Laman MegaUpload Ditutup


Sebelum ini SKMM telah menyekat akses internet ke beberapa laman perkongian fail termasuk MegaUpload, dan kini laman MegaUpload tersebut telahpun ditutup serta merta.


AS tutup laman Megaupload
MCLEAN, Amerika Syarikat (AS) - Salah sebuah laman perkongsian fail yang popular di dunia, Megaupload.com telah ditutup.

Pengasas laman itu dan beberapa pegawai syarikat laman berkenaan dituduh menyediakan kemudahan kepada berjuta-juta muat turun filem, muzik dan kandungan lain secara haram.

Satu pendakwaan oleh pihak berkuasa AS kelmarin menuduh laman berkenaan menyebabkan para pemilik hak cipta kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Menurut Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan, Kim Schmitz atau lebih dikenali sebagai Kim Dotcom, 37, yang merupakan pengasas Megaupload.com dan kini Ketua Pegawai Inovatif laman itu serta tiga lagi kakitangan laman berkenaan telah ditangkap kelmarin di New Zealand atas permintaan beberapa pegawai AS.

Schmitz merupakan seorang jutawan Jerman.

Yayasan Perbatasan Elektronik yang mempertahankan hak kebebasan bersuara dan digital di online menyatakan dalam satu kenyataan bahawa: "Pelaksanaan prosedur jenayah antarabangsa seperti ini ke atas isu dasar-dasar Internet telah menetapkan satu contoh duluan yang menggerunkan."

"Jika AS boleh menangkap seorang rakyat Belanda di New Zealand berhubung satu dakwaan hak cipta, apakah yang akan berlaku seterusnya?"

Laman Megaupload adalah unik bukan hanya kerana ia mempunyai kandungan muat turun yang besar tetapi juga kerana ia mendapat sokongan daripada selebriti berprofil tinggi, pemuzik dan penerbit kandungan yang kerap menjadi mangsa pelanggaran hak cipta serta cetak rompak.

Sebelum laman itu ditutup, ia mendapat sokongan daripada bintang realiti televisyen AS, Kim Kardashian, penyanyi Alicia Keys dan Kanye West dan beberapa selebriti lain.

Syarikat Megaupload itu menyenaraikan suami Keys, Swizz Beatz yang merupakan seorang pemuzik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Namun, Beatz yang berkahwin dengan Keys pada 2010 tidak dinamakan dalam pendakwaan itu. - Agensi - Kosmo Online



Benda percuma susah nak dapat sekarang!

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS