Malaysia Airlines Flashmob Di KLIA

Malaysia Airlines Flashmob Di KLIA


Persembahan Kejutan Malaysia Airlines Sambut Ketibaan Di KLIA
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Malaysia Airlines mengadakan persembahan "flash mob" atau kejutan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) baru-baru ini sebagai program sambutan Tahun Baru.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata persembahan berkenaan bertemakan "Missing You" melibatkan kira-kira 200 penyanyi dan penari.

Mereka membuat persembahan 10 minit dengan medley lagu-lagu popular dalam pelbagai bahasa dan rutin tarian semasa penumpang tiba di KLIA keluar ke balai ketibaan, katanya.

"Kami rasa persembahan kejutan ini adalah cara yang baik untuk menggalakkan pelanggan mengingati Malaysia Airlines apabila mereka mengembara," kata Ketua Pengiklanan dan Promosi Malaysia Airlines Khairul Syahar Khalid.

Trend pengiklanan yang semakin popular di seluruh dunia, "flash mob" melibatkan kumpulan penghibur membuat persembahan yang pendek di tempat awam kemudian bersurai ke arah orang ramai selepas itu.

Flash mob Malaysia Airlines telah dipersembahkan oleh bakat-bakat dari Enfiniti Productions.- BERNAMA


3 comments

Mcm menggalakkan maksiat je? Pompuan2 dok joget dpn khalayak ramai, xmalu ke?

budaya terkinja-kinja & menyanyi di khalayak ala-ala 'Glee' ini bukan sebahagian drp budaya org timur..malah bertentangan dgn budaya Melayu & Islam sendiri..adalah mengecewakan syarikat korporat seperti MAS sendiri tidak memahami nilai & jatidiri rakyat tempatan..=(

negara2 timur spt China, Jpn, Korea, Thailand, etc..menolak iklan berbentuk 'flash mob'...kita nak 'menongkah arus'..kononnya nampak lebih moden...sebenarnya menampakkan kejahilan kita..fikir-fikirkanlah..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS