Pengemis Yang Mempunyai 3 Anak Di Universiti !

Pengemis Yang Mempunyai Anak Di Universiti !


Membaca artikel mengenai pengemis sebelum ini, teringat saya satu kisah. Walaupun berpendapatan tetap, kita sering mengeluh, harga minyak dan barangan semakin naik, hal anak-anak nak bersekolah lagi. Tapi tahukah anda, ada seseorang yang menjadi pengemis tetapi mampu membesarkan anak-anaknya, sehingga anak-anak tersebut berjaya berada di universiti? Ketika itu, saya masih menuntut di sebuah kolej di KL.

Ketika saya sedang berjalan keluar dari kolej, saya melihat seorang pengemis dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada nak ke mana-mana, lalu berbual dengan pengemis tersebut.

Saya : Sudah lama mengemis, pakcik?

Pengemis : Ya... lebih kurang 18 tahun , nak.

Saya : Wah, sudah lama juga ye pakcik.. sehari biasanya dapat berapa pakcik?

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak...

Saya : Banyak juga ya pakcik?

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...

Saya : Ohhhh!..... keluarga pakcik ada di mana?

Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, ketiga-tiganya lelaki. Yang pertama dekat UPM di Serdang tu. Yang kedua dekat UM , dan yang ketiga dekat UKM di Bangi nun.

Saya :Wahh.. hebat-hebat keluarga pakcik ni... boleh tahan juga yer...So anak pakcik tu semuanya masih kuliah ke?

Pengemis : Taklah... semuanya mengemis seperti pakcik.... Dorang kata duduk maengemis dekat universiti ni banyak sikit dapat duit, pasal budak-budak U ni pemurah! Lagi-lagi kalau dekat-dekat nak exam. Setakat dua tiga ratus sari tu tiada masalah...

Saya: Malauun punya pengemis..!!!!


Kih! Kih! Kih!

1 Komen :

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS