Mayat Gadis Ditemui Terbakar


AMPANG: Satu mayat gadis yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemui terlentang dalam keadaan 80 peratus badannya terbakar di Kampung Lembah Jaya Utara, di sini, tengah hari, semalam.

Difahamkan, mayat itu ditemui penduduk berhampiran sebuah loji kumbahan sebelum seorang wanita memaklumkan kejadian itu kepada polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan, kira-kira jam 1.35 petang.

Berdasarkan pemeriksaan forensik, identiti mayat itu masih tidak dapat dipastikan kerana keadaannya hampir rentung.

Mayat itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata tiada dokumen pengenalan serta barangan lain ditemui bersama mayat itu dan siasatan lanjut dibuat bagi mengenal pasti mangsa.

“Kami akan membuat pemeriksaan ke atas senarai orang hilang di Kuala Lumpur secepat mungkin.

“Selain itu, polis meminta maklumat penduduk sekitar kawasan kejadian yang mungkin tahu mengenainya,” katanya.

Amiruddin berkata, tempoh kematian mangsa juga masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke kawasan itu.

Bagaimanapun, tiada tanda kecederaan lain pada mayat yang lengkap berpakaian selain kesan dibakar.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. - myMetro

1 Komen :

mereka bukan seteruk binatang..mereka juga bukan seteruk jin dan iblis..malah mereka lebih teruk daripada kedua2nya..

Entri Terhangat!! :
Oh Kemaluan Wanita Dan Onani!!
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS