Tips Bila Terserempak Dengan Hantu

hantu kak limah

Pocong -
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya.
Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak
pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.


Langsuir -
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.


Pontianak -
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.


Hantu Raya -
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh  kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.Â


Hantu Galah -
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.


Jerangkung -
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.


Toyol -
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu


Hantu Facebook -
Jika terserempak hantu ini di pejabat, kita lapor pada bos, hantu-hantu sebegini menganggap bos anda adalah pawang atau dukun, gerenti mereka takut.

Artikel ini diedit semula oleh BOM321

6 Komen

Boss pon da same prangai main facebook daaaa . . =,=

hantu facebook pling bnyak kali aku jumpa...haha

kalau jumpa hantu kak limah pun lari nikan pulak nak jumpa antu lain. haha

report ngan boss, boss pun sama hantu facebook. kalau boss pun hantu, sape yang bukan hantu? hahaha..

nak praktik gak tips ni kalau jumpa hantu. tapi tak pernah jumpa hantu real. biasa jumpa manusia yang jadi hantu. =P

encik bom...sume tips2 atas tu btul ke...klau betul bleh nk praktikkan xD hehehe....

http://violencexx.blogspot.com/2011/05/kata-kata-rindu-buat-kekasih.html

abang...ni tips dari majalah ujang kan..pernah bace..tapi xingat tahun bile..tp lame da ni..tahun 96,97,98 camtu kot...

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS