Kecoh Pengagihan Borang Bazar Ramadan 2011 MBPJ

Kecoh Pengagihan borang Bazar Ramadan 2011 MBPJ

Buat angka giliran sendiri

PETALING JAYA: Pengagihan borang Bazar Ramadan 2011, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang pada awalnya berjalan lancar bertukar kecoh apabila pihak tidak bertanggungjawab menghasilkan angka giliran sendiri sebelum menghalau pemohon lain di Dewan D’ Klana, di sini, pagi semalam.

Lebih menyakitkan hati apabila mereka yang memiliki angka giliran sehingga 135 itu saja dibenarkan mendapatkan borang berkenaan sebelum menjualnya kembali kepada pemohon lain dengan harga dua kali ganda.

Situasi itu membuatkan orang ramai mulai bising kerana ada di antara mereka yang menunggu sejak jam 12.30 tengah malam semalam, dihalau kerana dikatakan tidak memiliki nombor giliran.

Pemohon, Sharifah Maznah Syed Mohd Al-Yahya, 60, berkata dia tiba seawal jam 4 pagi semalam untuk membeli borang terbabit, namun hampa apabila individu tidak dikenali yang mendakwa sebagai pegawai MBPJ menghalaunya kerana dikatakan tidak memiliki nombor giliran.

Namun katanya, dia terkejut sejurus pegawai MBPJ sebenar memaklumkan individu terbabit ulat nombor dan menegaskan pihaknya tidak menetapkan sistem nombor giliran.

“Ulat nombor terbabit mengagihkan nombor giliran kepada rakan dan saudara sendiri sehinggakan ada di antara ahli keluarga mereka mendapat sehingga tiga borang,” katanya.

Menurutnya, lebih dikesalkan apabila ada individu yang menawarkan penjualan satu borang berharga RM300 sedangkan mereka hanya perlu membayar RM5 untuk mendapatkan borang terbabit.

“Saya memohon pihak MBPJ menyiasat perkara itu kerana ramai yang tidak memperoleh borang berniaga,” katanya.

Timbalan Setiausaha MBPJ, Ahmad Mahayin Said, berkata pihaknya mengeluarkan borang berkenaan mengikut jumlah petak disediakan dan setiap borang diaudit Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).- myMetro


Ada saja yang suka mengambil kesempatan!

3 Komen

kalo xde ulat ni mmg x sah.. mangkuk betul ler..

apa plak kena mgena ngn umno??? haish!!!

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS