LONDON: Samsung Electronics hari ini mengumumkan telefon pintar terbaru pada majlis pelancarannya di London bagi mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai pengeluar telefon mudah alih terlaris di dunia.
Galaxy S3 menawarkan skrin bersaiz 4.8 inci (12.2 sentimeter) iaitu 22 peratus lebih besar daripada telefon pintar paling popular sebelum ini, Galaxy S2 yang membantu syarikat berkenaan memintas Nokia sebagai peneraju dunia.
Menurut Samsung, walaupun mempunyai skrin lebih besar namun saiznya tidak terlalu besar berbanding model sebelumnya kerana rangkanya lebih kecil.
Ciri baru lain yang diketengahkan adalah kamera pintar yang menggunakan teknologi pengecaman muka dan kawalan pengaktifan suara yang dipertingkatkan
Model baru itu juga menggunakan sistem operasi Android dan prestasinya dalam pasaran dilihat sebagai pendorong kepada kejayaan sistem berasaskan Linux itu. - AFP - BHarian
1 Komen :
brilian imajinations.... :)
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS