Syabas Skuad Bola Sepak Kebangsaan !

Syabas Skuad Bola Sepak Kebangsaan !

Kejayaan Skuad Bola Sepak Kebangsaan Banggakan Negara, Kata PM

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kejayaan Malaysia menumpaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad malam membuktikan mutu permainan skuad bola sepak negara semakin meningkat, dan kejayaan itu amat membanggakan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya amat gembira dengan kemenangan itu. Pasukan negara menunjukkan persembahan baik malam ini, dan seluruh negara amat berbangga dengan pasukan kita," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini.

Perdana Menteri bagaimanapun mengingatkan pasukan negara supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan malam ini kerana mereka masih mempunyai satu lagi tugas penting di perlawanan timbal balik akhir di Jakarta Rabu ini.

"Mereka perlu menampilkan satu lagi persembahan mantap di Indonesia," katanya.

Gol-gol Malaysia yang dijaringkan oleh Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-59 serta 71, dan Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-67, membolehkan Malaysia membawa bekalan selesa untuk bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada perlawanan akhir kedua Rabu ini.

Seramai 85,000 penonton membanjiri Stadium Nasional di Bukit Jalil bukti jelas penyokong tempatan kini kembali memberi sokongan padu kepada kebangkitan skuad kebangsaan.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan perlawanan itu secara langsung di Saluran 1, bermula pukul 8 malam.

Sokongan dan minat Perdana Menteri kepada bola sepak negara terutama dalam saingan Piala AFF-Suzuki terserlah apabila beliau sanggup duduk bersama penonton di atas jalanraya di kawasan Bukit Bintang, untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia dan Vietnam, melalui skrin besar di kawasan itu pada 19 Disember lepas.

Malaysia menewaskan Vietnam 2-0 pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mengikat lawan tanpa sebarang jaringan pada perlawanan di Stadium My Dinh di Hanoi untuk melangkah ke perlawanan akhir. -- BERNAMA


Syabas Skuad Malaysia, Semoga kejayaan ini diulang di Jakarta rabu ini!

1 Komen :

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS