Zuckerberg Buka Akaun Facebook Untuk Anjing

Zuckerberg Buka Akaun Facebook Untuk Anjing

PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg membuka akaun Facebook untuk seekor anak anjing yang baru dipeliharanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Laman Facebook istimewa itu memaparkan gambar-gambar Zuckerberg, 26, memeluk anjingnya yang dinamakan Cilla, di kediamannya di sini, negeri California.

Walaupun Zuckerberg digelar antara bilionair termuda dunia, gambar-gambar dalam akaun Facebook tersebut menunjukkan dia tinggal di sebuah rumah sewa sederhana dan memiliki sebuah kereta yang juga berharga sederhana.

Bilionair itu tinggal di kediaman tersebut bersama teman wanitanya, Priscilla Chan.

Setakat ini, lebih 2,000 orang telah mengklik bahawa mereka menyukai laman Facebook tersebut. - Agensi - KosmoOnline

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS