Video "Undilah" belum dapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem: SKMM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana pengumuman khidmat awam (PKA) berkenaan masih belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM hari ini, arahan tersebut dibuat hasil pemantauan pematuhan secara rutin mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang dijalankan SKMM ke atas video karya pemuzik Pete Teo itu.
"Di dalam kes pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo dan atas hasil pemantauan pematuhan secara rutin yang dibuat oleh SKMM, di dapati PKA tersebut belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen. Oleh itu PKA tidak sepatutnya disiarkan di televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan," kata SKMM.
Menurut SKMM, demikian juga di bawah AKM 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.

"Arahan ini adalah mengenai pematuhan oleh pihak penyiar dan bukannya kandungan PKA berkenaan," kata kenyataan itu.

Antara yang muncul dalam video yang menampilkan 40 personaliti itu adalah ahli-ahli politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, artis tempatan dan ahli sukan.

Video selama 4.38 minit yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lalu menyeru rakyat untuk keluar mengundi. - BERNAMA



Apa lagi agenda SKMM ini, video menggalakkan orang pergi mengundi pun tak boleh, apa pun tak boleh...

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS