Dedah Perkara Sulit, Pekida Mahu Saman Kongsi Dan KL Gangster

pekida saman


Dedah Perkara Sulit, Pekida Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

"Kod rahsia berkenaan selalunya digunakan di antara ahli-ahli Pekida dan ia tiada kaitan dengan gengsterisme seperti mana yang dipaparkan dalam kedua-dua filem ini.
Antara babak dalam filem Kongsi

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang.





David Teo, Yusof Haslam Sangkal Dakwaan Pekida

pekida saman
PETALING JAYA: Penerbit filem KL Gangster dan Kongsi, Datuk Yusof Haslam dan David Teo, menjelaskan filem-filem terbitan syarikat produksi mereka itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti yang didakwa oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Penerbit Skop Productions, Yusof menegaskan, dia tidak mahu melayan dakwaan buruk terhadap filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu kerana ia hanyalah perkara remeh yang boleh merunsingkan fikiran.

"Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam.

"Perkara ini bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Filem KL Gangster hanyalah sebuah cerita rekaan dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan.

"Kita sudah mendapat penapisan dan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ia ditayangkan. Jadi saya tidak mahu layan perkara seperti ini," katanya yang dihubungi mStar Online, Khamis.
Penerbit filem Kongsi, David Teo

Sementara itu, penerbit Metrowealth Movies Production yang menerbitkan filem Kongsi, David Teo berkata, filem arahan Farid Kamil itu dihasilkan atas tujuan hiburan dan bukan untuk mempersendakan mana-mana pihak.

"Filem Kongsi hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak pun. Kita sama sekali tiada niat untuk mempersendakan mana-mana individu menerusi tema yang di paparan.

"Hakikatnya, isu gengsterisme berlaku di mana-mana negara atau bangsa pun dan bukan merujuk kepada pertubuhan tertentu.

"Ia tidak sepatutnya menjadi isu tetapi saya tidak boleh kata apa kerana itu hak mereka (Pekida). Cuma, kalau isu ini timbul lebih awal, pasti ia akan lebih membantu publisiti Kongsi," katanya.

Pekida berhasrat untuk menyaman penerbit dan pengarah dua filem berkenaan kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Pertubuhan itu akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie, Jumaat (hari ini) bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem-filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Sumber : mStar

31 Komen

dr org ramai x tau pe rahsia tu jd tau plak...kalo rahsia diam2 sudah..hanya ahli pekida je tau pe kod rahsia tuh...skang satu mesia pasti nk tahu pe yg di katakan kod rahsia tuh..

PEKIDA patut mengambil tindakan yg sewajarnya.pandangan serta nasihat drpd pengamal undang2 pertubuhan diperlukan utk menyelesaikan masalah ini.

erk...drpd org xtaw jd taw rahsia.sape yg dedahkan rahsia sape nie? btw...some of the nice 'Pekida' guy seems to go overboard in certain cases. ramai yg ok, membantu...tp ade segelintir yg darah pns, sikit2 nk tunjuk lagak.

eh tak penah tau pon...but now tieha da tau...korang sendiri yg bocorkan rahsia korang sendiri..apa daaa

alar...sebelom filem nih dikeluarkan pon..da ramai org yg bukan ahli pekida tau kod2 rahsia pekida tu..dr adik beradik pekida jugak yg membocorkan rahsie pekida..rahsie la konon..mencemarkan nama baik pekida konon..pernah ker nama pekida tak tercemar?..kate islamiah..bergadoh sane sini..sorang kene cubit..sekampong nak kne turun..mengarotlah pekida nih..sebelom nak saman org..ajar dlu pengikut2 balaci korang tu tertib..da junjung al-quran..tp arak msih ditangan..perempuan masih diriba...maksiat masih dihati..jgn memalukan agama dgn menggunakan pekida..pekida tidak layak utk saman filem ini..

katanya rahsia, klu dh rahsia caner lak bole jadi dialog kat dlm filem tuh, maksudnya idak la rahsia sgtttt he3...

kalau benda tu rasia cm mne ramai pihak tahu?xyah merepek la PEKIDA.ahli2 korg gak yg bukak pekong sndri smpai muncul byk puak...kawasan sni la kawasan situ la.smpai kaum bkn melayu pn blh pakai kate kunci korg tu apa benda?yg tu korg cakap MELAYU?!BUMI ALLAH PUNYA JGN LUPA,JGN GILA KUASA!

senang jerp .. sebenarnya orang2 kita yang cepat sangat terusik .. weii rilek la .. ini filem la .. dah terang2 dia hanya rekaan .. kan dah tulis .. dalam setiap filem dan drama .. Filem ini tidak ada kena mengena dengan individu yang masih hidup atau telah meninggal duni .. kalau ada pun secara kebetulan .. lagi satu ini filem sekadar nak bisnes .. salah satu strategi berniaga ... cuba orang kat malaysia nie bukak mata besar2 .. pikir pakai otak bukan pakai lutut .. macam maner industri filem kita nak setaraf dengan filem luar ..bila kita nak mengembalikan industri filem malaysia seperti yang pernah dilakukan oleh Allahyarham tan sri p ramlee dan rakan2 beliau .. filem2 beliau mendapat penghargaan sehingga di peringkat antara bangsa .. kalau macam nie .. memang bungkus la filem malaysia .. kat hollywood saner rilek jerp buat filem kutuk artis , kutuk GOV .. rilek jerp tak kena saman .. malan siap buat kutipan berjuta2 dolar .. makin membantu industri filem hollywood.. harapan berfikir dan buat kajian sebelun mengelepor tak tentu pasal ..

adoyaii..jgn la nk besa2kn bnde ni..da kate blakon..bnde2 mnyaman ni la yg wt mlayu nk gdo2..pe bnde la sume ni..org tgk filem 2 pn just nk suke2..dari kaji filem yg kononnye pch rhsie,bek kaji al-quran.. qiamat da nk dkt la..hope jgn nk mnyaman2 ni la..xde pe pn ngn duit 2..xbwk kubur gak..

password bocor tukar password jer la..apa susah tah??

ekele kelam kabut.tuka ja pasword tu kan..:)

psl filem pn nk main sman2 k??ap la pnya bodoh pnya pertubuhan nie.. ak pn plik la,klo kte bkn prtubuhan gengster la kn,apsl nk pkai kod2 rhsia..mcm budak2 la..buat malu org melayu je.. sptutnya pertubuhan nie yg ptut disaman sbb melahirkan byk ank2 muda melayu kaki pkul,jual dadah pn pkai nem pakida.. ko pekida abg long k angah k achik k klo ko xd dwet zaman skg ni,g mmpus ngn ko pnya pekida la..yg tw skg ni mmg pekida ni xd fungsi ap2 pn,kje diorg nie pau sne pau sni..

aparaaa...hal camni pon nak kecoh...nak bgtau pekida ni montop la ni...puuuiiii...kalau mantap sgt, abg2 long dlm pekida bawak la member2 pekida pegi bejuang sampai syahid kat palestine..pastu tlg bejuang bantu umat2 Islam yg ditindas kat seluruh dunia..ini tak asyik besidai kat club, dangdut, togok arak main prempuan...Pejuang Islam sebenar tidak perlu kemasyhuran nama...cukup dgn amal dan akhlak Islam dgn niat ikhlas utk membantu agama Allah....bukannya 'ujub' dgn pangkat2 dlm pekida tu..

PEGI DA...ngarut la smua nie...cite kongsi or KL gangster xde kena mengene pon ngan PEGI DA....dr org xtau,da pon jd tau sbb kbodohn PEGI DA itu sndr...serius SHIT...menyampah aku dgn PEGI DA nie...

Kalau camtuh baik suruh Mamat Khalid saman si Johan kerana meniru gayanya semasa Maharaja Lawak. Apa kod-kod rahsia ini. Kod-kod atau buah ini sudah lama digunakan kongsi gelap cina(maaf ia bukan berniat racist ia adalah fakta) dinegara kita sebelum merdeka lagi malah ia digunakan oleh perisik-perisik komunis semasa darurat dinegara kita, kesemuanya untuk satu tujuan iaitu merahsiakan perbualan, pengenalan dan pergerakkan sesama ahli mereka. Perlukah kita contohi amalan dua Apa keperluannya kod ini untuk pertubuhan PEKIDA ini?. Apa perlu PEKIDA contohi mereka, ada apa-apa agenda tersirat untuk gunakan kod ini?. Teruskan saman anda kerana saya percaya peguam gila sahaja akan buat kerja anda. Shikin Begum tu betul ke orang Melayu?, orang Melayu ada gelaran Begum ke kat belakang?.

Mmg realiti pun..PEKIDA? Apa fungsi? Kebaikan n keburukan mana lg byk? Ada kebaikannya tp...ntahla, aku tgok r pnglaman aku sndiri diorg ni mmg samseng pun...rasa kuat. Cuba guna tenaga tu pi Palestin ke? Tunjuk gagah sesama Melayu bkn main. Aku pernah dioffer utk join masa study dulu. Tp kena bayar yuran bulanan..wakaka. Klu free pun xkan bodohnyer aku nk join. Klu si Samsul ni xbuat filem ttg Pekida pun, org mmg sedia tahu Pekida ni mmg samseng. Tp versi Melayu. Kah3. Melayu oh melayu. Sedih! Melayu masih dijajah!

Bila PEKIDA melenting yg filem ni dh guna kata kuncinya nampaknya org smua dh tau kata kunci tu, agaknya kita yg mnonton ni pun x tau menahu kata kunci adalah itu,
Jadi buat apa PEKIDA melenting ? dah tau itu rahsia, PEKIDA patutnya diam aje la... Filem ni pun xde ckp ayat tu PEKIDA punya.
Kalo niat PEKIDA nak tegur psal cara paparan bahawa melayu amalkan gangster tu memang wajar, tapi rasanya x perlu smpi nk saman2. Just tegur ok. Kalo nk edit pun confirm ada kesan kt filem sbb dialog tu ada spanjang filem. Cara pemikiran PEKIDA perlu ikut kebijaksanaan bukan dengan emosi.

ala pekida... rilex sudah...
bwk2 bertenang ea....
ala pekida knp ckp korg nye rahsia ada dlm cite tu..so ktorg pun da tau...

Ni sumber dari mana?

mcm mana filem malaysia nk berkembang kalo rakyat sendiri yg nk condemn kn...bg aku lar ni just filem,n filem sebegini bukan pertama kali di tayang kan di malaysia contoh mcm filem hongkong yg terkenal mcm young and dangerous..perlu ke nk sampai saman,buka lah minda,kita perlu sokong industri seni tanah air kita,dan filem2 sebegini lah yg akn pecah tradisi mcm yang korang slalu kutuk filem malaysia x laku n bosan tuh...give them our support lar....cuba pk dr sudut positif,dorg susah payah pk nk terbitkn filem yg beri pengajaran tp rakyat kita jugak nk condemn..aisehh

aduh..
mcm2 la masalahnye majoriti dah tau kod rahsia tu...
budak2 skolah pon dah tau pasal kod2 tu..
so ape ade hal???
dorg buat pon atas dasarhiburan je pon bukan nk burukkan sape2...
itu pon nk bising...
amik tindakan pada ahli2 dlu la bru nk ambil tindakan pada org lain...
dalam ahli pon byk yang dah menyimpang dari yang betul2 ikot landasan...

plik la ak bnde2 gni..mtang skit la,psatuan ni xpnh bantu rkyt mlyu pn,mkin brtelagah ade la.gdo sana,gdo sni..adoi,rsak akidah je.mafia,yakuza rlex je wt flem.ni....adoai..lu abg long ka,ayhda ka..ni mvie wa ske la..

pertubuhan berdaftar apa ada kod kod rahsia ni kecuali gengster aje... kita semua tau yang pekida ni pertubuhan yang ahlinya banyak terlibat dengan gangster.. kaki pukul, bouncer, tarik kereta dll... kawal ahli sendiri dahulu baru saman orang... dasar pecacai UMporNO

ini mesti kerja PKR , DAP & PAS kahhh..kahhh..kahhh..lpas ini braheing katak pulok saman ucup aslam& davit teong krna pecah kod perkosa....pokida2 ada2 jer korang ini..

sebenarnya aku tak tahu menahu kod2 apa ke jadah tu bila tengok filem2 ni..tak perasan lansung..bila diorang dok bising2 mulalah aku nak tahu, kod apa? sebab sejak dulu pekida sendiri dah bagi byk imej buruk tentang mereka tak payah org filem buat cerita pun. sampai aku ingat siapa yg masuk pekida tu samseng. ialah cara ahli dia tunjuk diri macam kumpulan kongsi gelap pulak. tapi takde pulak aku fikir pasal pekida masa tengok filem2 tu. pelik betul...

sokong ape yg dikatekn oleh Anonymous...byk org gengster dr pekida..kaki club,pukul..bile kne tahan polis jual name je da lepas..mmg name da buruk so xyah la ckp islamia sgt..

ske hati drg la nk wat filem ape!yg psal kod2 rahsia tue,ko nk saman drg pesal ko ade copyright ke psal kod2 tue??huh!! ske hati drg ar nk wat filem cmne!dripda nk berahsia ape bagai! ckp ade perjuangan konon!puih! perjuangan ape??gangsterisme? klau brani ckp lar ape perjuagan yg korang wat??wahh rasa tercabar sbb kod rahsia konon korang dh terdedah?? pdan la muker! biar rakyat Malaysia tahu spe pekida sebenarnye!

AHhhh..Pekida~menggelabah,kalo ko nk melatah terang2 mmg korang ni gangster....bila ckp pekida tu gangster marah x ngaku,bila org buat filem gangster dia terasa,ayahnda la abg long la ape suma ko xnk lak saman istana pakai panggilan cmtu???maen buah ko nk melatah??kalo ko bukan gengster diam2 la sudah...pelombong cina yg bwk masuk buah2 tu korang yg tiru...npe xnk saman cite young & dangerous???npe x saman cite ninja assasin???ade gak men buah...pekida hanya skadar nama..betulkan dulu hala tuju anak buah korang...jgn cepat nk melatah..kalau bukan pertubuhan kongsi gelap x payah la nk berkod2 rahsia apejadah bagai....salam

lorr. tukar jela password yang da bocor tu. kecoh lebih. papentah pekida ni. huh

kod rahsia??perlu ke kod rahsia??dah mcm mafia or yakuza dah pekida ni.ckp islamiah tp ada ahli2 lelaki yg pkai rntai la..tu HARAM di sisi Islam.!!pkir la sndri.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS