Seri Bayu Meninggal Dunia



Al-Fatihah Buat Seri Bayu
Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada hari sabtu yang lepas kira-kira jam 8.30 malam di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf. Difahamkan jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor ini.

Sebelum ini, Seri Bayu dilaporkan sudah pun berada dalam keadaan tenat sejak beberapa hari yang lalu, dan telah dibawa ke hospital setelah keadaannya bertambah kritikal.

Seri Bayu yang menderita penyakit saraf motoneuron disease sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Erema.

Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu.

Kini Seri Bayu sudah pun melepaskan segala urusannya di dunia, Manggaonline mengucapkan Takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Seri Bayu di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah - Mangga Online.

Al-Fatihah...

2 Komen

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS