Pemenang Pertandingan Penggodam Ditawar Kerja

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Agensi Keselamatan Nasional (NSA) mempelawa penggodam-penggodam komputer dari seluruh dunia menyertai pertandingan untuk menyelesaikan masalah komputer paling sukar di dunia.

Pertandingan itu merupakan acara sampingan konvensyen penggodam sedunia pada minggu ini yang bertempat di sini dan dikenali sebagai Defcon.

"Hari ini, kami memerlukan pahlawan siber dan bukannya saintis roket," kata pengarah teknikal NSA, Richard George.

Setiap penggodam yang ingin menyertai pertandingan itu perlu membayar yuran penyertaan sebanyak AS$150 (RM443) secara tunai dengan peserta tidak perlu mendedahkan identiti mereka.

Pertandingan tersebut dijangka menarik sebanyak 10,000 peserta. Para pemenang berpeluang untuk berkerja dengan NSA.

Penggodam komputer yang bilangannya amat kecil di AS, amat diperlukan Washington dalam usaha membanteras jenayah siber yang mengancam keselamatan negara.

NSA yang kini mengupah sekitar 1,500 penggodam pada tahun ini akan menggaji sejumlah 1,500 penggodam lagi dengan kebanyakan mereka adalah pakar siber pada tahun depan.

NSA yang merupakan agensi keselamatan AS melakukan aktiviti pengintipan elektronik terhadap musuh-musuh negara dan melindungi rangkaian komputer AS daripada serangan siber. - Reuters - KosmoOnline
Kepada hackers2 Malaysia, join segera!

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS