Nik Aziz Suka Tidur Atas Riba



Bahagia atas riba
KOTA BHARU: Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.


“Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.

“Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam.


Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.


Beliau turut dipilih sebagai Ikon Keluarga Mawaddah Peringkat Kelantan 2012 manakala lima pasangan lagi turut menerima Hadiah Pasangan Terpilih pada majlis berkenaan.


Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat lebih 234,000 anak tidak sah taraf, 81,000 daripadanya Melayu yang direkodkan di negara ini sejak 2006 hingga 2010 di seluruh negara amat mengejutkan.


Katanya, semua masalah itu timbul akibat tiada lagi wujud rasa takwa kepada Allah S.W.T.

“Masalah ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja bagi membina pusat perlindungan kepada anak ini (anak tidak sah taraf).


“Akibat tidak menjaga agama dan pergaulan terlalu bebas seperti sering ke kelab malam dan minum arak, maka ia boleh menjurus kepada zina,” katanya.


Pada masa sama, Nik Abdul Aziz turut mencadangkan sambutan Hari Valentine yang biasa disambut dengan pelbagai acara yang penuh maksiat diganti dengan Sambutan Hari Suami Isteri oleh umat Islam. - myMetro

2 Komen

memang ambe tabik gila-gila dekat Nik Aziz :)

syabas tuan guru...perkara sunnah nabi apa nak disorok2 dan nak dimalukan. ini lah suami yg amat menyayangi isteri dan rasulnya.

mungkin ada pihak2 yg iri hati memandang serong..tp bagi mereka yg mengetahui perjalanan hidup rasulullah ianya perkara yg sgt romantik...sy kagum.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS