Saya ingin Menonton Filem World Invasion: Battle Los Angeles



Anda pernah menonton filem District 9? atau Skyline? anda berminat dalam filem sains fiksyen? kini tiba masanya untuk anda mengalami sekali lagi penjelahan makhluk asing di pawagam berhampiran anda, kenapa perlu tengok filem World Invasion: Battle Los Angeles ni ? jom baca sinopsis ringkas dan trailer tentang filem ini.

Untuk beberapa tahun, terdapat dokumentasi kes-kes penemuan UFO di serata dunia – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. Akan tetapi pada 2011, apa yang hanya merupakan penemuan sahaja untuk seketika waktu dahulu, kini menjadi realiti yang menakutkan apabila Bumi diserang oleh kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Semasa penduduk dari serata dunia melihat kejatuhan bandar-bandar terhebat di dunia, Los Angeles menjadi tempat tumpuan terakhir untuk pertempuran yang tidak diduga. Kemenangan bergantung kepada staf sarjan Marine (Aaron Eckhart) dan platun barunya untuk bertempur dengan musuh yang tidak seperti mana-mana yang pernah ditemui sebelum ini....



Jadi bagaimana? berminat untuk menonton? nak tahu penghujung filem World Invasion Battle Los Angeles ini, jom kita serbu pawagam pada 17 Mac 2011

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS