Perodua Jangka Myvi Baharu Diterima Baik

Perodua Jangka Myvi Baharu Diterima Baik

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjangka versi baharu, New Myvi Special Edition (SE) dan New Myvi Extreme, diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Myvi baharu itu dengan enjin berkuasa 1.5 liter menjalani pengubahsuaian berdasarkan kepada maklum balas oleh pembeli yang mahukan enjin berkapasiti lebih besar.

"Kami mengambil masa 27 bulan untuk membangunkan generasi baharu Myvi itu berbanding 34 bulan bagi generasi pertama dan banyak penambahbaikan telah dibuat,” katanya di pelancaran kereta tersebut di sini, hari ini.

Versi baharu Myvi itu berharga antara RM50,9000 dan RM61,7000, katanya.

Aminar berkata, susulan pelancaran tersebut, Perodua menjangka jualan versi baharu itu menyumbang 45 peratus kepada keseluruhan jualan bulanan 8,000 model baharu Myvi dan membantu memenuhi sasaran jualan 2011 sebanyak 190,000 unit.

"Myvi SE sebelum ini menyumbang kira-kira 30 peratus kepada jumlah jualan Myvi,” katanya sambil menambah versi 1.3 liter Myvi baharu itu menerima 34,000 tempahan dengan 18,000 unit telah diserahkan setakat ini.

Mengenai pasaran Perodua di Indonesia, Aminar berkata, jualan Myvi 1.3 liter baharu itu yang dijual di bawah lambang Daihatsu Sirion, mencecah antara 2,500 dan 2,700 unit pada akhir tahun.

Terdahulu, Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia memberikan Perodua empat bintang bagi Myvi baharu tersebut untuk Program Penilaian Kenderaan Malaysia.

New Myvi SE 1.5 liter dan New Myvi Extreme 1.5 liter itu didatangkan dengan jenis manual dan automotik.

SE tampil dengan lima warna — kuning, putih, ungu metalik, hitam metalik dan perak metalik.

Manakala Extreme dengan tiga warna — kuning, putih dan hitam metalik. - Bernama

1 Komen :

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS