Pemilik Salun Songlap RM1.6 juta
NIBONG TEBAL: Seorang pemilik salun kecantikan dan dua lelaki dicari bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan dan 10 kes samun di sekitar Seberang Prai Selatan dan Bukit Mertajam, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, pemilik salun itu yang dikenali sebagai Hashima Hashim, 36, dari Taman Merak Jaya, dekat sini, dicari berkenaan kes pelaburan membabitkan lebih 30 pelabur yang juga mangsanya.
Katanya, pihaknya menerima laporan polis pada 1 Ogos lalu daripada mangsa mendakwa berasa tertipu sebelum melakukan siasatan.
“Selepas menjalankan siasatan, kami mendapati lebih 30 mangsa membuat pelaburan berjumlah setengah juta kepada suspek sejak beberapa tahun lalu.
“Pada awal pelaburan, mereka menerima dividen seperti dijanjikan, namun pada Julai lalu, suspek menghilangkan diri malah suaminya tidak dapat mengesannya. - myMetro
Hati-hati melabur...
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS