Hazama Juara Akademi Fantasia Musim Terakhir

Hazama Juara Akademi Fantasia Musim Terakhir
Seperti yang telah dijangka oleh orang ramai, Kejuaraan Akademi Fantasia musim terakhir adalah milik Hazama.



PUTRAJAYA 12 Jun – Program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) atau yang terakhir mengangkat Hazama sebagai juara pertandingan nyanyian itu pada konsertnya yang diadakan di Dataran Putrajaya di sini malam ini.

Dengan kemenangan itu, Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 26, membolot hadiah berupa wang tunai RM200,000, hamper, wang tunai RM5,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 dan trofi.

Naib juara pertandingan yang diacarakan Aznil Nawawi, AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley itu dimenangi oleh Lena atau Lenaber Haider, 22, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, hamper dan wang tunai bernilai RM2,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 serta trofi.

Tempat ketiga pertandingan yang disiarkan menerusi Astro Ria itu diraih oleh Fina atau nama sebenarnya Nur Shafinaz Jebat yang menggondol wang tunai RM20,000, hamper dan wang tunai bernilai RM1,000 sumbangan Power Root, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony dan trofi.

Sementara itu, tempat keempat pula dimenangi oleh Azri yang merangkul hadiah wang tunai RM5,000, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Pertandingan akhir yang dihadiri kira-kira 5,000 penonton itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dari pukul 9 malam hingga 12 malam. - Utusan



"RM200 ribu tunai, Memang masyuklah kau Hazama!"

3 Komen

Rezeki dan kemenangan dia adalah ketentuan ALLAH SWT..sejak dia masuk AF 4 pun dah terserlah bakatnya..dia pernah nyanyi dgn abg Amy,abg Hattan,MUH,Zainal Alam Kadir,Faizal Tahir,kwn2 AF lain..di Astro,TV 3..tahniah atas penantian selama 5 tahun ini..Semoga dia akan lebih sukses..

tpi rezeki menyanyi bkn rezeki halal sngt...

hazama patut berterima kasih kat astro sebab bagi peluang ke-2 untuk hazama masuk AF....budak2 AF yg lain tak akan pernah dpt peluang mcm ni, hanya hazama sorang je yg dpt. anyway tahniah & good luck after this..semoga hazama tak lupa diri, tak menyombong dan yg paling penting sekali jgn jd SUPERPOYO.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS