Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan !



KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.

” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.

” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.


Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.

” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.

Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

Tengok tv pakai minyak ke?

18 Komen

alaaa.. tengok tv1, tv2, tv3, al hijrah, tv9, dan ntv7 cukup ar..haha.. tak mati pun xdak astro.. bak kata mak aku masa mntak pasang astro. " pasang astro? tak boleh! mak xdak duit nak pasang.." hahaha.

watpe cari susah kalau barang free ada..hehe..

SAYA UNDI SETUJU...

Saya juga setuju ingin boikot Astro...

mari boikot astro!diaorg dah beso kepala!

nape la ngan astro ni..citer lame ulang2...iklan bnyk xpyah ckp la..mengalahkn tv3..tu pon nk naikkn byrn ag..sng2 potong jek..agaknye AF da abes..income mkin kureng..

xyah tunggu 3 bulan..if de tungak rm10 lpas due date pon astro da potong...bile nk smbung blik sbb kurang byr tuh pon..kena caj rm20..gile tamak...xyah boikot xnk byr..rqamai2 cal custmr srvce potong trus pastu balance tu bru xyah byr..tgk dia untung ke rugi nk upah lawyer lg..

betul 2
cerita ulan yang sama jee
cerita yang berhabuk pon ulang,sampai 100 kali....
tengok tv3 lagi best
duit yang bayar astro tu,baik simpan buat minyak kereta
jimat...
kalau nak tengok tv guna yang percuma jeee...
sekareang ni semua benda guna duit..
takkan laa caring astro dari kelurga..

Agk2 la astro korang dh kaya nk mkin kaya dh pengguna ni korang nk kayapkn ke!

saya setuju sangat-sangat...

ntah pe kejadahnye astro ni..stiap ari org melanggan..pe isau sgt..
alasan penyelarasan knon..ngat ckp ngn budak2 ke..
pasni nk tgk bola p stadium je...
terminate je astro ni..
gua langgan pn nk lyn Maharaja Lawak je..

kenapa le satu lesen je yang ada kat Malaysia ne??? kalau ada kan senang...Astro kecut le skit..

aq dulu agent astro... takat org melayu nie je boikot...org cine n india byk lagi pasang... aq mse keje astro dulu..hari2 ade orang nak daftar baru.. so even kurang pon..astro tetap dapat customer baru.

BETUL TU... SETUJU SESANGAT..... CAJ TAK PADAN NGAN PERKHIDMATAN.. CERITA ULANG2... SAMPAI DIALOG PUN BOLEH HAFAL, KALAU DH ULANG BYK KALI... HAHAHAHAH

kalau kata "tak mati kalau takde astro"...kenapa nak ade astro....tutup aje la, ni boikot seolah2 nak ade astro dengan cara nak suh astro kurangkan bil....kalau tak bayar astro, kita dikira masih berhutang dengan astro...kalau ada muslim yang beragama islam, anda tahu apa hukumnya tu...kalau semua orang tutup akaun astro, sama jugak, astro takkan ada income, tapi kita bersih dari hutang...terpulang la, saya nak jadi pengguna yang bijak, kalau saya tak mampu, saya takkan langgan...bil elektrik pun saya boleh jimatkan, masa2 yang terbuang dari menonton TV pun saya boleh tukar kepada aktiviti2 yang boleh mendatangkan keuntungan kepada ekonomi saya....itu pendapat saya yang juga pengguna...Terima kasih...

takyah bayar terus.. biar ja..
ada ka patut kita bayar untuk tengok iklan ja.. apa da...

tak yah bising le...tanak..tak payah pkai..nak..pakai je la..ape nak kecoh..duit masing masing cari..bkn kongsi...tanak tengok..tutup tv..nak tengok..pasang tv..tp..mmg aku akui la..pasang ariel kat umah nih..ssh skit..kene tinggi gile..baru chanel lawa..cet..tak lawa umah aku da..pkai astro noh walau rendah gambar lawa..ptutnye stesen kerajaan nih wat la ariel mcm tuh..baru la cun..nih nak tgok nora elena pon ade bunyi mcm tv lame da..

tak yah bising le...tanak..tak payah pkai..nak..pakai je la..ape nak kecoh..duit masing masing cari..bkn kongsi...tanak tengok..tutup tv..nak tengok..pasang tv..tp..mmg aku akui la..pasang ariel kat umah nih..ssh skit..kene tinggi gile..baru chanel lawa..cet..tak lawa umah aku da..pkai astro noh walau rendah gambar lawa..ptutnye stesen kerajaan nih wat la ariel mcm tuh..baru la cun..nih nak tgok nora elena pon ade bunyi mcm tv lame da..

memang ler NGO cakap tak payah bayar bil tapi kalau ASTRO hantar saman sebab tak bayar bil, kita ada perlindungan dan pengecualian ker dari mahkamah... kalau ada pengecualian dari mahkamah aku pun tak mau bayar jugak, jangan cari penyakit tak bayar bil tapi sebaik-baiknya hentikan terus langganan ASTRO....

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS