JPJ Adakan Operasi Besar-Besaran

JPJ Adakan Operasi Besar-Besaran
MARAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara khusus untuk mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, JPJ setiap negeri telah diarah menjalankan sekatan jalan raya termasuk di kawasan pedalaman mulai semalam untuk memastikan pemilik motosikal mematuhi peraturan jalan raya.

“Motosikal yang dikesan tidak mengikut spesifikasi dan melanggar peraturan jalan raya akan dikenakan tindakan kompaun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program Satu Komuniti Satu JPJ daerah Maran di Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul di sini semalam.

Turut hadir Pengarah JPJ Pahang, Datuk Zakaria Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Seramai 488 penduduk kawasan itu termasuk Orang Asli menerima lesen memandu B2 pada program tiga hari yang diadakan di sekolah tersebut. - Kosmo Online

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS