Kereta Termurah Mahal Di Bangladesh

Kereta Termurah Mahal Di Bangladesh
DHAKA – Kereta buatan India, Tata Nano yang dilabel sebagai kereta termurah di dunia mula dijual di Bangladesh hari ini.

Namun, kereta kompak itu dijual pada harga hampir tiga gali ganda lebih mahal berbanding harga jualan di India.

Pengarah syarikat Nitol Motors yang merupakan pengedar tunggal Tata Nano di Bangladesh, Abdul Matlub Ahmad berkata, harga model asas Tata Nano di negara itu ialah AS$7,900 (RM24,707) kerana cukai import yang dikenakan oleh pemerintah.

Sedangkan di India, model sama cuma berharga sekitar AS$2,870 (RM8,975).

Tata Nano dianggap kereta yang amat ekonomi kerana menggunakan hanya satu liter minyak untuk perjalanan sejauh 25 kilometer. – AFP - Kosmo Online

Rupa bentuk kereta ini sangat melucukan

2 comments

India jual kereta dia kat negara lain jauh lagi murah, Kereta Malaysia dijual kat tanah air sendiri jauh lagi mahal dari harga jualan di negara luar.
Hmmmmmmm...

India jual kereta dia kat negara lain jauh lagi mahal, Kereta Malaysia dijual kat tanah air sendiri jauh lagi mahal dari harga jualan di negara luar.
Hmmmmmmm...

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS