Adik Pelakon Komedi Kena Cekup


AMPANG: Adik pelakon komedi terkenal yang pernah memenangi beberapa anugerah ditahan bersama 12 orang ketika serbuan dijalankan dalam satu operasi dadah oleh Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di Lorong Bukit B2, Cheras Baru, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 7 malam itu, lelaki berusia 27 tahun dipercayai adik pelakon dan pelawak terkenal itu ditahan bersama rakan-rakannya yang sedang khayal di bawah pengaruh dadah.

Difahamkan, polis yang melihat wajah lelaki terbabit mirip pelakon komedi itu kemudian didesak sebelum mengaku dia adalah adik kepada pelawak terbabit.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, adik pelawak terbabit kini ditahan polis selepas hasil pemeriksaan mendapati dia positif dadah jenis ganja. Bagaimanapun, polis tidak menjumpai sebarang dadah bersamanya. myMetro

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS