Dua Beradik Pakat Lari

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri kini tertekan apabila dua anak perempuan mereka dipercayai berpakat melarikan diri dari rumah sejak Khamis lalu.
Dua Beradik Pakat Lari
Abdul Rahim Yacob, 52, berkata anaknya, Nooranalina, 18, hilang sehari selepas adiknya, Noorsyafinas, 15, meninggalkan rumah mereka di Jalan Air Keroh, Cheras, di sini, selepas keluar untuk membeli kad prabayar telefon di kedai berhampiran.

“Kira-kira jam 9 malam pada 4 November (Khamis) lalu, Norsyafinas enggan mengikut kami berniaga dan tinggal di rumah bersama kakak sulungnya, Noorasyikin, 20, di rumah.

“Namun, sejam selepas itu kami menerima panggilan Noorasyikin mengatakan adiknya tidak balik ke rumah selepas meminta izin keluar membeli kad prabayar,” katanya.

Panik dengan kejadian itu, beliau sekeluarga pulang ke rumah untuk mencarinya di kawasan sekitar, namun hampa kerana kelibatnya tidak kelihatan.

“Peliknya, sehari selepas Noorsyafinas hilang, Nooranalina pula buat hal sama. Dia hilang di tempat kami berniaga buah-buahan iaitu di Dataran Merdeka selepas pergi ke tandas. “Namun sebelum itu, abangnya ada ternampak empat motosikal mendekatinya, tetapi tidak sempat mencatat nombor pendaftaran kenderaan terbabit dan mereka lesap hingga hari ini,” katanya.

Abdul Rahim berkata, sebelum ini kedua-dua anaknya itu pernah keluar dari rumah bersama, tetapi ditemui semula.

“Kehilangan mereka sudah banyak kali dan sebelum ini pernah ditemui di Selayang dan Petaling Jaya.

“Mereka berdua macam belangkas dan saling menyimpan rahsia supaya tak diketahui kami sekeluarga sebab itu saya syak mereka berdua berpakat melarikan diri bersama,” katanya.

Menurutnya, lebih membimbangkan jika terdapat individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas mereka untuk melakukan jenayah.

Nooranalina dilihat kali terakhir memakai baju dan seluar jeans berwarna gelap manakala adiknya memakai baju-T dan seluar jean berwarna biru. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi balai polis berhampiran. - HMetro
Tak sayang mak bapak ke?

1 Komen :

ikut jantan la tu..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS