Jakim Tidak Pernah Keluar Sijil Halal Mentega Import


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sebarang persijilan tanda halalnya kepada mana-mana mentega yang diimport ke negara ini.

Pemangku Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf (gambar) berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang permohonan sijil halal daripada pengeluar mentega luar negara.

"Produk mentega yang diimport memang tidak mendapat sijil halal Jakim tetapi mendapat persijilan halal daripada badan persijilan luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

"Setakat ini, terdapat beberapa produk mentega luar negara yang sedang dipantau dan diteliti," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah mentega import yang mendapat sijil halal tersebut. - Kosmo Online

Berapa banyak benda haram dah masuk perut?

1 Komen :

mmm mcm2. susah betul nak cari benda halal kat negara ISlam sendiri... huhuhu

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS