Penuntut Syariah Dicekup Khalwat

AMPANG - Sepasang kekasih di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dicekup Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat di salah sebuah unit kondominium di Pandan Perdana, awal pagi semalam.
Penuntut Syariah Dicekup Khalwat
Pasangan tersebut yang masing-masing berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah bilik sewa milik di kondominium tersebut kira-kira pukul 1.00 pagi.

Operasi dijalankan setelah pihak Masjid Al-Azim menerima maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran gadis terbabit di rumah berkenaan dan sekumpulan anggota penguatkuasa yang diketui oleh Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman bergegas di lokasi berkenaan.

Ahmad Nawi berkata, beliau bersama beberapa anggotanya terus memperkenalkan diri sebaik memasuki rumah tersebut. Pihaknya mendapati beberapa remaja lelaki berada di ruang tamu. Pemeriksaan lajut turut dilakukan di salah sebuah bilik di unit kondominium itu mendapati pasangan terbabit berada berdua-duaan di bilik tersebut.

“Remaja lelaki itu telah membuka pintu apabila diketuk oleh anggota saya. Kami mendapati remaja berkenaan berpakaian lengkap dan berseluar pendek, manakala remaja perempuan terbabit pula berpakaian lengkap dan sedang berbaring di atas katil,” katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal kedua-dua pasangan itu tidak mempunyai apa-apa hubungan suami isteri. Difahamkan alasan yang diberikan oleh gadis itu adalah dia tertidur di dalam bilik berkenaan kerana terpaksa menunggu salah seorang kawan yang telah meminjam motosikal pulang semula ke unit kondominium tersebut.

“Gadis tersebut memberi alasan kehadirannya di unit kondominium itu kerana dia telah memasak lebih makanan kemudian mengambil keputusan untuk menghantar makanan tersebut ke rumah teman lelakinya itu, namun tidak sangka tertidur kerana terpaksa menunggu kepulangan salah seorang kawan yang telah meminjam motosikalnya.

“Teman lelakinya pula mengakui kira-kira hampir sejam gadis berkenaan berada di unit kondominium itu,” katanya.

Tambahnya, difahamkan gadis tersebut merupakan penuntut di salah sebuah IPT yang mengambil jurusan Syariah, manakala teman lelakinya mengambil jurusan akuan yang juga menunutut di IPT sama.

“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah Ampang untuk pihak kami membuat laporan dan seterusnya mengarahkan pasangan terbabit hadir ke pejabat Jais untuk tindakan lanjut. Kami menjalankan operasi ini di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah JAIS 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pada masa yang sama, Operasi Cegah Maksiat bersama-sama Jais yang bermula jam 12.30 malam dan berakhir kira-kira 5 pagi itu turut memberi fokus di beberapa kawasan tumpuan memadu kasih seperti di Bukit Langat, Bukit Permai selian turut memantau beberapa kawasan sekitar Pandan Indah, Pandan Jaya dan Ampang.

“Hampir 76 remaja yang ditahan di dalam operasi berkenaan yang turut dijalankan di beberapa lokasi berasingan seperti Bukit Langat dan Bukit Permai,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya telah mengambil maklumat kesemua remaja terbabit, dalam masa yang sama mereka juga harus menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Pandan Indah.

Katanya, tindakan tegas akan diberikan jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut.

“Operasi dijalankan di bawah Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, disabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara. Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada Jais untuk tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan sama berulang serta ingkar hadir sesi kaunseling tanpa alasan kukuh. Sesi kaunseling dijangka diadakan 24 Oktober ini, saya berharap mereka dapat kerjasama atau berhadapan tindakan tegas Jais,” katanya.

Tambahnya, dalam masa sama pihaknya berjaya menahan empat individu, dua didapati minum minumanan yang memabukkan ketika operasi di sekitar Bukit Langat.

“Individu berkenaan telah memohon budi bicara, pihak saya individu terbabit hadir sesi kaunseling. Jika kami dapati dia ditangkap atas perkara sama, kami tidak teragak-agak menyerahkannya kepada Jais untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 18 (1), Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika didapati bersalah boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya. - Sinar Harian
Buat malu je!

1 Komen :

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS