Pemuda Mati Minum Air Bomoh Siam

Ini lagi satu kes percaya bomoh...

mati minum air bomoh siam
INILAH rumah yang didiami Kah Yah di Kampung Pulau Rusa, Merchang,
Kuala Terengganu, tempat Faizal dirawat sehingga menemui ajal malam kelmarin.

Bomoh Siam ragut nyawa pemuda
KUALA TERENGGANU – Seorang bapa hanya mampu melihat anak lelakinya dipaksa minum air menggunakan hos getah oleh seorang bomoh Siam sehingga pemuda itu pengsan dan meninggal dunia ketika berubat di sebuah rumah di Kampung Pulau Rusa, Merchang dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7.45 malam itu, Faizal Harun, 26, yang didakwa menghidap penyakit ganjil empat tahun lalu dibawa ke rumah bomoh dipanggil Kak Yah dari Thailand oleh ahli keluarganya untuk dirawat secara tradisional.

Semasa berada di rumah itu, mangsa disuruh melalui beberapa ritual perubatan selama empat jam. Antara ritual itu adalah upacara membaca mentera, bercakap-cakap dengan mangsa dan memberikan mangsa minum air kosong dalam jumlah yang banyak.

Sepanjang berubat mangsa diarahkan baring. Mangsa turut disuruh menggigit sebilah pisau. Dalam ritual itu mangsa pengsan dua kali kerana lemas minum air terlalu banyak.

Kemuncak ritual itu, mangsa dikatakan terpaksa dipegang beberapa ahli keluarganya sebelum mulutnya disumbat oleh bomoh itu dengan hos getah yang mengalirkan air. - KosmoOnline


Apa punya bomoh ni, sumbat air guna hos, dah macam buat kerja paip dah.

4 Komen

bodohnye cra rawatan,
takziah pd kluarga mngsa, Al fatihah pd arwah

sengal jugak family die ni x kan la x leh pk kl mulut sndri yg kne sumbat dgn hos paip dengan air yg byk pe jadi...moral utk org lain yg berubat tradisional jgn buat mnde yg x masuk akal...pape pon takziah kpd family mangsa....

kkkdg bile berlaku perkara yg tak diduga .kirenye ganjil la bagi kite,kita tentu akan ckp kenapa lah sampai mcmtu skali..emm manusia akan lebih sempurna kehidupan jika belajar tentang byk ilmu..ini kes tak tau hal2 dunia la ni..(marah ni)

giler.. ntah selaras ke tak dengan ajaran Islam ni..
mudah sangat terpengaruh dgn ilmu2 gelap.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS