Pemandu Teksi Samun Penumpang

Pemandu Teksi Samun Penumpang

GEORGE TOWN - Kegiatan jahat seorang pemandu teksi dan rakannya menyamun pelancong asing dan meninggalkan mangsa di kawasan sunyi sejak beberapa bulan lalu tumpas apabila mereka ditahan dalam operasi khas polis di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Cheong Eu di sini kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 38 dan 58 tahun yang bersenjatakan dua pucuk pistol itu ditahan pada pukul 11.45 malam ketika hendak melakukan jenayah dalam teksi yang dinaiki dari Seberang Perai.

Dalam serbuan oleh anggota Cawangan Kongsi Gelap Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut itu, polis merampas pistol automatik jenis Baretta dan Browning bersama kelopak serta 29 butir peluru kaliber 9mm.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis menemui pistol itu di tepi pinggang dan belakang badan dua suspek itu.

Katanya, modus operandi suspek adalah mengambil penumpang terutama pelancong asing dan membawa mereka ke kawasan sunyi untuk disamun sebelum ditinggalkan.

Jelasnya, mereka yang mempunyai rekod jenayah berkaitan bunuh, curi dan dadah ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960. - Kosmo Online

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS