RM50 Juta Untuk Projek Emel 1Malaysia

Emel 1Malaysia

RM50 juta untuk projek emel 1Malaysia
Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.

Satu syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan projek berkenaan hari ini berkata, emel berkenaan akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.

Ditanya sekiranya projek berkenaan akan bertembung dengan perkhidmatan dalam talian lain seperti MyEG, Tricubes berkata projek berkenaan berbeza daripada inisiatif sedia ada.

Ketua pegawai eksekutifnya Khairun Zainal Mokhtar berkata, berbeza dengan perkhidmatan bayaran dalam talian MyEG, perkhidmatan melibatkan email baru itu akan melibatkan penghantaran notis dan bil.

Satu keterangan yang diperolehi media berhubung projek berkenaan menyebut, Projek Emel 1Malaysia juga akan menyediakan perkhidmatan untuk menyemak bil dan bayaran.

Khairun berkata, syarikat berkenaan akan memiliki portal dan infrastruktur emel berkenaan sebaik saja ia siap pada Julai. - MalaysiaKini





BN Beri Projek E-Mail RM50 Juta Kepada Syarikat Bermasalah

KUALA LUMPUR 19 APRIL : Tricubes Berhad, syarikat yang meraih kontrak perkhidmatan emel 1 Malaysia bernilai RM50 juta dilaporkan menghadapi masalah kewangan dan berkemungkinan dilucutkan dari Bursa Malaysia.

Meskipun menghadapi permasalahan sebegitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan firma berkenaan diberi kontrak lumayan untuk menyediakan khidmat emel rasmi antara rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan kerajaan, lapor Malaysian Insider.

Ramai pihak menyifatkan langkah itu sebagai membazir kerana sebilangan besar masyarakat yang celik komputer sudah pun memiliki e-mail peribadi.

Mereka juga mempersoalkan keselamatan maklumat peribadi dalam sebarang transaksi menerusi e-mail 1Malaysia itu.

Justeru mereka menolak projek e-mail 1Malaysia dan mempertikaikan kenapa ia diberi kepada sebuah syarikat yang dipantau oleh Bursa Kuala Lumpur.

Tricubes sebelum ini diberi amaran dan diletakkan di bawah status Nota Bimbingan Keselamatan 3 oleh Bursa Malaysia (GN3) tahun lalu.

Sebagai Syarikat GN3, Tricubes perlu memberikan laporan kewangan kepada Bursa setiap bulan serta melantik penaja sehingga ia bukan lagi berstatus GN3.

Menurut laporan itu jika syarikat (Tricubes) gagal berbuat demikian, mereka boleh digantung dan disingkirkan dari papan oleh Bursa Malaysia.

Sumber Bursa juga menyatakan, sehingga 1 April lalu, Tricubes masih dalam proses meguruskan aliran kewangannya dan 'tiada sebarang perkembangan besar' yang memungkinkan status GN3 syarikat itu ditarik balik. - TVSelangorNews


BOM321 sangat tidak bersetuju dengan pembaziran ini, google dan yahoo telah pun memberikan servis emel percuma kepada dunia, buat apa membazirkan duit Malaysia.

3 Komen

Beberapa komen dari status FB saya. http://www.facebook.com/home.php#!/zaidievo/posts/1662845778756?notif_t=feed_comment

yuos btol..nk wat pe wujudkan emel camni..sdgkan kite leh gune emel sedia ade...kalo nk komunikasi secara tros dan pantas..fb lg pantas..hoho

nmpk pun mcm membazir jer..baik la rm50 juta tu digunakan utk projek2 lain yg lebih memberi manfaat kpd rakyat spt naiktaraf kemudahan penduduk2 miskin dll...

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS