Penutupan Jalan Sempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2011

Penutupan Jalan Sempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2011
Sempena Sambutan Ambang Tahun 2011 yang akan diadakan pada tengah malam 31hb.Disember 2010, beberapa jalan utama sekitar Kuala Lumpur akan terlibat dengan penutupan jalan. Jalan - jalan yang dimaksudkan adalah :-

* Jalan Hishamuddin, Jalan Raja, Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman

Bermula dari lampu isyarat Jalan Hishamuddin / Jalan Raja hingga sepanjang lampu isyarat Jalan Raja / Jalan Tun Perak / Jalan Tunku Abdul Rahman menuju ke Dataran Merdeka.
(Penutupan bermula pada jam 5 petang, 31 Dis hingga 6 pagi, 1 Jan 2011)

* Jalan Imbi, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang

Bermula dari lampu isyarat Jalan Imbi / Jalan Sultan Ismail menghala ke lampu isyarat Jalan Sultan Ismail / Jalan Bukit Bintang menuju ke Bukit Bintang.
(Penutupan bermula pada jam 12 tengah malam, 31 Dis hingga 6 pagi, 1 Jan 2011)

Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak melalui jalan - jalan yang dinyatakan bagi mengelakkan kesesakan. Kerjasama daripada pihak anda amat dihargai. - PDRM

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS