Pejabat Khairul Fahmi Disimbah | Blog BOM321

][ ]
Share On Facebook Jangan lupa 'SHARE' artikel ini ke Facebook anda...



Pejabat Khairul Fahmi Disimbah


Berulang kali disimbah cat
KOTA BHARU: Selepas dipalit kontroversi dan menjadi mangsa fitnah, penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (gambar), 23, atau Apek, berdepan pula ancaman pihak tertentu apabila bangunan pejabat syarikat miliknya, Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd (KFR), di sini, disimbah cat hitam.

Pengurus KFR, Seiyed Ahmad Mohamad Yusoff berkata, bangunan terletak di Jalan Seri Cemerlang, Dusun Raja itu disimbah cat hitam tiga kali.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku antara 3 dan 4 Februari, diikuti kejadian kedua pada 9 Februari lalu dan terbaru Sabtu lalu.

Kejadian itu mendorong Seiyed Ahmad membuat laporan polis bersama Khairul Fahmi di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 1.33 tengah hari, kelmarin dan berharap mereka yang bertanggungjawab akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

“Ketika kejadian pertama antara 3 hingga 4 Februari lalu, saya menyangka ia (simbahan cat) perbuatan budak nakal, namun selepas kejadian sama berulang, saya terpaksa membuat laporan polis demi keselamatan Apek dan kakitangan.

“Kami tidak mahu menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Kami tidak mahu berlembut lagi kerana kejadian ini menjejaskan reputasi syarikat dan mengancam keselamatan orang lain terutama Apek,” katanya ketika ditemui di pejabat KFR di sini, semalam.

Menurut Seiyed Ahmad, satu bungkusan plastik mengandungi cat hitam turut ditemui di hadapan pintu masuk pejabat KFR pada Sabtu lalu dan bungkusan itu sudah diserahkan kepada polis sebagai bahan bukti.

Katanya, pihaknya akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) selain memantau sebarang pergerakan mencurigakan.

Dalam pada itu, Khairul Fahmi ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam, enggan mengulas dan menyerahkan kepada pengurusan KFR untuk membuat kenyataan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan. - myMetro



Related Posts with Thumbnails

Baca lagi artikel terkini dibawah :

18SX Aaron Aziz ABPBH Adira AF Agama Ally Iskandar Anugerah Industri Muzik AIM Anugerah Skrin Artikel Hangat Artikel Lawak Artikel Menarik Artikel myMetro Ashraf Muslim Automotif Awal Ashaari Ayu Raudhah Azad Jasmin Aznil Nawawi Bantuan BERITA Berita Dunia Berita Semasa Berita Sukan Berita Tempatan Biasa-Biasa Bola Sepak BOM321 Danny X-Factor Dayang Nurfaizah Dr Sheikh Muzaffar Dunia Hiburan Eira Syazira Elly Mazlein Erra Fazira Faezah Elai Faizal Yusof Farah AF2 Fasha Sandha Fazura Fida Ibrahim Filem Fiza Elite Fizo Omar Fizz Fairuz Gambar Gambar 18SG Gambar Aneh Gambar Artis Gambar Kreatif Gambar Lawak Gambar Lawak 18SX Gambar Menarik Gambar Ngeri Gambar Semasa Gambit Saifullah Gamez Download GOSIP Gosip Artis Harith Iskandar Harun Salim Bachik Hazama AF9 HIBURAN Iklan Ilusi Income Info Cinta Info Gadjet Info Gajet Info IT Info Kesihatan Info Menarik Info Semasa Info Sukan Informasi Isu Dunia Isu Jenayah Isu Negara Isu Semasa Isu Sukan Izwan Pilus Jasmin Hamid Jenama/ Barang Tiruan Johan (Botak Juvana) Kemalangan/ Tragedi Kisah Artis Kontroversi Kris Dayanti Lawak Malaysia Linda Jasmine Lisa Surihani Maizawati Mamat Sepah Marsha AF3 Maya Karin Memey Suhaiza Mengarut Miera Liyana Mizz Nina Movie Nabil Raja Lawak Nabila Huda Nanu Baharudin Natasha Hudson Neelofa Noh Hujan Nora Danish Norman Hakim NuffNang Nurul Syuhada Nurul Ain Orang Hilang Panas Permotoran Politik Prema Yin Que Haidar Raja Lawak Ramadhan Rebecca Nur Al-Islam Ridzuan Hashim Rita Rudaini Rozita Che Wan Salih Yaakob Salma Mentor 5 Sazzy Falak Scha Al-Yahya Sha'arin Black Rose Shah Jaszle Shaheizy Sam Shahir AF8 Sharifah Amani Shera Ayob Shuib Sepah Siaran Langsung Siti Nurhaliza Siti Saleha Siti Sarah Tauke Raja Lawak Teka - Teki Tiz Zaqyah Tom Mystarz LG Tomok OIAM Tragedi Semasa Umie Aida Usop Wilcha Ustaz Don Video Video Aneh Video Artis Video Ganas Video Lawak Video Menarik Video Muzik Video Ngeri Video Semasa Wardina Safiyyah Yasmin Hani Yuna Yusry KRU Zahiril Adzim Zami Ismail Zed Zaidi Zizan Rajalawak Zul Handy Black Zul Huzaimy