blog MRS VIP


assalamualaikum hai korang, harini saya sangat serius. maksud saya sekarang masa menaip. so apa yang saya taip sekarang ni semuanya serius. so take it serious. dont play2. T T



entah nak mulakan dari mana. pening sangat, apa yang jadi dari malam tadi... sampai la ni memang buat saya pening. cerita bermula dari semalam. waktu maghrib...mcm biasalah kat ruma saya ni semuanya lelaki... so adik saya sorang ni kaki bola, maghrib baru balik. bila die balik saya dah nampak dah die sok sek sok sek bisik kat ibu. tapi saya buat dono aje sbb sibuk siapkan makanan anak. tiba-tiba ibu panggil saya. ibu cakap

'angahhh cepatlahhh ade budak ni die xsedar cepatlah cepatlah'

saya pun intai. ibu ajak die naik. tapi die duduk atas tangga. saya pun panggil ajak naik. dia naik tapi keadaan die macam keliru. sopan pakaiannya. siap berstokin. adik saya pun cerita.. masa kat pdang bola dia dgn kawan2 dah nampak budak ni dok kehulu hilir cakap sorang-sorang... so budak2 nakal kat situ pula dok cakap budak gila budak gila. adik saya kesian kat die and pegi tegur awak cakap dgn siapa. die cakap dgn kawan. lepas tu bila tanya soalan apa2 die xtau, die nk pegi mana pun xtau, dari mana pun xtau...lepas tu die nak ikut adik saya balik siap tanya 'keluarga awak ni baik ke x?' adik saya xnak bawak balik mula2 sebab takut tapi budak ni ikut slow2, padang bola dgn rumah pula jaraknya sejengkal aje.





bila dia naik rumah die duduk atas lantai. erk.

ibu : ehhh duduk atas kerusi ni dikk

dia : ehh xboleh makcik....xbaik duduk atas kerusi...budak2 duduk bawah, orang tua aje duk atas kerusi.

saya yang duk atas kerusi ni dah terkemut kemit dengar mcm tu.


pastu saya tanya nama, dari mana die mcm berfikir..berkerut2 dahi die fikir.kemudian


saya : adik ni dari mana sebenarnya?

dia : saya dari german kak

saya : oooo nak pegi mana? knp ade kat sini

diam.


saya : nama siapa?

diam.


saya : ok2 adik dtg sini cari siapa?

dia : kawan saya maisarah

saya : ooo...ade x nombor tepon dia?

dia : ada2... 016... emm emmm 220 emmm ehh bukan.. 016..200... emm ehh bukannn

sampai lah dia bagi nombor. saya call.

saya : helo boleh saya cakap dgn maisarah?

lelaki india : ayooo wlong number la adikkkk~


saya : adik..kita salah nombor ni. mcmna?

diam.

saya : bak ic...akak nak tgk

die mcm takut2 nak bagi ic. tapi saya amibik juga.



Gambar Telah Di Padam



saya : lepas tu adik nak apa sekarang?

dia : saya nak makan, nak mandi..ada baju x??

saya : ok, pegi solat dulu lepas tu makan.mari ikut akak masuk bilik.

dia masuk dengan dahi kerut2. lepas tu die tanya.

dia : akak dalam toilet ada selipar x?

saya : xde..jgn risau toilet bilik ni bersih..akak cuci setiap masa

die buat muka mcm serba xkena.saya diam. bila dia masuk bilik air... die berdiri atas bangku kecik untuk amik air sembahyang, terkial2 sampai nak jatuh. saya pelik.kenapa mcm tu? kemudian..lepas amik wuduk die amik air sebaldi die cuci kaki die seolah olah kaki die kena najis.

dia : ayah saya cakap. masuk tandas kena ada selipar sbb ini smeua najis. xsah wuduk kita.


denggg!!!!


dia : akak...ade xsejadah warna putih?

saya : haa???... xdelah adik..adik guna aje yang ni sejadah ini pun boleh buat solat.

die buat muka pelik lagi, saya tanya kenapa die geleng2 aje.


solat.


die baca surah sebijik2 seolah2 tgh menghafal tapii... kepala nya bergerak seperti kita tgh berselawat, berzikir. saya sangat pelik.tapi saya diam.

lama dia solat. lepastu saya sediakan makan. masa dia tgh makan... saya buka beg duit dia. maaf saya xde niat lain..saya cuma nak cari sesiapa yang saya boleh hubungi. saya nak bantu dia. tapi yang saya jumpa...



saya xsempat nk cek sebab dia panggil.

dia : akak..nak sudu boleh?

saya : ohh..ok2





masa dia makan dia tanya

dia : akak, siapa masak ayam ni?

saya : ibu yang masak

die toleh pandnag ibu.

dia : sayur ni? ikan ni?

saya : (malas nak layan) semuanya ibu yang masak. sedap kan??

dia pandang muka saya dalam2 dia cakap.

'perempuan yang xpandai masak xpatut hidup dalam dunia ni'

denggg!!!!!!!!!!!!!!!


what is thiss????

adik2 dah terkekek kekek kat belakang.kuang asam.


dia : siapa kemas dapur ni?

saya : kenapa? bersepah ke?

dia : haah . kawan saya kata orang kelantan ni pengotor.

@#$%^&*()_


saya : JANGAN PERCAYA CAKAP KAWAN TU. DIE MENIPU. (nada xpuas hati)

lepas tu saya balik keruang tamu. adik2 semua dok sakan gelak. ayah pergi jumpa ketua penduduk untuk bawa budak ni kebalai.






ustaz selaku ketua penduduk sini datang ,



masa ustaz tengah soal siasat. saya pegi masuk bilik buka purse die balik. dan saya jumpa.




Gambar Telah Di Padam

saya terkejut. sangat terkejut. tapi saya xtanya dia apa2. sbb saya nampak dia sangat keliru.

ustaz : nama awak apa?

dia : saya ada 3 nama pakcik. nama nombor 1 (die sebut nama penuh) , nama nombor dua (saya xberapa dengar tapi nama kedua dan ketiga agak artis sikit)

ustaz : wahh macamana awak boleh ada 3 nama?

dia : ohh yang kedua ketiga tu kawan saya bagi.

fine!

ustaz : awak dari mana sebenarnya

dia : saya dari german, saya belajar di unversiti kehidupan.bla bla bla....saya ni ada kungfu, saya pernah belasah 5lelaki india. saya pandai terbang, adik beradik semua lelaki.


bila keadaan nampak mengarut sangat kami decide bawa ke balai untuk settelkan.


saya , ayah, ustaz dan dia. kami berempat ke balai.


sampai dibalai kami terus di bawa ke bilik siasatan. sarjan menyoal tanpa henti, kadang2 dia geleng kepala sebab keadaan budak ni mcm sakit. apa yang saya boleh simpulkan disini katanya die penah masuk hospital sebulan.tapi xcakap hospital apa sakit apa. katanya dia ada darah bangsawan, keturunan diraja brunei. dia boleh becakap dengan alam bunian dan boleh nampak hantu. katanya dulu penah ke tahfiz tapi sehari aje sebab kena halau DENGAN HANTU.bila dah mengarut sgt polis minta dia berhenti bercakap.


polis minta bantuan saya , jasa baik saya untuk jaga budak ni sampai isnin.berat hati saya. saya risau. saya bukan xnak tolong. saya langsung xkenal siapa dia... kat rumah pula semua lelaki.hari isnin pula saya ada appoinment dgn orang. dipendekkan cerita, polis minta saya jaga..kalau xdapat sampai isnin...esok hantar lah kebalai balik.kalau sampai isnin,..hari isnin saya hantar pg kebajikan. sigh.



sampai saat saya menaip ni. budak ni masih ada lagi dibawah.



berdasarkan apa yang saya nampak, budak ni terlalu taksub dengan kumpulan al arkam. dok ulang2 haji ashaari...abuya... dengan segalanya. bila berbahas dengan ustaz dia siap bagi hadis lagi tentang kewujudan imam mahdi. dan imam mahdi itu ialah haji asshaari. allahuakhbar. ayah kata..budak ni dah di train. dalam fikiran dia.. maka ayah pun dia xingat siapa cuma haji asshaari sahaja.


saya mohon bantuan semua. xkira anda follower saya ataupun bukan. tolonglah saya cari siapa keluarga budak ni. beliau baru 13TAHUN. saya xnak biarkan dia dihantar entah kemana2.


nanti saya update lagi. anak dara saya dah menangis ni.


assalamualaikum.





UPDATE: Sambungan kisah "Siapakah Gadis Ini"


as salam. hai ahahhaha rasa nak gelak taip entry malam ni. sebak saya tau korang tunggu entry saspen ni kann? kann? kannnn? erk x? sila cakap ya.gigih tau saya paksa anak dara ni tido sebab nak apdet entry. gigih tau pinjam lappy ayah. gigih tau berebut nak guna charger lappy dengan laki i nih tau. nampak x usaha gigih disitu? gigih bukan?



ok.harini memang cukup dramatik lah. kalau buat filem nih. fuh kaya i. goyang kaki aje duit jatuh gedebuk. kau hado? ok aku pun xhado.. tido malam tadi memang sangat xlena. dah lah suami keje malam. korang pun tau kat rumah ada orang asing, maunya nak lena tido...macam2 dok terbayang.siap kunci habis pintu bilik pintu jamban. tawakal ajelah.lena x lena pun sedar sedar aje dah pagi. lol.



saya turun bawah nampak budak perempuan ni tgh tgk tv dengan family sambil breakfast. die senyum. saya senyum.nampak x saya mesra disitu? (perlu ckp ke?) . saya perhatikan budak pompuan ni memang baik, cepat aje mesra dengan family, rasa menyesal pula sebab fkir bukan2 malam tadi. rasa rugi pula sebab xdapat tido lena.lol. masa saya didapur saya ada borak dgn ibu

saya : angah nak hantar juga budak ni harini. kesian mak ayah dia nanti

ibu : haah hantarlah, ibu pun xsedap je rasanya.


lepas tu xde apa. budak ni main2 dgn iris.. borak2 dengan family. nampak closed sangat. kadang-kadang maaf cakap ya macam kurang kasih sayang aje... betul. ayah pun dah nampak macam sayang dah... macam anak sendiri, ayah paling rajin layan dia borak. sampaikan ibu cakap ayah minta kita jaga dulu budak ni sebab kesian kat dia. oh nampaknya saya kena segera bertindak.ye lah.simpan lama2 nanti xsampai hati pula nak lepas.


pukul 4 petang.


masa ni suami saya tido sebab malam tadi dia keje malam. iris pula baru lena dalam 20minit centu. tiba-tiba ibu masuk bilik suruh saya cepat bersiap hantar sebab xnak pergi lewat sangat. masa ni saya rasa xsuka sangat sebab 1 kena kejut suami tengah tido. 2 anak baru tido . saya memang takkan kejut suami tengah tidur kecuali untuk solat. kebetulan masa tu suami saya belum solat zuhur.perlahan2 saya kejut, nasib baik senang pulak dia bangun.lega. so saya dah boleh tinggal diorang sekejap.


saya turun bawah saya suruh budak ni bersiap. die angguk pastu masuk bilik. sekejap aje dia siap. pastu duduk depan tv balik atas sofa. tiba-tiba ibu bagitau saya budak ni menangis. saya pandang dia, nampak dia tengah lap2 air mata yang keluar. alahai hati. tapi saya xtegur, sebab saya xkuat. sobss. so..ibu panggil dia masuk dapur, ibu bagitau dia ibu xdapat nak jaga dia... sebab dia masih bawah umur...bukan ibu xsayang. dia angguk-angguk tapi air mata laju aje. last-last saya nampak budak ni pegi duduk kat sofa balik teresak esak. ibu pula teresak di dapur. hmmm.... saya kuatkan hati lagi.




bila siap. saya ajak abg saya teman pergi balai polis sebab kalau x saya kena drive balik sorang. xnaklah. saya kan manja. *lempang* masa nak keluar ibu ayah xturun pun dari bilik sebab xsampai hati. saya buat xreti.padahal saya kuatkan hati.

dalam kereta


saya : adik...adik tulis nombor telefon akak ni kalau ada apa2 terus call akak. cari akak, jangan pegi mana-mana ya kalau ada apa apa.


saya xdengar dia jawab. tapi saya nampak dia mengangguk dalam sedu.hmm.

sampai dibalai. saya terus berjumpa dengan sarjan yang handle kes ni. saya sorang je masuk bilik dia. abg dengan budak ni tunggu kat luar.


saya : encik...saya datang nak serahkan budak ni. saya minta maaf, takat ni je saya dapat jaga dia.. saya kena pergi damansara pula, mak mertua saya sakit.
(masa ni mama dah keluar wad tapi saya terpaksa tipu sunat.tolongla faham)

polis : oh ye ke... aduh macamana ya...sebab harini kebajikan masyarakat tutup. kita xtau nak pegang dia kat mana.

saya : saya faham...tapi saya dah xde pilihan.


polis : ok2 xpe saya call kejap. (taip nombor) . hello jan.. ni ade kes semalam jan bla bla bla.... bla.. bla.. lepas tu kita nak letak dia kat mana jan..itulah jan... bla. bla... oarang yang tolong jaga ni ada hal jan, dia pun ade masalah jan..dia dah jaga malam tadi....bla bla...


saya sebak sangat masa ni. sebab diorang macam xtau nak letak budak ni dekat mana. dari jauh saya pandang budak ni tengah duduk di kerusi sambil makan aiskrim dengan air mata xhenti henti mengalir. ya allah... saya xkuat dah rasanya. saya pun sms ibu.

{ibu... dioarang xtau nak letak mana budak ni.angah xsampai hati, air mata budak tu mengalir aje walaupun tgh makan}

[bawa dia balik..bawa dia balik...]

ibu pun xsampai hati so ibu suruh bawa dia balik rumah. saya pun bgitau sarjan ni. baiklah saya minta ibu saya jaga last untuk malam ni. saya harap sangat ada sesiapa boleh bantu ambil budak ni besok. dan sarjan tu pun macam lega dan janji akan datang kerumah esok pagi amik budak ni. xsabar nak bagitau budak ni cepat-cepat. saya pula nak nangis tau


bila kuar dari bilik sarjan. cepat2 saya jalan pegi kearah budak ni


saya : nak ikut akak balik x!!!

dia : haaa??? (blurr tapi air mata dok mengalir lagi, sebak tengah muka dia masa ni seolah-olah dicampak kesana sini. kalau saya kat tempat dia..entahlah )

polis : okeyy boleh balim rumah akak ni tapiii esok kita kena jumpa lagi tau boleh x??

budak ni pun angguk laju laju..senyum lebar sanagt sambil lap air mata. saya pimpin tangan dia bawa keluar. tanpa sedar air mata saya pun megalir juga.sedihnya ya allah.masa dalam kereta, saya cuba ajak berborak


saya : ok dah kita xmo nangis nangis....sekarang kita nak pegi mana? nak aiskrim x??

dia : saya xsuka sangat aiskrim.

saya : oh ok. pastu nak ape?

dia : saya nak beli buku tulis tulis boleh?

saya : ok jommmm!!!!

lepas tu saya cuba korek rahsia.

saya : ehhh adik tau x akak ade sorang kawan belajar kat al arkam tau, die cakap best sgt kat situ,tapi die dah berenti sebab tempat tu kena serbu sebab orang kata ajaran sesat.

dia : ehh x!!! tempat tu tempat paling best kak. seronokkkkk sgt.


saya : adik dulu al arkam katmana?

dia : ehh xde2.

fine. gagal.saya cuba lagi.

saya : adik akak ade cakap. die macam penah nampak adik kat area sini. adik sebenarnya duduk mana. cuba cakap dengan akak.akak janji xbagitau sesiapa

dia: ok akak janji ya.kat rumah nanti saya bagitau rahsia.

wahhh xsabar!!!

sampai di kedai buku. die pilih-pilih buku diari katanya. nak buat diari. tapi dia macam lama aje pilih, so saya pilihkan yang cantik. die pun tolak sebab duit dia cuma ada rm13. bila saya offer nak belanja lebarnya senyummmm. bahagia tengok =)


sampai rumah, ibu ayah dah tunggu kat pagar. wahhh bukan main sambut. budak ni terus naik atas.saya pun xsabar nak tau rahsia ok.kami masuk bilik. dia kunci pintu

saya : ok cerita kat akak cepat

dia : ok, sebenarnya saya nak bagitau akak..saya sebenarnya dari planet lain.
(nak tercekik aku masa ni)

saya : hahh?

dia : ya, saya cuma boleh balik bila bulan purnama sahaja, amsa tu pintu saya akan terbuka baru saya dapat balik. haritu dioarang jumpa saya kat padang bola sebab pintu saya terbuka kat sana, sebab tu saya xboleh balik.

aku ternganga. seriously. rasa nak pengsan.

dia : tapi sekarang saya tetap xboleh balik sebab nak balik sana ada syarat, kalau saya jatuh cinta dengan manusia bumi saya xdapat balik sana kecuali...... hmmm

saya : kecuali kena bwa lelaki tu balik sekali? mcm tu???

dia : haah kak.

saya : so sekarang ni adik jatuh cinta lah? dengan siapa? thariq??? (adik lelaki saya yang form 5)

dia tersipu sipu.


ya allah.korang imagine muka aku masa ni. tiba2 ibu ketuk pintu kuat2 sebab nak bagi henpon.henpon bunyi. rupanya sarjan tadi call. dia suruh saya bawa budak ni balik ke balai sebab ayah dia datang cari.
rasa nak menjerit sangat. saya cepat2 bagitau kat budak ni ayah dia dtg cari die kat balai.inagt dia hepi tapiiii.............. die menangis teresak2 teruk sangat. die memang xnak balik. saya difahamkan dia ada masalah keluarga. xperlu saya ceritakan kat sini, cuma xde apa yang teruk sangat cuma biasalah ie remaja yang nak membesar, die perlukan lebih perhatian.itu sahaja,


saya terpaksa call balik sarjan tu sebab budak ni xnak ikut sama pergi balai. so polis ni kata xpelah..dia datang sekali dengan ayah budak ni kerumah.puas kami pujuk budak ni
bila ayah dia datang, saya perasan die sangat xhappy dan nampak takut. selepas berbincang2 sesi pujuk memujuk. budak ni pun balik.


hmm... tapi saya dah tuliskan sesuatu nama diari budak ni. sya harap dia baca.


BERSAMBUNG...

8 Komen

tapi yang dia dari planet lain tu betul ke tidak? macam mana ayah dia boleh datang kalau dari planet lain

Salam. Admin, alaa, nak tengok gambo. Tomei ke tak. Hee.

Dari planet lain.Hahaha.Kurang kasih sayang ni.

mohon admin check balik url gambar tu..link masih wujud utk gambar ke 2

igtkn citer prank..mse mule2 bce post ni pon, cm tkot2 je nk scroll down..tkot kne prank..ye la..siap ade gmbr2..tp bce citer ni pon dh agak seram je...huhuhu

tak sabar baca cerita sambungan ahahah

tahu takpe,dah fobia dah dengan cite2 prank,jgn smbungan kisah ni ckp semua ni prank dah la,mmg epic,hahahaha

Admin,nak tgk gmbo..hehe

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS