Fahmi Perjelas Kontroversi Baru

Fahmi Perjelas Kontroversi Baru

Blog, portal hiburan siar gambar bersama beberapa wanita seksi

KOTA BHARU: Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek yang sebelum ini dikatakan memutuskan pertunangan dengan teman wanitanya akibat kehadiran orang ketiga, sekali lagi terbabit dalam kontroversi apabila gambarnya bersama beberapa wanita seksi di restoran eksklusif disiarkan dalam blog dan portal hiburan.
Khairul Fahmi berkata, gambarnya bersama kenalan, Dahlia Teck dan beberapa rakan wanita itu dirakam ketika beliau menghadiri majlis hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, tetapi menafikan mengambil minuman keras walaupun minuman itu ada dihidangkan seperti dalam gambar berkenaan.
“Saya tidak sentuh (arak) dan muka saya ketika itu merah kerana suasana dalam itu (parti) panas dan sesak, menyebabkan muka saya jadi begitu. Dalam parti itu, saya duduk dengan orang yang saya kenal dan ada juga saya tidak kenal langsung. Jadi, saya tidak tahu siapa yang mengambil gambar itu atau siapakah empunya sebenar gambar itu.

“Bila saya tengok gambar itu pagi tadi (semalam), selepas dimaklumkan seorang rakan, saya agak terkejut. Tetapi, saya ingin menegaskan yang saya tidak ada kaitan dengan benda itu (arak) seperti dilihat dalam gambar," katanya ketika dihubungi ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Beliau mengulas mengenai gambarnya bersama Dahlia serta dua wanita lain, manakala foto kedua menunjukkan enam wanita termasuk Dahlia bergambar di tempat yang sama.

Mengulas lanjut, Apek berkata dia sentiasa menjadi perhatian umum, selain ramai yang mahu bergambar bersamanya.
“Ke mana saya pergi, sudah pasti akan bertemu peminat dan mereka mahu merakam gambar. Pada parti hari jadi berkenaan, saya tidak terkecuali menjadi perhatian dan ada yang mengambil gambar," katanya.

Bagaimanapun, Khairul Fahmi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang menjejaskan prestasi permainan dan persiapannya menjelang Sukan Sea 2011, di Indonesia, namun berjanji akan menjelaskannya lebih lanjut selepas kejohanan itu.

“Memang pada saat ini, saya mahu memberi tumpuan kepada Sukan Sea. Saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana sudah dekat (perlawanan). Selepas perlawanan selesai, saya akan memberikan penjelasan kepada media dan buat apa yang patut.
Kalau boleh memang saya tidak mahu beban fikiran dengan benda seperti ini (kontroversi)," katanya.

Sebelum ini, Apek memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, tetapi menafikan ia berpunca daripada orang ketiga yang dikenali sebagai Dahlia. - myMetro

9 Komen

poyo la mamat ni...

Puihhhhh !!! kalau tak reti menipu jangan menipu !! glamour sangat ke ko sampai pergi mane2 org nk ambk gmbr
?? prestasi bola biase2 je kot. puiiiih2 !!

Panas yea..??knp yang lain x panas pon..kui kui kui..statement kurang bijak..mujur dia x kata tengah malu waktu 2.. :)

uih sedap minuman tu..rugi la dah masuk sana tak minum..

This comment has been removed by the author.

uikkksss...panas ekk??guling2 der gua gelak dgn statement lu!!!eloklah,nanti klu "jadi" ngan si dahlia tu,dia tukang tuang "kencing setan" tu,lu tukang minum....sama2 panas!!!!

main bola jelah apek...dah terkenal mudahlak jadi sombong...lupa diri...x baik tu. kejutan budaya ke apek???

muke sdh merah mcm udang kne bakar lg maw kate tarak minum ka..

Biasalah org baru nak naik.. so belajar cari alasan la 2... huhu.. dulu x mengaku ad hubungan dengan d.teck.. so sekarang dah terbukti.. so sekarang ni ape lagi yang di nk buktikan.. dunia

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS