Kisah Disebalik Kematian Adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee

Saiful Syazani Saiful Sopfidee

Artikel ini dikeluarkan oleh MyGamis.Net, BOM321 tidak membuat sebarang suntingan pada artikel ini.

kematian adik saiful, apa ceritanya?
Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.

Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,

“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri



Sumber : http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html


Bagaimana pendapat anda mengenai isu berkenaan?

88 Komen

arghhh..alasan..ade pulak org yang dah buat jenayah nak mengaku..dah bunuh org pas2 sempat sembahyang hajat..xlayak digelar ustaz..pembunuh..

kite xboleh nk cepat sgt menghukum seseorang, mungkin jugak ustaz tu xbersalah,so same2 lah kite menantikan keputusan siasatan itu,
muehehehehe

anon : nnti aku ckp ko bodoh ko marah, ko ni sbenarnye mmg jenis cepat dihasut ko tgk je ah perangai ko ko percaya akhbar ckp ko kan dah tau sume dikawal..ape lah ko...lau nk tau kebenaran siasat sndiri x yah dngar ape orang ckp...sengal ah ko

Allah jua yg mengetahui segalanye..semoga Allah menunjukkan kebenarannya dlm kes ni..aku pon x rasa yg ustaz tu kejam smpai begitu skali..ape2 pon ape yg dipaparkan dlm media kite x leh trima bulat2..wallahulam..

pastue ko pandai sgt ke?lau ko xpercaya media..mcm mane ko ley taw bnda nie?dari media jgak kan.ala..org PAS..media yg boleh dipercayai hanya HARAKAH.dah sah2 pembunuh tue dari PAS, cepat aje datang backup..cuba ustaz aka pembunuh tue dari sek kerajaan.konfim kena BOMM ngan PAS.
macam kes aminurrasyid..mentang2 yg tembak dia polis..abis semua PAS salahkan kerajaan..nmpk sgt PAS tue bacul..

lepas nie.pok nik kluar fatwa baru.budak kecik yg blum akil baligh dan berfikir yang mencuri..dihalalkan utk dibunuh oleh USTAZ..USTAZ tue akan diberi ganjaran syurga.terbaik pok nik.

kalau betul pon ustaz tu buat, kenapa nak tutup sekolah agama tu? x ke pelik..kalau betul ustaz nie difitnah tunggu jela azab org yang memfitnah tu..dan sebaliknya

Astaghfirullahalazim...btw aku nk tye anonymous ni...ko islam eah?..sori laa sbb name ko pkai anonymous..so kompius ckit

memang tipu la cerita ustad tu.. ingat org agama ni semua baik ke? masakan duk terkurung dalam bilik a.k.a tempat TIDUR USTAD tersebut boleh menyebabkan budak tu maut? memang ajal maut di tangan Allah tapi nak menipu pun agak2 la. lagi satu nape ustad tu tak pi check sendiri, tapi ustad y plak yg pi checked? nampak sgt tak bertanggungjawab, hang kurung, hang la pi checked..bengap. 7 ringgit punya pasai budak tu hilang nyawa.,apa la puak2 Parti Ajaran Ses*t ni

biasa lar..PAS akan bela ahli syurga mereka..POK NIK kan boleh hapuskan dosa ahli mereka..dah sah2 GAMIS nie bangang tahap mintak kaki..kluarkan artikel bela ustaz..dia gi interview si kawan ustaz tue..ape ke bangang nye GAMIS nie..nak bela PAS pown, cover2 lar sikit..intervw lar doktor or polis ke..nie intervw kawan pembunuh..mmg ar..

Rasanya tak payah la nak babitkan politik plak ya.asal mati jer motif politik. the truth is this kid died. someone is responsible. for the moment hanya Allah, simati dan ustaz ni yang tahu perkara sebenar. kita bukan nak menghukum tapi biarlah yang ditugaskan menyiasat perkara sebenar. jangan pulak bila terbukti ada penderaan, kang cakap motif politik plak lagi. semua orang boelh cakap... tapi yang nyatanya adik ni dah meninggal dunia. :-(

yg korg salahkan PAS ni kenapa? ni ustaz UMNO la..

budak nie dah lar anak yatim.
jawab lar wahai encik ustaz di mahkamah akhirat nanti.

Walaupun salah macamana pun, kepala adalah tempat yang paling atas, jgan diketuk atau sebagainyer. Jk arwah sudah mengaku, lepaskan saja, xpayah dikurung. Arwah dah mengaku tu pun dah satu tindakan yang baik, murni. Namun mungkin itu penyebab maka arwah meninggal. Dah ajal arwah begitu. Jgn politikan kes ini, dan ambil pengajaran dari kes ini.

Ustaz & pas mmg bodoh....pok nik nyanyuk

Tgk balik gmbar sebelum arwah meniggal, lebam kat mata tuh akibat serangan penyakit ganjil juga ke?

membunuh satu perkara yang besar,tak kira dalam apa jua pun keadaan..sedangkan ketika perang pun kita tidak boleh membunuh sesuka hati..inikan pulak ketika mendidik..budak tu baru 7 tahun,apa yg die tahu..org tua yg lebih berakal patut lebih waras tak kira la apa jua tindakan budak tu kerana semua akan mengalami zaman pembesaran n ingin mencuba..hanya iman mampu mengatasi semuanya..

semangat hampa dok kutuk ustaz & tok guru nik aziz no. ilmu hampa banyak sangat ka nk kutuk ulama'? come on la bro. stiap org ada wt silap. kita yg xtau apa2 baik diam drpd dok tambah dosa kutuk2 org. kutuk ulama' plak tu. astaghfirullahala'zim. dunia..dunia

apesal banyak anon jer yg komen ni ?,. adik beradik mak enon ke?,.

Hanya Allah saja yang tahu hal sebenar..kalo betul dia bersalah, biar mahkamah yang jatuhkan hukuman..bukannyer kite...ok semua???

astarafirullahhalazim,,,bwak2 r brtaubat si anonymous,,,xpyah r nk tduh sape2,,cane klu smua tduhan y ko wt kt ustaz,,tuan guru y ko gelar pok nik 2,,,parti islam semalaya y ko gelar parti ajaran sesat 2 smua nye salah,,,memang sedap ko caci mereke2 ni,,,buat fatwa baru dan sebagainye,,,mcm ni r dunia akhir zaman ulama2 di caci tdak lg dsanjungi,,,ak xdapat trime coz cara ko hina diorg ni bg ak xubah cam sikap org jahiliah y caci junjungan besar kite nabi muhammad saw masa zaman jahiliah dulu,,sekiranya tduhan y ko buat 2 slah belaka siap sedia r tok terima balasan ko kt akhirat nanti,,bertaubat r sebelum trlambat,,,selagi pintu taubat itu masih lagi dibuka,,,

al-fatihah untuk arwah..cukup la sekadar ingat,Allah SWT mengetahui segala galanya..sama sama kita tunggu dan lihat..

doh gapo pi tanya member baik ustaz and sekolah tu.. mestilah sokong member baik beliau.. gapo tak terus pi tanya keluarga mangsa atau polik yang menyiasat? alasan konon polis tak telus dan berat sbelah.. doh tu tanye membe memang jujur tak berat sebelah lah? budak tu ada kesan lebam sebelah mata dio tuh.. tangan kena ikat macam banduan salah beso.. kena kurung 2 jam ketakutan.. ada dio bagi makan minum? kejam .. kejam..

simpang sikit dari tajuk..poyo je ulama si pok nik nie..ade plak ulama yang mengkafirkan islam??selamba acik pok nik je nak cakap org johor jahil lau x sokong pas..apo dia tue hebat sgt ke??pok nik pok nik..sudah2 lar bawak tobat..

aku x ksah la ustad ni dri politik mne...tp yg pnting,BDAK UMUR 7 THUN tu....aku ade ank umur 8 thun,klu wat salah aku nak pukul pun kesian...sepatutnye ustad tu mndidik bkn memukul...ape2 pun alasan yg di beri,hnye Allah sje yg tau...tggu saje la blasan yg di beri sama ade d dunia @ d akhirat....klu betul la arwah tu mncuri,byak lg care utk mngajar,....kite d kurniakan otak n akal,so,pikir la sendrik,,...

artikel ni bagus tetapi bermotif politik..

as salam, cuba kita imbas kembali kes liwat anwar 1, ketika anwar d bawa keluar dr lokap ke mamkamah, mata anwar lebam. ada org kata anwar tumbuk mata sendiri tp setelah d bicara mata anwar d tumbuk.

semasa adik saiful dlm icu, kelihatan mata adik saiful lebam,adakah kita nak katakan adik saiful tumbuk mata dia sendiri??
dah tentu tidak...
laporan forensik mengatakan sbb kematian adik saiful kerana kekurangan oksigen + 'PENDARAHAN DLM OTAK '. kenapa ada pendarahan dlm otak?? kebiasaannya pendarahan dlm otak berlaku d sbbkan d hantuk atau terhantuk atau d hentak dgn sesuatu objek atau terjatuh.

sedangkan sebelum ini bapa angkat adik saiful memberi keterangan anak angkatnya sentiasa cerdas seolah2 tiada apa2 kesakitan yg pernah d alami.

cara tertuduh (ustad) menyoal siasat adik saiful tu dah d kira salah. kenapa dia ikat tangan adik saiful dan mengurung selama 2 jam tanpa ada makan + minum walaupun d katakan itu adalah bilik tidur ustad.

seolah2 adik saiful tu seorg penjenayah besar.

kalau sy bapa kpd kanak2 malang ini akan berserah kpd ALLAH + redha apabila sesuatu keputusan telah d adili dgn teliti

sekian WALLAHUALAM.

aish..sesuke je nk ckp ustaz bodoh..klu ko mati,ko pggl ustaz gak tlg semayang jenazah ko..slame ni ko blaja bab2 agama ngn sape??bkn ustaz @ ustazah ke??ke ko xblaja agama..agak2 la nak kate tu..xperlu kutuk alim ulamak..kite nie ilmu xsetara mana..

huhh.. nk komen gak..

ustaz tu bsalah ke tak, tu biar polis siasat.
yg pasti, bdk tu dh mengaku salah..
cukup2 lah.. nape lak nk diikat dikurung pulak..
rasenye kn klu ustaz tu lpskn bdk tu pas die dh ngaku msti xkn jd kn.. tp nk wat cmne, maybe tuhan dh tentukn ajal bdk tu cmtuu..
tp aku stil pelik n tak puas ati sikit.. klu bdk tu dikurung dlm bilik tidur ustaz n die mati sbb kurang oksigen, cmne lak ustaz tu leh cukup udara tido dlm bilik tu???
lg satu kn, nape la dorang gi interview kawan tertuduh. nape tak org lain..?? mane tau kawan die tu backup die ke.. (aku cume terpk je)

tak payah la nak salah kan sape2 anda tuhan ke ? nak salah kan dia ? anda nampak ? dgr berita baca paper xyah lah nak salah kan ustaz ... tu la manusia skg malyu same malyu maki hamun bangsa lain dok gelak2 kan kite mane nak maju macam tu ... politik kt semua sampah kt malaysia ni

monyet2 politik kalo xtahu politik xusah nk komen kat sini,elok sedekah Al-fatehah

drpada korg duk fitnah org x tentu pasal...lg elk korg diam.
klu x tau cite sebenar x yah nk wat andaian yg bkn2.
sedekah al-fatihah kat arwah lg bagus.

nak jadi ustaz lar.
t semua org respek.
bunuh org pown still org respek.
huehuehue.
lawak-lawak.
bro.lau nak sokong ustaz pun bertempat la bro.
kalau ustaz tu bunuh org,rogol org.xkan lar bro still nak respek.pakai otak lar bro.kitorg bkn haters ustaz.kitorg cuma haters ustaz yg perangai mcm syaiton.bro lau x reti baca gi lar beljar dulu.tuntut ilmu dalam2 sikit

as salam, bodoh betul org yg kata ustad tu x bersalah. diorg x baca ke..atau bodoh x tau baca 'cerita sebenar' yg d tulis oleh penulis + pimpinan gamis ( akram + nazri).kan ustad tu mengaku dia ikat tangan adik saiful
selepas adik saiful mengaku dia kurung juga adik tu dlm bilik dia.maknanya ustad tu dah mengaku salah dan minta maaf dgn bapa angkat adik saiful.

maknanya org yg kata ustad tu x salah memang bodoh dah tu bg tau kat org pulak.. eh kalau nak jd bangang pergi senyum sorg2 kat badak air lah

kalau ustad tu ahli pas gantung keahliannya sampai kesnya selesai

kalau dia ahli umno, biarkan dia bersama org yg suka senyum kat badak air

salam,

apa2 pun jgnla politikkkan isu ni. please stop. yang penting kenapa arwah diperlakukan macam tu. kalau nak didik pun jgn la sampai mcm tu. bayangkan klu itu anak kita sendiri. jgnlah kita jadikan anak2 kecil ini 'mangsa' keadaan. please. klu lah anak ini hidup, pasti serik untuk dia kembali ke sekolah. wallahualam..

Aku tak faham. Dunia penuh dengan penipuan. Orang yang berkata bohong dipuja. Orang yang berkata benar dinafikan kewujudannya.

Al-Fatehah pada Adik Saiful. Tempat dia pada orang-orang yang soleh. Insya'Allah.

Anda-anda sekalian ?

Jagan jadi macam khafir lakhnat suka fitnah orang .

aku bkn org politik,aku bkn org bodo..cme kdg2 yg klua kt media tu pn bnyk tukang canangnye cm isu kt ng9 budak mati.....media ni pn nk cari makan..cye xcye..smua allah yg tau..

nak kalut apa..mahkamah ada..lg 1 mahkamah jatuh hukum ni bukan ikut sedap mulut hakim je..bukti ada..post mortem ada..kalau dia pukul betul dia takkan dpt larinya..tp kalau betul dia betul..kalau boleh bg mahkamah bt hukuman b kat org ramai je sepak bg mati...lg 1 penulis ni pun 1..tak perlu nak dengar sblh pihak..kalau handal sgt p la hospital ambik laporan bedah siasat..kalau dh nak menyiasat sgt konon..

pas ke umno ke tak kait dlm ni..yg kait skrg sikap seseorang tu..dh kata sabar itu separuh dr iman..kalau dh tak blh sabar tak payah la jd ustaz...maksudnya ustaz bodo tu takde iman la..

apa terjadi kalau budak tu anak penulis??????????????

apa apa pun alasan senang di beri and kematian telah belaku. pd dasar nya apa kah hak guru tersebut mengukum seorg kanak kanak berusia 7 tahun dgn mengikat tangan seperti penjenayah. dan kemudian memberi alasan meninggal kn kanak kanak tersebut selama 2 jam didlm bilik. kemungkinan guru tersebut menjadi panic apabila kanak kanak tersebut kaku. lantas meninggalkn nya. semua belaku tampa saksi. di sini sy tidak la menuduh guru ter sebut sebagai pembunuh atau penyebab kematian tampa disengajakan. yg pasti hanya allah yg mahu mengetahui. moga roh anak kecil yg sepatutnya diajar dan di didik dengan rasa kasih sayang atau lebih adil lagi dilayan sebagai seorg manusia di tempatkn bersama org org yg soleeh.. amin

lagi sedih kisah sigadis monggolia dibom hingga hancur oleh orang melayu malaysia barat

Ha ha ha.. Sesiapa yang tulis artikel ni sah2 orang PAS dan tak pernah bersekolah... Nak tanya kat semua orang yang bersekolah, cikgu / ustaz kalau waras, sanggup kah mengikat tangan seorang murid, tak kisah la depan atau pun belakang ? Tambah2 lagi budak tu baru berumur 7 tahun ? Kalau dia sanggup ikat, saya tak hairan dia sanggup buat perkara yang lebih teruk lagi...

by right, xkan 2jam kene kurung boleh lemas, kekurangan oksigen kan.. hmm, isu macam nih jgn la dibabitkan politik.. arwah meninggal bersebab, doktor dah buat post-mortem.. dan polis xkan suka-suka nak tangkap org yang x salah kan..

saya takde ditempat kejadian..saya tak melihat apa yg terjadi tapi boleh mendengar apa dikatakan masyarakat sekeliling.. satu mulut boleh membawa seribu cerita..saya tak berhak menghukum apatah lagi menjatuhkan hukum..mendengar cerita kedua2 pihak boleh menyebabkan fitnah andai cerita yang disebarkan hanya untuk melariskan akhbar dan mensensasikan cerita. Allah lebih mengetahui..manusia lebih suka meletakkan cerita yang berapi-rapi..saya hanya sebagai pemerhati..anda? jangan rugikan diri sendiri dengan bermacam-macam entri..doakan yang terbaik untuk arwah.. syurga menanti beliau..wallahualam..

lukmanulhakim bin awaluddin close April 15, 2011 at 7:20 AM

punyalah banyak pengkomen..tapi yang sedekahkan a-Fatihah sorang jer..

semua perkara yang berlaku adalh ketetapan dari Allah. MUNGKIN ajal bdk tu mati kat situ saje nak uji kita sbgai pemerhati nie.. dah kita xthu citer sbnr baik kita diam jer.. tgh taip komen Allah nk bg kita mati pun boleh. klu ikut media comform aku ckp ustaz tu #$%&%#..

Tapi .. kenapa ustaz tu tak mati ketika tidur dalam bilik tu. Hairan juga. Adik syaiful tu baru 2 jam dalam bilik tu dah lemas dan ada pendarahan dalam kepala. Kalau Ustaz tu tidur berjam-jam tak lemas lak... agaknya ustaz tu tidur pakai topeng gas oksigen agaknya.. macam orang nak menyelam tu.

Alasan tak logik. Penulis buat kerja betul. Pergi siasat dan tanya individu yang berkenaan. Tapi terfikirkah oleh penulis mengenai alasan yang diberi oleh mereka itu. Dimana kebenarannya. Kenapa uztah H tak lepaskan je adik Syaiful terus setelah adik syaiful mengaku bersalah. Boleh lak nak keluar sekejap. Pas tu kurung adik Syaiful tu seorang diri. Perbuatan tu dah kira salah. Perbuatan itu lah yang menyebabkan kematian adik Syaiful. sapa kata Uztaz H tak salah. Ustaz H salah kerana menyebabkan kematian adik Syaiful.

Ini bukan kerana ustaz tu pas atau umno, tapi perbuatan ustaz tu salah. Menybabkan kematian.

aku suka monyet politik lam nie... gaduh la lagi..

sblm nie aku ingat aku org paling bodo.. Lepas baca benda nie baru aku sedar ramai lagi nk rebut title "paling bodo"

betul la i respect penyokong pembangkang ni. klu member diorang kantoi sample dlm punggung la, video sex muka sebijik la, kantoi membunuh budak kecik la sampai gila2 punya backing. klu dah takleh nak backing, cakap "jgn politikkan isu ni".

tapi klu cerita bn, tak perlu apa2 bukti sekalipun terus percaya dan bulat2 dan terus hilang "jgn politikkan isu ini". media2 yg tanya psl jam omega terus dicop media umno, ds najib-altantuya yg takde sebarang bukti sampai sekarang terus ditelan bulat2 tanpa fikir apa2 dah, dan mcm2 lagi dah.

serius maksum sungguh pembangkang ni seolah2 mendapat tiket syurga.

biasalah tu.. ore2 PAS ni nk dgr pihak dia yg baik2 ja.. yg buruk2 tehuk(campak) bagi ke org UMNO @ kerajaan.. padahal yg support anak2 bini mereka kerajaan jugak.. ;)

TRW

perkara mcm nie ble kiter xder kat tmpt tu jangan la mengatakan suspek tu slh suspek nie xsalah.. mengenai punca kematian bdk tu.. mengikut kata forensik berlaku pendarahan dlm kepala n kekurangan oksigen.. bkn nyer bilik 2 yg kurang oksigen yg duk nk kate ustaz tu tido dlm bilik tu ok jer.. nie kemungkinan mslh kekurangan oksigen dlm bdn dia.. bkn persekitaran.. bila berlaku pendarahan kemungkinan salur oksigen ke otak tersekat.. disebabkan itu bdk tu jd kekurangan oksigen.. pendarahan dlm bdn nie xbleh nk ckp sgt la.. bnde nie bleh berlaku tibe2 jer. xsemestinya jika org tu dihentak ataupun tidak.. mengenai isu politik tu sy xbleh nk ckp ape la sbb byk jer kes2 skrng nie skit2 nk kaitkn ngn politik.. pasal kes nie kte xbleh nk mmbuat kesimpulan sbb kte xder ditempat kejadian.. hanya org yg menyiasatnya jer yg tau ape yg terjadi n saksi yg ada pd mse 2..semua org tau media skrng nie.. ader yg benar ader yg tak benar.. skrng nie cuma kebenarannya kte xtau.. so jgn nk maki hamun ckp org bodo la ape la.. nnti kena kat diri sndri.ape yg boleh kte wat kte sedekahkan al-fatihah kpd arwah..

menarik article ni...

buat siasatan bagus tapi his evidence merely base on hearsay....cerita dari cerita...and at the end dipolitikkan juga...

Ustaz mungkin tak bersalah membunuh tapi obviously bersalah menghukum sampai macamtu....

amboi2...lasernye mlot anonymous ni...x smua org smprna dlm dnia ni...kt ni bkn ashaf...x ksh la politik pape p0n,,,smuanye sme je...cme kt xh spe bnr spe slh..Allah je yg lbih Mengetahui...biasalah,,,dnia ni bnyk tpu dye...ftnh m'lmbk2...yg sne td0h cni,,,cni td0h sne...sme je smua...kt ni msia biasa je...hti mnsia ssh nk nlai..yg mne bnyk org bckup,,,mngkn t'lps la kot wat mse ni...s'jauh mne kbnrrn,,,hny aLLAH YG BIH mENGETAHUI...kt ni mnsa..xde kuasa...nk td0h2 tnpa bkti p0n ssh gak...

setelah melayari info dari internet, melihat sendiri gambar di http://donnyien.com/pelajaran/gambar-saiful-syazani-saiful-sapfidee-mati-dibelasah-guru/ dan menilai sendiri kerasionalan, mengurung(tanpa mendera mengikut penulis blog) budak berumur 7 tahun, dan sehingga tergamak mengikat tangan kanak-kanak tersebut....sungguh tidak berperi kemanusiaan, kanak-kanak sepatutnya dibimbing disayangi...tetapi dihukum sedemikian rupa(walaupun dia mengakui kesalahannya).....tidak perlulah cepat melatah dan menegakkan apa2 perkara sekiranya kita sendiri pun tidak pasti akan kebenarannya...

s0ri 2 say,,sy mmg x puas hti nan k0men2 -ve kat ats2 2...k0 kashaf sgt ke nk th spe bnr spe slh...

sy hairan la ngan org2 kat atas ni..kata malaysia mengamalkan demokrasi...so pe hal nak kata politik 2 mcm 2 la..politik ni baek la...n media plak selalu mengadu dombakan criter...i said dis bcause penah jd satu kes kat kedah di mana hmetro mengadu dombakan crita yg xbenar...dn pihak mereka disuruh memohon maaf kpd kuarga terbabit...so media m'sia ni useless...hny menyebelahi 1 pihak..bukannya nk menunjukkn kebenaran...for arwah adik ni n ustaz 2 hanya ALLAH yg tahu...kalo kita wt jahat, ALLAH balas didunia ni maka diakhirat nnt kita akn terlepas...tp kalo kita xdpt apa2 maka tggu la diakhirat nnt..dn org yg menfitnah 2 hukumannya sangat berat..mungkin xberlaku skg atau kat dia, mana tahu nnt jadi kat ahli kuarga dia...ALLAH itu Maha Adil..

salam..ilmu sy xsetara mana..tp klu kite renungkan sejenak, kekurangan oksigen boleh berlaku dengan pelbagai punca..kita tidak tahu mungkin adik saiful menghidapi penyakit tertentu...mmg adik saiful telah mengaku..tp harus kita sedar mendidik anak2 perlu bersesuaian dgn sifat dan tingkah laku mereka dan juga adil dlm kalangan penghuni y lain. Sekiranya ustaz td hanya membiarkan shj adik saiful td, tidakkah ianya akan menggalakkan rakan2 y lain utk turut serta? mungkin mereka akn berkata.."oh xmengapa klu aku mncuri, mengaku shj akn lepas." lg 1, 2 jam tanpa mkn? kejamkah itu? manusia mampu berpuasa setghhari..sekadr 2 jm, mr anoynamous pun ddk dpn lptop lebih dr 2 jam kn..kita xberada dtempt kejadian...jd, jgn terlalu awal menghukum...sy tidak mengatakan ustaz itu benar..dan sy juga tidk mengatakan pihak media itu salah..namun sbg mkhluk y mmpu berfikir, sy tidk merasakan bahawa sekolah itu perlu dtutup..jgn kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakarnya..

sebab kurang oksigen...?

hmm... saintifik ler sikit..

xkanlah duduk dalam bilik dua jam boleh kurang oksigen...

mungkin bilik ustaz tue kedap udara..

:)

salam....sah2 muka adik tu d pukul n lebam sampai bengkak2...ek elehhh...memutar belitkan lg cerita...apa perasaan kita klu ank yg kita jga dri kecil d buat sperti itu? ustaz???? ustaz ke cmtu???? berikan balasan yg setimpal dgn kesalahan..apapun hya Allah yg mgetahui....wallah huallam

salam....sah2 muka adik tu d pukul n lebam sampai bengkak2...ek elehhh...memutar belitkan lg cerita...apa perasaan kita klu ank yg kita jga dri kecil d buat sperti itu? ustaz???? ustaz ke cmtu???? berikan balasan yg setimpal dgn kesalahan..apapun hya Allah yg mgetahui....wallah huallam

salam....sah2 muka adik tu d pukul n lebam sampai bengkak2...ek elehhh...memutar belitkan lg cerita...apa perasaan kita klu ank yg kita jga dri kecil d buat sperti itu? ustaz???? ustaz ke cmtu???? berikan balasan yg setimpal dgn kesalahan..apapun hya Allah yg mgetahui....wallah huallam

Ish3..drp kite duk gaduh2 sape btol sape slh, bek kite doakan utk keadilan berlaku..kalo betol ustaz x bsalah, moga2 dia bebas dr tuduhan..kalo mmg dia bsalah, moga adelah hukumannya..yg pnting, bkn kite mghukum.. kalo bunuh tanpa niat, ikot hukum islam, diyah kn..bayar pampasan..kalo ade niat, qisas, hukum bunuh..jd antara dua je.. tak perlu la gaduh2 sesama islam..bila umat islam nk mng nie kalo kite bpcah belah.. =)

Kalo meninggal sbb lain x pe, ni kna bunuh, lg satu ingt doktor yg belajar 5 thn tu x reti ke wat post mortem,jngn wat andaian kita sendiri..bg kena kat btg hidung sendiri baru korang tau...

Salam Sume...nk celah ckit...selalunya bab2 budak asrama nie yg aku tahu...kalau bab mencuri nie pantang bukan ape takut budak tu dibelasah oleh kengkawan ke...then ustad tu smpai dan bwk budak tu...yg tahu cite ni ustad tu dan arwah serta DIA(Yang MAha Mengetahui)...

ape2 pun yg berlaku hanya Allah SWT shj yg tahu...

kalau ustaz tu mmg membunuh tak payah la nak sokong putar belit cerita,nak support tak habis2, if ustaz bertuah tu bunuh anak korang sendiri walaupun parti sama tak kan nak mati-matian nak sokong juga si ustaz tu..Allah tu Maha kuasa, jika ustaz tu dipihak yang benar bagai di dakwa akan terlepas kut hukuman dengan izin Allah tapi jika ustaz tu memang baran sampai membunuh moga balasan yang setimpal dikenakan kepada ustaz berdebah tu!! lepas tu ko xpyh la explain budak kecik tu mmg keras kepala x seperti yang orang lain fikir la apa..dia masih kecil 7 tahun...aku bosan dengan sikap orang yang ytaksub xpasal xhabis salah tetap salah benar tetap benar, Allah itu Maha Mengetahui.whualam..

macam nilah..saya sbg pembaca berita akhbar tak pernah merasa ini isu politik kalau tak artikel di atas yg sendiri bagi tahu. (sbb aktikel yg saya baca dlm paper tak sebut pun sekolah tu parti mana-mana yg punya)Tapi kita kena ingat bila tiba musim pilihanraya benda kecik mcm ni pasti ada pihak2 yg akan ambil kesempatan baik pihak pemerintah atau pembangkang. jadi kalau guru agama tu tak salah tak perlulah dia takut. lagi pun bukan semua org percaya bulat2 dengan laporan akhbar.bukan hakim buat keputusan berdasarkan media.Ini mungkin pengajaran bg ustaz tu kerana dia tidak berhak mengikat pelajar dan mengurungnya sampai 2 jam. apa HAK dia buat macam tu? itu yg dipersoalkan. sebelum dia buat begitu ada dia fikir kemungkinan budak tu ada penyakit ke, masalah kesihatan ke...sbg seorang guru setiap kenakalan murid patut di tangani dengan sikap matang dan penuh diplomasi. Bukankah itu yg Islam ajarkan? ok. setiap manusia buat kesilapan. harap ini dijadikan pengajaran untuk diri kita semua.(cuma apa yg saya rasa dah terbalik; artikel di atas merasakan isu ini dipolitikkan kerajaan tapi lepas baca saya rasa artikel di atas yg cuba mempolitikkan isu ini.)

Assalamualaikum..x kira apa pn yg trjadi prkara dh brlaku..x guna kita mnuduh org ni slah org 2 slah..liht dri kta sndri..adakah kta smpurna nk jtuhkn hukm pda org lain..sya x suka bca akbar krna bg sya lbh bnyk memaparkn ksah2 ngatif dri positf untk melariskn jualan.ini adalh strategy busness or kta pnggl busness trick..bgitu jga politik,seumur hdup sya x prnh mngundi mana2 parti politik,adilkn?kedua2 parti politik ada kebaikn dn kekurangn..baik umno atau pn pas..jgn libatkn politik dgn isu2 semasa..lbh baik kta sdakahkn al fatihah untk arwah drp brtlagah..kita x bolh tolak ketentuan allah..sesekali tgk crmin muka dn tnya org didlm crmin itu sempurnakah aku..dh trbalaskah jasa aku pda ibubapa yg mmbesarkn aku..sekian..

korang blh tgk sendiri kn,diorang siap jmpe bapa budak tue lg siap dgn member baik ustaz yg kne tuduh tue lg.....kalo btol ustaz tue yg bunuh bdak tue,takkan la die(bapa bdak tue) blh plak dgn snang hati jmpe kwn baik ustaz tue,pk la sikit,lg satu mse ustaz tue nk kuar bilik die mmg da lpskan ikatan budak tue....so pd ak mmg bkan slh ustaz,xkne mengena dgn politik k,xde plak bapa bdak tue maki2 ke kutuk2 ke ustaz tue,die redha dela...blh pikir kn,otak de sume,jgn ikot sume yg org kte

This comment has been removed by the author.

astaghfirullah...terkejut aku baca komen2 kassar yang di poskan oleh beberapa manusia di atas..ustaz tu salah o x kiite bukan tuhan nak tentukan..

ORANG KITE NIE BANGGANG, LG2YG ATS NIE...SUKE SALAH MENYALAHKAN OWG TANPA ADA KATA PUTUS DAN BUKTI....KAMU BOLEH MLIHAT DARI JAUH JE OK...BKAN DARI DEKAT POWN....KO X LEH SALAH KAN USTAZ JE TROK...COZ DYE POWN MANUSIA....SAME2 MANUSIA ADA BAIK ADA BURUK KITE X LEH JUDGE OWG KERANA, APE LA YANG ADA PADA KITE NIE...X YAH SIBUK2 MASUK POLITIK,POLITIK KITE KAT MALAYSIA NIE MEMANG HANCUR...ADE KE KATA TOK IMAM X LAYAK JADI PEMERINTAH...TOK IMAN JUST DOK MASJID WAT CERAMAH JE..=.= APE KEBANGANG NYE...NABI MUHAMMAD DLU TU APE...IMAM DYE,PEMERINTAH UMAT POWN DYE...WAT A BIG DEAL...DAN LEBIH TROK POLITIK KITA MENGHINA AHLI ULAMA...SUNGGUH TROK SKALI DAN AMAT MEMALUKAN...SPATUT NYE ULAMA DIPANDANG TINGGI TAPI INI DICACI...PLEASE LA...POLITIK KITE DAH TROK...MENGHALALKAN YG HARAM!!!! SATU PJUDIAAN KAT GENTING TU....HALAL BEB!!!!<<<SPATUTNYE HARAM!!!!!! -mr.a-

hahahaha..bagusla kowang gaduh2 sakan..tuan guru ngan dato' seri najib sentiasa berbaik n profesional dalam politik..tp org bwh mcm kowang ni gaduh2..lebih sudu dr kuah..hahaha bagus betul..x berbaloi~~

kalo kita tidak tahu..tidak lihat..tidak dengar..baik diam ajer drp komen yang bukan-bukan pasal orang...igt...1 jari ditunjukkan kepada org..4 jari itu menunjuk kearah kita... lalalalalaaaa.."manusia" ni suke judge..padahal xtau amende pun...

itulah namanya Qada dan Qadar.. Qada itu ialah sampainya ajal si arwah..dan Qadar itu ialah bagaimana ia meninggal..
pesanan dari ana.. jgn menghukum sesuatu yg belum pasti..buat tambah dosa sendiri je..mmg anda2 semua pandai n bijak mentaksir keadaan..tapi tggu keputusan hakim n undang2..InsyaALLAH semuanya selesai dgn baik..

Rase kelakar bila baca komen2 orang yang hanya tahu mengutuk. Come on lah! Be critical. Jangan hanya berpandukan satu sumber. Try buka minda untuk melihat dari sudut lain jugak. Lepas tu, anda boleh decide sendiri. Kebiasaan orang yang tidak critical ni, boleh dilihat melalui cara mereka drop comment. Penuh perkataan mencarut, menggambarkan menulis dgn emosi.

Islam menggalakkan kita membaca. Sebab tu ayat pertama yang turun ialah IQra'. Bila anda neglect this thing, jadi macam ni la. Gaduh je keja! Siapa yang dapat faedah?

Ingat, kita memang takkan mampu mengubah pandangan orang, tapi kita mampu untuk memberi jalan kepada mereka untuk melihat dari sudut yang berbeza. Then, terpulang lah pada individu untuk decide and judge.

P/s: Perkara atas dunia je leh diubah suai.

sape yg politikkan sape lak ni kan.. klo bace btl2, mcm artikel kt atas ni la yg cube kaitkan kes ni dlm politik.. lawak betul..

ALLAH MAHA ADIL MAHA MENGETAHUI..SO YG BANYAK SGT MANUSIA DOK MAKI N KUTUK TU NAPE??XPASAI2 NAMA TOK GURU PN ADA.APE PNYE PRAGAI JAHIL PN X TAW LA..NI LA MANUSIA AKHIR ZAMAN YG MENCACI PARA ULAMA..NAUZUBILLAH..

ni la kalo pemerintahan sekularisme.... padahal satu agame, tpi nk gaduh2.. xde rase malu ke?

yoyo..last komen adalah 10 september pkol 12.25 pagi ( x tido lg la tu kot )

Sblom tu, sy nie adalah detektif Konan.

Setelah menganalisa komen2 anda semua di atas. Sy telah dpt hurai kn kes ini.

Kesimpulan : Korang telah buat dosa ! X kira yg fitnah, sokong, kutuk , bg ape2 jua komen yg berunsur kn dosa. Sume jahil ! Tahniah untuk anda semua ! Hehehe..

p/s : tu la, len kali cube besabar sblom bg pape komen kt INTERNET nie..ingt, kite menumpang je.

sory..nie yg latest post punya..hahaha..dah terbukti ustaz tue bersalah..dok dlm jel belas2 thun baik2 yer..blajar wat kraf tgn..lpas kuar cari keja baik2..nak sng mengemis..jgn apply warden lgi..t anak sape plak jdi mangsa..

Ternyata kini media yg melaporkan dengan betul dan ustaz waqar iaitu kawan baik banduan ini yg mwnceritakan yang salah.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS