Jangan Terpedaya Tawaran Kerja Industri Kapal Mewah - SSM


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran peluang pekerjaan dalam industri perkapalan mewah di perairan antarabangsa oleh sebuah syarikat yang menggunakan nama Sea Wave Cruise Line (Malaysia).
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini telah menarik perhatian orang ramai khususnya warga luar negara dengan menawarkan peluang pekerjaan yang menarik dan pulangan pendapatan lumayan dalam suasana kerja kapal mewah. "Modus operandi individu-individu berkenaan adalah dengan mengiklankan tawaran pekerjaan melalui laman sesawang dengan menyatakan mempunyai lebih 100 syarikat kapal mewah yang mendapatkan perkhidmatan mereka. "Individu-individu itu juga berjaya meyakinkan orang ramai dengan menyediakan visa pekerjaan dan dokumen perjalanan yang akan diuruskan oleh pejabat guaman di Malaysia," menurut kenyataan itu.

SSM menegaskan bahawa tiada syarikat yang diperbadankan dengan nama Sea Wave Cruise Line (Malaysia) Sdn Bhd dan meminta orang ramai merujuk perkhidmatan e-info SSM di http://www.ssm-einfo.my untuk menyemak status pendaftaran sesebuah syarikat/perniagaan.

Untuk mendapatkan profil/status sesebuah syarikat/perniagaan, orang ramai boleh menggunakan aplikasi on-line dengan berdaftar sebagai anggota e-Account dan profil itu akan dihantar terus ke e-mail pengguna. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Hotline SSM 02-22995500. - Bernama


Orang sekarang terlalu mudah mempercayai sesuatu pekerjaan yang ditawarkan dengan gaji yang tinggi!

1 Komen :

tapi kerja dikapal cruise memang bergaji tinggi. dekat malaysia star cruise hanya ada dua orang capt dorang pakai. 1orang penang 1orang US, capt saya salah seorang pernah take on kapal star cruise. harap maklum.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS