Rampas Sandal Tiruan

crocs

PETALING JAYA: Dua gerai menjual barangan tiruan jenama ‘Crocs’ di Sunway Damansara di sini, diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi, petang kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 petang itu, sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas pelbagai barangan tiruan terbabit bernilai kira-kira RM15,000.

Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Zakaria Tamby Chik, berkata serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam dan risikan pihaknya.

“Selepas pasti dengan lokasi, kami membuat serbuan di dua gerai yang menjual sandal dan kasut berjenama tiruan itu.

“Dua pekerja di tapak jualan tergamam dan tidak sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami,” katanya.

Katanya, kedua-dua mereka ditahan dan seorang daripada mereka didapati warga asing berdasarkan pemeriksaan identiti.

Harian Metro difahamkan dua tapak gerai terbabit pernah diserbu, namun pemilik gerai itu seolah-olah tidak mengendahkannya. - MyMetro

Rampas jangan tak rampas!

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS