UKM Nafi Sahkan Barbican Halal

Banyak hebahan yang telah dibuat oleh sesetengah laman web, blog dan laman sosial tentang status halal barbican telah disahkan oleh UKM, bagaimana pun UKM menafikannya

Unipeq nafi sahkan Barbican halal

KUALA LUMPUR – Unipeq, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan ia telah mengesahkan status halal terhadap produk minuman malta berperisa buah-buahan Barbican seperti didakwa pengeluar produk itu pada Khamis lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr. Siti Noorbaiyah Abdul Malek berkata, syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.

“Sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - KosmoOnline

Isu Halal ini bukan benda remeh, perlu kaji dengan teliti.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS