Mahkamah Bebaskan Anwar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibacakan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebentar tadi.
Mohamad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.
“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden, ketika ditemui, berkata mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan dan berkata, mereka ada 10 hari untuk berbuat demikian.

Anwar, 64, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes liwat berkenaan yang mendapat tumpuan meluas media dan orang ramai, bermula pada 3 Februari 2010 dengan pihak pendakwaan memanggil 27 saksi dan empat saksi menyangkal, manakala lapan saksi pembelaan dipanggil termasuk Anwar yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Ia adalah tuduhan liwat kedua dihadapi Anwar. Pada 1998, beliau pernah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar.

Bagi tuduhan berkenaan, Anwar disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun selepas rayuan Mahkamah Persekutuan menolak sabitan dan mengetepikan hukuman penjara serta membebaskan Anwar. - Berita Harian

2 Komen

beliau dicaci,dikutuk,difitnah,dipenjarakan,dibelasah - macam2 lah yang ds anwar dah lalui,tapi beliau tetap lawan dan berjuang untuk rakyat.boleh je nak blah dari negara, duduk luar.nak cakap xde duit,ade je.
tapi lawan tetap lawan.

orang nak cakap dia nak keja jawatan perdana menteri tu?tu pun tak tentu.dari mata aku,perjuangan dia ikhlas.xconfirm pun dpt tawan putrajaya tapi beliau tetap mempertahankan nasib rakyat.

aku tak kisah apa yang surat khabar dan berita cakap tentang dia, tapi sokongan aku trus kat dia.lagipun, memang lama dah xbeli surat khabar tu.xleh harap.

ape2 pon hope msia terus aman makmur, no war

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS