Terima Kasih, Sayang Mama

Terima Kasih, Sayang Mama

MACHANG: “Terima kasih, sayang mama.” Itu antara kandungan SMS terakhir Mohd Syamil Malek kepada ibunya beberapa jam sebelum terbunuh dalam kemalangan meragut empat nyawa di Kilometer 4.2 Jalan Machang-Pasir Puteh, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, selain Mohd Syamil tiga lagi mangsa yang terkorban ialah rakannya yang sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini manakala seorang lagi cedera.

Semua mangsa berusia 19 tahun dan menuntut di tahun dua dalam jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka.

Mohd Syamil dari Batu Pahat, Johor dan Mohd Rizal Mohd Zin dari Kluang, Johor meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.


Mohd Faizuddin Jamil dan Mohd Syazwan Rosli, masing-masing dari Shah Alam, Selangor dan Pekan, Pahang pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala Haziq Zailani hanya cedera ringan. myMetro

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS