Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga


Sedar tak sedar reka bentuk duit syiling yang kita gunakan ketika ini telah berusia 20 tahun, Bank Negara Malaysia telah pun mengeluarkan reka bentuk terbaru duit syiling bagi siri ke-3, reka bentuk baru yang didatangkan untuk syiling dengan nilai 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen lebih ringan dan bertemakan Keunikan Malaysia, Duit syiling ini akan digunakan pada tahun 2012.


Keunikan Malaysia
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.


Spesifikasi Teknikal

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga


Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
50 sen
Sulur Kacang


Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.


Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
20 sen
Bunga Melur


Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.


Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
10 sen
Motif Orang Asli


Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.


Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
5 sen
Destar Siga


Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.


Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga
Ciri Keselamatan

Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.

Video Duit Syiling Malaysia Siri Ke-3



Maklumat lanjut boleh ke Duit Syiling Malaysia Siri Ke-3

8 Komen

aku lg suka gamba bagunan parlimen tu..yg duit 10 sen tu mcm ada logo yahudi ja..

rase mcm sayang jek na gune duet tu.hahaha

Hmm Kena Simpan duit2 Lama Yang Aku Ada sekarang Ni. Boleh jadi Sejarah dan Boleh Di Jual Pada 50 tahun Akan datang.

msti rmai yg xpuas aty ngn duit 10sen tue..haha..

Salam.
Dah ramai yang beli duit syiling ni.
Ada dua kontroversi yang melanda:
1. duit ni sama dengan euro coins.
2. Ada lambang Israel dlm duit ni.
TT tak tahu ke?

yg 5 sen lmbang yahudi kot...agk2 la

tgk video tu.. start2 ja dh ade lambang yahudi.. tgk tol2 bentuk cantuman tu

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS