AC Mizal Buat Laporan Polis !


AC Mizal membuat laporan polis mengenai kes ugutan dan tuduhan di atas laman blog yang menuduhnya sebagai penipu.

AMPANG: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.

“Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat.

“Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini hingga memaksa artis terbabit membuat laporan polis kerana individu berkenaan turut mengugut untuk mencederakannya dalam blog itu,” katanya.

Antara ugutan itu ialah ‘elok sembelih je kot’ dan ‘AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk ‘jail’ ke apa?’ dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan dilakukannya.

Sumber itu berkata, dalam laporannya AC menyatakan antara tuduhan yang menjejaskan reputasinya dalam blog ialah mengenai harga kos serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.

Katanya, selain itu, penulis blog itu didakwa turut cuba mengaitkan kehidupan peribadi artis berkenaan yang sengaja dibuat dengan tujuan mempengaruhi orang ramai supaya membencinya.

“Berikutan tuduhan dan fitnah itu, artis terbabit mendakwa perniagaannya mula terjejas selain beberapa kakitangannya mengalami nasib sama kerana orang ramai mula terpengaruh dengan semua yang ditulis dalam blog berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.

“Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya.


Antara link yang boleh dibaca mengenai isu ini:
1. Aidid Muaddib Gelang AC Mizal
2. Aidid Muaddib Gelang AC Mizal
3. Aidid Muaddib Gelang AC Mizal
4. Aidid Muaddib Gelang AC Mizal

Gambar@Selangor2u
Artikel@HMetro

2 Komen

mesti ac tgh berpeluh...tunggu je polis siasat..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS