Laman Web Kerajaan Tidak Diserang Penggodam ?

Laman Web Kerajaan Tidak Diserang Penggodam ?
Berikutan dengan ancaman penggodam untuk menggodam laman web kerajaan pada hari ini khamis jam 3.30 pagi tadi tidak berjaya kerana server laman web kerajaan ditutup (lihat gambar di bawah).

Laman Web Kerajaan Tidak Diserang Penggodam ?

Artikel dari myMetro dan bharian:

Tiada kesan diceroboh
KUALA LUMPUR: Portal malaysia.gov.my tidak menunjukkan sebarang kesan pencerobohan seperti yang didakwa oleh kumpulan penggodam antarabangsa menggelarkan diri sebagai `Anonymous’ kononnya akan bertindak menggodam laman berkenaan pada jam 3.30 pagi tadi.

Sehingga jam 4.30 pagi tadi, laman berkenaan dilihat tidak mempunyai sebarang perubahan hingga menimbulkan tanda tanya sama ada Anonymous gagal atau berjaya tetapi dapat diatasi pengendali portal malaysia.gov.my.

Sebaliknya, kira-kira 30 laman web tempatan didakwa digodam oleh pihak tertentu disyaki penggodam tempatan yang terikut-ikut dengan ancaman Anonymous.

Antara web yang dikatakan digodam dengan menggantikan laman dengan nota amaran dan gangguan atau DDoS atau penafian perkhidmatan terhadap laman termasuk penang.uitm.edu.my dan tourmalaysia.com.my, manakala beberapa laman web seperti krustudios.com dan sabahtourism.com yang didakwa digodam Anonymous dan mengalami kebocoran menyebabkan ditutup oleh pengendali web masing-masing.

Pemantauan myMetro terhadap kebanyakan portal menggunakan domain .gov.my tidak dapat diakses, tetapi tidak diketahui sama ada berpunca daripada serangan DDoS atau pengendalinya bertindak menutup sementara laman berkenaan.

Ancaman godaman laman web malaysia.gov.my adalah cetusan tindak balas pengguna internet berikutan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses kepada lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular dengan alasan perkongsian fail berhak cipta dan melanggar akta hak cipta. tempatan.

10 halaman yang terlibat adalah Warez-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube dan MegaUpload.

“Tindakan menyekat laman web seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks tidak boleh dimaafkan...ia sama seperti menafikan hak asasi manusia,” dakwa rakaman suara yang tersebar di laman Youtube sejak beberapa hari lalu.

Kumpulan sama dikatakan turut bertanggungjawab menggodam laman web Play Station Network, Mastercard dan Visa malah pernah menceroboh masuk laman web kerajaan seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia.

Minggu lalu Anonymous melancarkan serangan DDoS terhadap laman kerajaan Turki sehingga membawa kepada penahanan 32 suspek yang dipercayai anggota kumpulan itu.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk merangka langkah keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan berkenaan.

“Sebelum ini laman sesawang kerajaan pernah digodam namun proses pemulihan berjaya dilaksanakan dengan kadar segera berikutan terdapat prosedur tertentu yang sudah dikenal pasti,” kata kenyataan itu. - myMetro



PUTRAJAYA: Sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pengajian Politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi, Tourism Sabah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah digodam penyerang siber pagi semalam, bagaimanapun berjaya dipatahkan dan dipulihkan menjelang petang. Berikutan serangan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan semua agensi kerajaan supaya bersiap sedia dan mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 36 jam akan datang.

Amaran itu dikeluarkan berikutan ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa menggelar diri mereka 'Anonymous', yang mahu menyerang portal kerajaan, www.malaysia.gov.my melalui 'Operation Malaysia' pada jam 3.30 pagi ini dengan alasan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.

Difahamkan, laman web Tourism Sabah, UiTM Sabah dan Jabatan Pengajian Politeknik digodam pada jam 10 pagi dan kembali pulih selepas jam 3 petang semalam.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata semua cubaan menggodam itu berjaya dipatahkan berikutan arahan berjaga-jaga yang dikeluarkan kepada semua agensi sejak kelmarin, selain persiapan awal yang dibuat untuk menghadapinya.
"Bagaimanapun, tempoh ancaman belum berakhir, jadi kita mahu semua agensi kerajaan terus mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 24 hingga 36 jam ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya sama ada kerajaan bercadang menutup semua sistem komputernya hari ini berikutan ancaman itu, Thajudeen berkata, kerajaan tidak akan mengaku kalah kepada penggodam, sebaliknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi mereka.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan cubaan godam yang dilakukan semalam adalah berskala kecil atau dilakukan penggodam tempatan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga sudah bersiap sedia menghadapi ancaman siber berkenaan serta yakin berupaya menangkis cubaan mereka.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan semalam, berkata mereka sudah menyelaras strategi bersama semua agensi kerajaan berkaitan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Sebelum ini pun ada serangan siber dilakukan terhadap laman web kerajaan tetapi kita (SKMM) dapat memulihkannya dengan pantas kerana sudah ada mekanisme dan prosedur bagi menanganinya.

"Bagaimanapun, SKMM akan terus berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman siber bagi memastikan keselamatan maklumat dan rangkaian perhubungan demi integriti pelanggan di Malaysia," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri, dalam satu kenyataan berasingan berkata, pihaknya memandang serius ancaman itu dan menganggap kebarangkalian ia berlaku adalah tinggi.

‘Anonymous' dikesan pegawai sebuah syarikat perisian keselamatan di Finland dan makluman mengenainya dibuat pada jam 4.42 pagi Selasa lalu.

Minggu lalu, 'Anonymous' melancarkan DDoS atau 'distributed denial of service' terhadap laman web Kerajaan Turki sebagai bantahan terhadap rancangan kerajaan itu untuk memperkenalkan penapisan internet.

Hujung minggu lalu pula, laman web Senat Amerika Syarikat diceroboh kumpulan penggodam Lulz Security tetapi gagal melepasi 'firewall' untuk memasuki rangkaian laman web yang lebih sensitif.

Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata semua tindakan yang sewajarnya sudah diambil bagi menghalang cubaan menyerang laman web kerajaan.

"Kita sudah memaklumkan perkara (serangan) ini kepada semua pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), SKMM dan semua agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan siber," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di sini, semalam.

Rais menjelaskan Malaysia tidak pernah mengenakan sekatan internet tetapi akan mengambil tindakan terhadap mana-mana laman web yang mengandungi unsur jenayah.

"Saya rasa mereka tidak faham niat baik kita. Kita tidak ada sekatan tetapi apabila berlaku jenayah siber, mekanisme itu (sekatan) akan digunakan," katanya.

Beliau berkata, semua laman web yang berkenaan (disekat) boleh merayu kepada SKMM agar sekatan itu ditarik balik, bagaimanapun setakat ini suruhanjaya itu tidak menerima sebarang rayuan.



Jika server web kerajaan tidak ditutup semestinya kena godam, lepas ni hackers terus je hack, jangan beritahu tarikh.

13 Komen

bahayanyanya hackerni..penakut..buat kerja senyap2..huh..

Dreamygirl , hacker ni bukan penakut , kerajaan yang penakut , ambil hak asasi manusia menggunakan internet , what we pay is what we use . ini tak , mereka block laman web perkongsian dan menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak berpuas hati . Hacker ni pun tak 100% berjaya akibat webpage gov. sempat shut down . bukan hacker tu yang penakut , but kerajaan yang penakut , they suppose to fight back , not stay low down under a blanket . >,>

Mr. Bunny: apa kamu rasa kalo barang kamu dicuri atau kediaman kamu dipecah masuk???

oii mr bunny..jawab la ooii ada org tanya tu..hahaha..

senang je sebenarnya, masing-masing cuba lah hormati hak masing-masing. jarang sekali sesuatu benda tu berlaku tak de sebarang sebab melainkan memang individu tu betul2 jahat

bukan semua file dalam web tu haram.. korang ingat bayak sgt ke lagu-lagu and filem malaysia kat dlam fileshare website tu..berape kerat sgt la yg nak upload. nak halang piracy ni senang je.. buat la cerite gempak2 sikit.. ni buat cerite ala kadar.. pastu nak harapkan orang beli yg ori..

Anonymous , guna lah ID kalau nak cakap dengan aku oiii . . .

bila govement buat mcm tu, bukannya makin senang tp makin menyusahkan rakyat pulak.. sape nak beli movie berpuluh2 RM kalo dah ada sumber utk dpt secara free?

apa yg anonymous ckp tu btol..kalo brg kite kene curi mesti la marah..tp knp org tu mencuri kite x taw sbb ape pulak kan?? mungkin kerajaan da rampas sumber mencari rezeki diorg?? mane diorg nk carik makan? ..agak2 mane lg aku nk download bende2 freee ni..haiizz

bagi ak r an..diorg bkn nk mencuri ke hape ke..diorg nk provoke kerajaan je..pike balik..kite nie yg ade kuase spttnye..ade tgk ta lulz hack pas2 dye listkan senarai2 org yg usha porn..ade je org mcmc dok usha porn siap pakai web gov..kite nme je demokrasi..xpi xde la demokrasi sgt..pike la balik..demokrasi = rakyat lagi power dri gov bknye gov... diorg ckp piracy la ke hape la..weii ikut zaman r..org pon dh mls nk g bli cd dvd 2..org donlod je laa..yg kru lak dok bising3..mcm la cite melayu bnyk sgt org donlod..korg pon donlod cite hollywood cite3 smallville supernatural.. at least la an org g r gak tgk wyg..kire oke pe..dpt gak juta3..nk bndg ngan hollywood mmg r ta tercalen..tpi 2 la cabaran dye..penerbit penulis skrip kne pike la mcm mane nk bwat supaye org tgk cite dye..sblom ckp org luar mencurik tgk laa kat dlm..org dlm mencuri..bwat fan page telan rm 1.8 juta web mrepek3 yg korg pon mls nk msk tu berjuta..padehal theme pon amek kat web free..pike klo rm 1.8 juta tu bgi dkt student..2 melabur gak pe..mne taw student tu jdi inventor ke ape ke..sng ckp la an..korg bayar tenet mahal3 laju3 bwat ape ? takan ntok fb pas2 surf3..pike balik laaa..g la wat bace3..yg si hacker anon 2..diorg penah hack paypall visa..xde lak diorg nk curi dwet 2..gov siket3 pijak pale..pasan sndiri laa an..

mang ai, ramai lak ai anonymous.. poning palo den... hahhaha

kalau nak kira fileshare 2 slh..mcm mne plak klau pinjam cd original kat kwn..pastu ko copy semua lagu..wat letak kat handphone ke laptop ke..slh x?slhkan..apa pon tak bleh..

senang btul keje gov nih.. da malas nak pikir byk terus block jek keje..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS