Mati Dipeluk Teman Wanita

Mati Dipeluk Teman Wanita

SEREMBAN – Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.

Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.

Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.

Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.

Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.

Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.

Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.

“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.

“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam. - Kosmo! Online

5 Komen

baru peluk islam. tapi meninggal pulak dlm cara yg dikutuk islam. aduh

bodoh..tu orang kata ikut hati mati..
sia-sia je hidup..mati masuk neraka

xboleh salahkan lelaki tu jugak,mybe dia xtaw sbb dia baru msuk islam..ptotnye pompuan tu bimbing dia,bukan ikut minum racun~

sayangnya la yg pempuan tu... patutnya dia yg terang2 dah Islam sejak lahir boleh la pk apa yg dibuat tu betul ke tak. ni dia pun sama hanyut dgn org yg tak pandai agama...

kalau mati terus takpe juga kalau dibuatnya masih hidup tapi cacat seumur hidup? haaaa kan dah nyesal tak sudah...

tragis dan sungguh sweet. seperti http://www.pixelworks.com.my/

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS