Penunggang Basikal Maut Dirempuh Kereta Di MRR2 (Gambar)

Penunggang Basikal Maut Dirempuh Kereta di MRR2
Penunggang Basikal Maut Dirempuh Kereta di MRR2
Penunggang Basikal Maut Dirempuh Kereta di MRR2
Penunggang Basikal Maut Dirempuh Kereta di MRR2




KUALA LUMPUR: Pelumba basikal dari Kelab Basikal Le Tua maut dirempuh kereta dalam kejadian langgar lari ketika berbasikal di kawasan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran susur Taman Melawati di sini hari ini.

Rafizi Hamdan, 37, yang menggunakan laluan itu menuju ke Batu 12 Gombak mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dirempuh kereta dari arah belakang, dipercayai jenis Proton Saga, yang kemudian bertindak melarikan diri.

Rafizi yang merupakan pekerja CIMB Bank dikatakan mahu menyertai anggota kelab basikal yang lain di kawasan Batu 12 Gombak bagi aktiviti riadah di hujung minggu.

Jurucakap polis ketika dihubungi hari ini berkata polis sedang mengesan pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu.


Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amirudin Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan membahaya sehingga menyebabkan kematian.


Rafizi, yang berasal dari Taman Bukit Kepayang, Seremban, telah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.

Pelumba basikal negara Anuar Manan berkata Rafizi adalah seorang daripada rakan penaja Kelab Basikal Le Tua.

"Rafizi banyak memberi sumbangan kepada kelab basikal selain komited terhadap minatnya dalam sukan berbasikal," katanya.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad yang dihubungi Bernama menjelaskan bahawa Rafizi bukan pelumba basikal kebangsaan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, Naim turut meminta pengguna jalan raya di negara ini untuk menghormati peminat basikal yang menggunakan jalan raya untuk melakukan aktiviti riadah.

"Walaupun budaya berbasikal di kalangan rakyat negara ini tidak sehebat di negara Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Timur, saya berharap pengguna jalan raya dapat menghormati penunggang basikal yang melalui tepi jalan raya untuk aktiviti beriadah dan sebagainya," katanya.

Pada 29 Jan lepas, pelumba basikal lebuh raya wanita negara Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Presint 2, Putrajaya ketika menjalani sesi latihan untuk Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012. - BERNAMA

Kredit gambar: ondscene.my

5 comments

innalillahiwainnalillahirojiun...

moga tok anjang cepat tangkap orang yg langgar lari tu...errr

rasanya ramai juga penunggang basikal yang menjadi mangsa..tak sesuai berbasikal di atas lebuhraya sebab pemandu di Malaysia ni ganas belaka...

Tahziah keatas keluarga mangsa. Alfatihah. MMY

Nampak sangat Tuhan sayangkan arwah, dekat situ jugak no plat kete tu tertanggal .

Teringat kat arwah adik aku kemalangan basikal dgn 4wd kat minnessota, us

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS