Malaysia Berdepan Bah Besar

KUALA LUMPUR: Negara boleh berdepan masalah jika mengalami hujan lebat luar biasa secara berterusan kerana sistem sedia ada tidak mampu menampung gelombang banjir besar yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

Ini berikutan banyak sistem tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di lokasi mudah banjir di seluruh negara, masih belum siap sepenuhnya.
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman, berkata antara negeri yang kemungkinan banjir besar termasuk Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang serta timur Sabah dan Sarawak.
“Bagi berdepan kemungkinan itu, JPS giat mengadakan pelbagai usaha termasuk mengorek sungai, memperbaiki benteng pecah dan memasang lebih banyak pam sebagai persediaan awal menghadapi banjir.

“Berdasarkan keadaan yang melanda Thailand, banjir yang sama juga boleh berlaku di Malaysia. Dengan sistem yang ada, kita boleh hadapi banjir, tetapi jika hujan berterusan (seperti di Thailand), kita akan berdepan masalah.

“Ia (gelombang banjir besar seperti tahun lalu) mungkin akan berlaku dan langkah segera sedang dibuat. Sistem amaran penting untuk kita mengambil langkah awal,” katanya. - Berita Harian

Berjaga-jaga

1 Komen :

Moga Allah lindungi kita semua drpd bencana dan mala petaka

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS