Sepah Juara Maharaja Lawak 2011

 Juara Maharaja Lawak 2011
Memang tepat jangkaan kami, Sepah menjuarai Maharaja Lawak, dari sistem undian yang kami keluarkan di facebook kami semalam, ramai jangkaan juara lebih memihak kepada kumpulan Jozan, diikuti dengan Sepah, Jambu dan Nabil. Bagaimanapun Juara telah memihak kepada Sepah, Syabas Sepah.


Sepah Juara Maharaja Lawak 2011

Artikel dari myMetro

Sepah Juara Maharaja Lawak 2011
Luar jangkaan

SHAH ALAM: Tanpa dijangka kumpulan Sepah dianggotai Mohd Noor Murad, Shahmira Muhammad dan Mohd Nazdri Zainal Abidin, muncul juara pertandingan akhir Maharaja Lawak berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam di sini, malam tadi.

Lebih manis apabila kemenangan itu diumumkan di hadapan hampir 5,000 penonton setia rancangan itu, termasuk ahli keluarga dan kelab peminat pelawak popular itu yang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam.

Sebelum ini kumpulan lebih popular iaitu Jozan dan juga Jambu dilihat lebih menonjol dan disebut-sebut akan menjuarai Maharaja Lawak yang pertama kali diadakan menghimpunkan pemenang dan pelawak popular yang bakat mereka dicungkil dari rancangan Raja Lawak terbitan Astro.

Peringkat awal sewaktu pengumuman undian SMS penonton setia, mewakili 50 peratus permarkahan menunjukkan Jozan mempunyai kelebihan apabila mendahului dengan 34 peratus sementara kumpulan Sepah berada di tangga kedua dengan 28 peratus diikuti Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil (25 peratus) dan Jambu hanya memperoleh 13 peratus.

Persembahan ditampilkan Sepah sewaktu pusingan pertama dengan tema bebas dan kedua, muzikal berjaya mencuit hati penonton bukan saja di dalam stadium tetapi juga di rumah.

“Kemenangan ini sememangnya tidak dijangka. Terima kasih kami ucapkan kepada juri dan penonton yang memberikan sokongan padu sepanjang 13 minggu pembabitan kami dalam pertandingan ini,” kata Shuib mewakili anggota Sepah yang lain sebaik diumumkan juara.

Dia menyifatkan kemenangan kumpulan Sepah adalah rezeki anak yang bakal ditimang tidak lama lagi ini kerana isterinya juga penyanyi Siti Sarah sedang mengandung anak sulung.

Sepah menewaskan Jozan dianggotai Johan dan Zizan, Nabil dan kumpulan Jambu dianggotai Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh).

Kemenangan diputuskan juri tetap rancangan itu iaitu pengarah filem, Mamat Khalid, Ahmad Idham dan pelawak, Saiful Apek mewakili 50 peratus markah dan selebihnya SMS daripada penonton setia membolehkan Sepah membawa pulang wang tunai RM350,000 beserta piala iringan, Jozan naib juara dan menerima hadiah wang tunai RM 250,000, sementara tempat ketiga dimenangi Nabil menerima wang tunai RM150,000.
Sementara Jambu, keempat menerima RM50,000.- myMetro




Tahniah kepada pemenang

3 Komen

gelaran MAHARAJA LAWAK khas untuk SEPAH...SEPAH TERBAIK...baik punyeee..haha

waa bestnya dorang dpt duit byk!

nabil plg untung! 150,000 utk dia sorang je, doww! yg lain2 tu kena bagi2 lg!

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS