Blog BOM321
Benarkah Facebook Akan Ditutup ? | Blog BOM321

11.1.11

Benarkah Facebook Akan Ditutup ?



Benarkah Facebook Akan Ditutup ?
Screenshot Dari Laman Akaun Rasmi Facebook :
Benarkah Facebook Akan Ditutup ?

Nampaknya rata-rata berita mengenai Facebook akan ditutup adalah khabar angin, tetapi tidak mustahil ianya akan ditutup jika mendapat arahan dari Mark Zuckerberg.

Jom baca sebentar artikel mengenai penutupan facebook diambil dari petikan KosmoOnline.


Kecoh Facebook akan ditutup 15 Mac depan
PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."

"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.

Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi - KosmoOnline.

Kita tunggu sahaja kenyataan rasmi dari Mark Zuckerberg mengenai isu ini, yang pasti rangkaian sosial Facebook semakin diperlukan oleh semua orang dengan fungsinya yang terbaik untuk perhubungan, perniagaan dan keseronokan.
Gambar Awek Mark Zuckerberg : Mark Zucker Berg Dan Teman Wanitanya


Related Posts with Thumbnails

Tag :

18SX Aaron Aziz ABPBH Adira AF Agama Ally Iskandar Anugerah Industri Muzik AIM Anugerah Skrin Artikel Hangat Artikel Lawak Artikel Menarik Artikel myMetro Ashraf Muslim Automotif Awal Ashaari Ayu Raudhah Azad Jasmin Aznil Nawawi Bantuan BERITA Berita Dunia Berita Semasa Berita Sukan Berita Tempatan Biasa-Biasa Bola Sepak BOM321 Danny X-Factor Dayang Nurfaizah Dr Sheikh Muzaffar Dunia Hiburan Eira Syazira Elly Mazlein Erra Fazira Faezah Elai Faizal Yusof Farah AF2 Fasha Sandha Fazura Fida Ibrahim Filem Fiza Elite Fizo Omar Fizz Fairuz Gambar Gambar 18SG Gambar Aneh Gambar Artis Gambar Kreatif Gambar Lawak Gambar Lawak 18SX Gambar Menarik Gambar Ngeri Gambar Semasa Gambit Saifullah Gamez Download GEEK GOSIP Gosip Artis Harith Iskandar Harun Salim Bachik Hazama AF9 HIBURAN Iklan Ilusi Income Info Cinta Info Gadjet Info Gajet Info IT Info Kesihatan Info Menarik Info Semasa Info Sukan Info Teknologi Informasi Isu Dunia Isu Jenayah Isu Negara Isu Semasa Isu Sukan Izwan Pilus Jasmin Hamid Jenama/ Barang Tiruan Johan (Botak Juvana) Kemalangan/ Tragedi Kisah Artis Kontroversi Kris Dayanti Lawak Malaysia Linda Jasmine Lisa Surihani Maizawati Mamat Sepah Marsha AF3 Mat Yo Maya Karin Memey Suhaiza Mengarut MH370 Miera Liyana Mizz Nina Movie Nabil Raja Lawak Nabila Huda Nanu Baharudin Natasha Hudson Neelofa Noh Hujan Nora Danish Norman Hakim NuffNang Nurul Syuhada Nurul Ain Orang Hilang Panas Permotoran Politik Prema Yin Que Haidar Raja Lawak Ramadhan Rebecca Nur Al-Islam Ridzuan Hashim Rita Rudaini Rozita Che Wan Salih Yaakob Salma Mentor 5 Sazzy Falak Scha Al-Yahya Sha'arin Black Rose Shah Jaszle Shaheizy Sam Shahir AF8 Sharifah Amani Shera Ayob Shuib Sepah Siaran Langsung Siti Nurhaliza Siti Saleha Siti Sarah Tauke Raja Lawak Teka - Teki TEKNOLOGI Tiz Zaqyah Tom Mystarz LG Tomok OIAM Tragedi Semasa Umie Aida Usop Wilcha Ustaz Don Video Video Aneh Video Artis Video Ganas Video Lawak Video Menarik Video Muzik Video Ngeri Video Semasa Wardina Safiyyah Yasmin Hani Yuna Yusry KRU Zahiril Adzim Zami Ismail Zed Zaidi Zizan Rajalawak Zul Handy Black Zul Huzaimy